Love Rasulullah.

Saturday, February 13, 2010

Kesal pelajar UM leka berkaraoke hingga tak hormat aktiviti keagamaan

BARU-BARU saya menemani ayah mengikuti kursus anjuran Akademi Zakat Selangor di Bakau Gruve, Morib. Kursus itu adalah kursus keagamaan dijalankan syarikat perunding.

Pada masa sama, ada rombongan kursus pelajar Universiti Malaya (UM), mereka adalah ahli jawatan kuasa Festival Seni universiti itu di dewan bersebelahan.

Sebelah siang, kursus berjalan baik dan harmoni. Suasana berubah selepas solat maghrib. Ketika peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaoke pelajar UM. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai menunaikan solat Isyak.


Sedih hati memikirkan sikap mahasiswa universiti yang tidak pandai menjaga adab di hadapan orang lebih tua.

Tertanya di dalam diri saya, beginikah cara UM mendidik pelajarnya? Jika begini caranya, ke mana hala tuju pelajar universiti terulung ini.

Andai sebelum ini saya sukar mempercayai pelajar universiti cenderung kepada hiburan, tetapi kini sebaliknya. Mereka juga sudah hilang adab dan sopan. UM yang dahulunya terkenal dengan pelajar pintar kini ketandusan adab dan tatasusila.

Surat dalam Berita Harian Bertarikh 13/Feb /10

KAMAL AHMAD,
Banting, Selangor.

Happy Chiness New Year!!

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger