Love Rasulullah.

Saturday, April 18, 2009

Dato Jamil Khir Kena Nasihat PM buat Keputusan Di Penanti.

Tertarik saya dengan statement dari pimpinan kerajaan pemerintah yang bersikap ala-ala bacul untuk sekali lagi berpencak di pentas pilihanraya , mungkin juga di sebabkan kekalahan yang berturut-turut bermula di permatang pauh, kuala terangganu, bukit gantang dan b.selambau sehingga terpaksa membuat statement yang bersifat pada saya “serik” apabila PM menyatakan kerugian Negara di sebabkan PRK ini .



“SPR dilaporkan membelanjakan RM2.4 juta untuk mengendalikan pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh (RM 409,000); Kuala Terengganu (RM 580,000); Bukit Gantang (600,000), dan untuk dua kerusi dewan undangan negeri Batang Ai (RM400,000) dan Bukit Selambau (RM400,000).Sementara polis pula berbelanja sejumlah RM31 juta untuk mengawal kententeraman dan keselamatan awam bagi kelima-lima pilihanraya kecil berkenaan.-suara keadilan



Saya juga terkejut dengan belanjawan ini .Lebih baik laburkan untuk kepentingan rakyat , lebih-lebih lagi untuk kebajiakan rakyat kos rendah,peminta sedekah di jalanan golongan pelajar dan mahasiswa yang sedang menuntut.



Tapi pada saya, memilih pemimpin tetap menjadi tanggungjawab utama di dalam memastikan kebajikan rakyat Penanti terjaga. Namun kenapa PM yang mengetuai BN/UMNO mengambil pendirian yang tidak serius dalam penyertaan parti itu dalam PRK Penanti??



Tidak wajar memberi alasan semua ini adalah taktik kotor pembangkang..pada saya jika BN/UMNO benar-benar serius melakukan perubahan sepatutnya Penanti ini menjadi penentu seterusnya. Dengan imej PM yang baru dengan gagasan ONE MALAYSIA yang di canang-canangkan oleh PM , mungkin sedikit sebanyak memberi impak kepada PRK Penanti.



Adakah nak biarkan pembangkan sahaja yang bermaharajalela di Penanti. Inilah masanya BN perlu tunjukan kehebatan mereka. Biar kalah , tapi kalah dengan bermaruah .Kalau menang bersyukur pada ALlah.



Perlu ingat, Memilih pemimpin ini adalah satu kewajipan mutlak di dalam hidup bermasayarakat. Islam pun kata macam tu. Seharusnya penasihat agama PM , Dato Jamil Khir perlu menasihatnya dengan baik . Soal kerugian pada saya tidak menjadi persoalannya. Semua ini adalah berpunca dari pengurusan SPR dan POLIS tu sendiri. Kenapa perlu takut dan susah payah nak jaga dan bazirkan berjuta-juta ringgit. Buatlah secara aman. Kalu nak kata provokasi, Saya lihat dua-dua belah pihak timbulkan kekacauan, pihak SPR dan POLIS tetap 'bias' satu pihak sahaja , Media massa pula lagi “menyembung” dengan propaganda "hangit" menghentam pembangkang dalam masa yang sama mengipas kuat BN/UMNO. Jadi yang mana nak selesaikan ??



Jawapanya mudah , kedua-dua perlu buat baik, kalau ikhlas memilih pemimpin, Wujudkan demokrasi sebenar, bermula dari SPR, POLIS, dan MEDIA sendiri. Semua ini tanggunjawab PEMIMPIN NEGARA. Jika semua ini berlaku, tidak perlu risau lagi nak habis berjuta-juta duit semata nak pastikan ketenteraman perjalanan pilihanraya. Lakukanlah pengurusan yang “Smart”.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger