Love Rasulullah.

Saturday, August 29, 2009

Umat Islam Malaysia bertuah tidak dilanda konflik ???

Menarik kata-kata pemimpin negara kita dalam utusan bahawa Masyarakat Islam di Malaysia tiada Konflik. Saya bersetuju kita tidak di serang secara jelasnya dengan senjata sepertimana berlaku di Iraq, di Thailand dan sebagainya. Tetapi pada saya masyarakat islam di sini semakin tenat dengan kerakusan dan kebodohan sebahagian kelompok manusia yang mengaku islam tetapi tidak tahu meninggikan agamanya sendiri.

Majoriti Masyarakat Islam di Malaysia menurut banci tahun 2000 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Islam di Malaysia meningkat hingga 60.4 peratus dari 58.6 peratus pada tahun 1991. "Kesemuanya orang Melayu dan sebilangan kecil orang India beragama Islam."

Bilangan orang Islam di Sabah meningkat dari 40 peratus pada tahun 1970 hingga 51 peratus dalam masa 10 tahun. Di Sarawak pula bilangan masih 30 peratus.Juga disebut betapa jumlah warga Islam di Semenanjung (lebih 80 peratus) bertumpu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sungguhpun fakta ini menerangkan kepada kita kuantiti masyarakat islam di Malaysia belum lagi dapat membuktikan bahawa mereka hidup aman, teguh dengan iman yang mendalam, & bersatu padu antara satu sama lain.

Nabi Muhammad SAW sendiri menceritakan tentang bagaimana keadaan Umat islam di Akhir zaman bila sahabat bertanya kepada Baginda adakah umat islam pada ketika itu sedikit sehingga mereka di katakan lemah dan di injak-injak musuh dengan mudah. Lantas Nabi dalam responnya memberitahu bahawa memang umat islam itu ramai tetapi keadaan mereak ibarat Buih di lautan.

Ada apa pada buih, dalamnya kosong luar sahaja nampak baik . Sepatutnya Umat islam perlu di Ibaratkan seperti Biji Guli yang bukan sahaja cantik dan menarik pada luarannya bahkan kuat,keras dan berkualiti di dalamnya. Namun Nabi saw memberi peringatan awal tentang senario tadi.

Dan realiti ini jelas berlaku di depan mata kita sendiri. Melakukan perkara zina tidak lagi menjadi perkara yang perlu di takut-takutkan. Menghina & mempersoalkan hukum islam seringkali di jadikan bahan lawak dan sembang-sembang di kedai kopi sambil menhisap rokok sepuntung demi sepuntung. Meninggalkan Solat sudah menjadi rutin harian dalam hidup . Pembunuhan bermaharajalela tampa mampu di kawal secara sistematik oleh manusia dan hukum keparat mereka.

Nah! kesannya Allah balas secara tunai dengan menghantar bala tenteranya berupa Ombak, Tsunami, ribut, virus, kemarau, dan sebagainya bagi membersih, menegur, dan memberikan peringatan kepada pemuka-pemuka yang bongkak dengan hukumNYA.

Malaysia bertuah tiada Konflik?

Tipulah kalau di katakan begini . Kalau di semak kes-kes yang berlaku di Malaysia yang melanda Umat Islam wajar sekali kita belum lagi berada dalma keadaan selesa. Wajarkah kes-kes berikut membuktikan Masyarakat Islam berada dalam keadaan damai tanpa konflik? :

  • · Isu arak di Selangor
  • · Isu Pembinaan KUIL di syeksen 13 , bagaimana biadapnya tindakan sesetengah pihak yang mengaku Islam dan entah lembu mana yang di jadikan mangsa dalam Kes Ini .
  • · Isu Sebat kontroversi Kartika yang mendedahkan keraguan umat Islam pada Hukum Allah.
  • · Isu 1 Malaysia = 1 Israel , mengapa ianya perlu berlaku.
  • · Isu Rasuah pemimpin negara yang tidak berkesudahan
  • · Fitnah
  • · Politik perkauman
  • · SPRM dan Pembuhuhan Teoh Beng Hock.

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan di sini .Sememangnya masayarakat islam terhindar dari konflik keganasan seperti di negara lain . Namun kita berkonflik dalam negara kita sendiri. Isu yang melanda sengaja di panjangkan dan dipanas-panskan untuk menimbulkan lagi kemarahan semua pihak.

Pemimpin negara perlu serius memandang penyelesaian masalah ini , bukan sibuk dengan kenyataan-kenyataan manis tentang projek-projek Mega bagi memuaskan hati sesetengah pihak demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Contohi bagaimana takutnya Umar Abdul Aziz kita menjadi khalifah, bila ada orang bertanyakan kepada beliau tentang sesuatu urusan , terlebih dahulu belaiu akan kenalpasti samada urusan tersebut berkisar tentang kemaslahatan umum mahupun peribadi , jika peribadi beliau memadamkan lilin yang di gunakan kerana di takuti menyalah gunakan hak rakyat.

Begitu juga isu ketiadaan sumber makanan sebuah keluarga sewaktu pemerintahan umar Al-Khattab. Betapa risaunya beliau terhadap permasalahan rakyatnya sehingga menyebabkan dirinya tidak tidur lena memantau keadaan yang berlaku dan berusaha menyelesaikan .

Biarpun masayakat islam Malaysia tidak di serang, tetapi kita telah di jajah dengan kelompok yang bencikan islam tanpa di sedari. Matlamat mereka ingin melemahkan kekuatan dan memecahbelahkan umat islam. Matlamat mereka hanya mahukan kesenangan di dunia .Inilah satu bentuk penjajahan yang meninggalkan "buah betik yang lurannya nampak baik tetapi di dalam isinya sudah rosak" .-Sekadar pandangan

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger