Love Rasulullah.

Tuesday, June 30, 2009

Belajar dari GEESE


Memang benar jalan Dakwah banyak dugaannya. Kadang-kadang ujian yang di terima itu hebat, kadang-kadang juga biasa . Namun yang pasti seorang Daie bertauhidkan Allah Taala PASTI akan di uji.

Sebenarnya tidak seronok bila hidup ini senntiasa aman dalam keadaan hak dan Batil itu macam isi dengan kuku. Tiada perlawanan yang jelas bila kemungkaran dan kebatilan jelas terpangpang di depan mata.

Jangan jadi seperti Katak di dalam gelas, yang hanya melihat apa yang berlaku itu salah tapi tak boleh buat apa-apa. Alasannya tidak mampu , tidak ada kekuatan, ..Kalau macam tu bila agaknya katak tu nak dapat kekutan dan terbalikkan Gelas yang menelangkup dirinya sendiri.

Memikir soal kerjaya masa depan apa akan jadi perlu untuk survival kita di dunia. Tetapi itu semua hanya target dan keinginan kita di dunia. Persoalannya kita tahu atau tidak bila kita akan mati ?? dah cukup amal kita nak berdepan dengan Allah ??. Sepatutnya kita fikirkan , sebagai penolong agama Allah , apa yang aku buat untuk Allah, Selain mengikut arahan sesiapa.. Malulah kita dengan burung hud-hud seperti yang saya pernah tulis sebelum ini.

Seorang mujahid berkata " nak jadi Rasul dah tak boleh sbb nabi adalah utusan terakhir , Nak jadi Wali kena fikir dulu amal ibadat kita yang lompang , nak jadi Ulama belum tentu boleh dengan akhlak seharian kita yang hipokrit, cuma satu cara saja kita nak selamat dan mendapat kemuliaan dari Allah dengan Izin iaitu bergelar seorang syuhada'..Kita pun tahu ganjarannya besar..Jadi pernahkah kita berazam ke arah itu.

Bergelar sebagai pendakwah , tidak hanya boleh berdekah-dekah dalam berkata-kata. Sebolehnya kita berada di medan lapangan . Tahu perit jerih ,dan sama-sama hadapi. Yang kuat bantu yang lemah , yang lemah kita sama-sama perkuatkan .

Kerjasama dalam berpasukan amat penting. Kaji saja bagaimana temawork pasukan burung yang terbang di langit (teori flying Geesse) . Bergerak secara bersama, Yang kuat akan mengganti yang lemah, apabila sorang kecundang jatuh ke daratan semua turut bersama sebagai tanda kukuhnya semangat sepasukan . Bukan saling pentingkan diri sendiri. Bila kita berada dalam satu pasukan lebih-lebih lagi Pasukan Allah untuk membela agamanya, Keterikatan yang kukuh perlu di pertahankan . Susah senang kita yang saling ambil tahu. Sakit penat kita yang rasa sekali .

Pernahkah kita dengar sabda nabi mafhum : "Persaudaraan itu ibarat satu badan, satu rasa sakit yang lain turut rasa sakit. "- sekadar pandangan.




 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger