Love Rasulullah.

Wednesday, October 14, 2009

Berpaut di dahan RAPUH.

Terima kasih Dato Saifuddin ..memang sepatutnya golongan politician ini bergabung dengan golongan akademik profesional dalam merencana strategi politik yang lebih segar, dan mantap.

Beliau berkata kini sebahagian daripada ahli dan pemimpin politik ketandusan idea bernas bagi menguatkan parti selain asyik canggah-menyanggah walaupun idea yang dikemukan itu bernas.

Namun , saya sedikit contra dengan kenyataan supaya ketepikan ideologi politik masing. Kepada siapaa yang dia tujukan ? PAS/PKR/DAP @ Be ENd ??

"Sudah tiba masanya ahli politik dan pemimpin politik mengetepikan percanggahan ideologi politik mereka buat seketika dan mendengar pendapat cendekiawan bagi mewujudkan fenomena politik tanah air yang lebih baik," katanya.-malaysia kini.com.

Berapa kali kita kata HAK & Batil tidak boleh bergabung dan bersatu. Mana boleh Najis bercampur susu ..boleh minum ke??

Terbukti perjuangan Be-ENd sangat berbeza dengan dasar pejuangan Pakatan Rakyat...Kalau tengok sendiri dalam isu kerajaan perpaduan..Tuan Guru bertegas tampa kompromi. Ini soal dasar dan prinsip ..

Mungkin ini pandangan saya melihat kenyataan Dato tak ubah seperti talam dua muka. atau perpatah lain tarik rambut dalam tepung tapi jangan sampai putus.

Dari sudut pandangan beliau , saya nampak keseriusannya untuk mengembalikan kesedaran mahasiswa dan warga kampus termasuk pensyarah terhadap politik..tapi ke mana dia nak bawa idea-idea tu..Sudah tentu kepada ideologi asal yang di pengang..UMNO @ PR. ?

Lanjutan dari KES prosiding AUKU baru-baru ini. Bawa masuk org politik dalam kampus. Kenapa pula nak di ambil tindakan..terang-terang bercanggah dengan pindaan AUKU. Selesai dulu benda ni , baru bincang nak sedarkan mahasiswa dan warga kampus.

Mahasiswa turun bagan pinang pun , kena kutuk dengan Menteri ..ape kejadahnye??

Takkan dato Saifuddin tak pandang lansung Isu ini.?

Apa pun saya bersetuju dengan gagasan idea yang di perkenalkan..Tapi nampak macam kosmetik , ni yang gerammnya. Banyak benda yang lompang perlu di selesaikan. Mana suara Dato saifudin bila mahasiswa di maki dan di hina oleh menteri serta boneka-boneka mereka di kampus .??

Mf bukan mahu menemplak pribadi beliau ..tapi sekadar meluahkan rasa dan pandang tak puas hati tentang siapa itu DATO saifuddin ..Mampukah beliau menjadi Dahan yang kuat untuk mahasiswa berpaut di situ??? -sekadar pandangan.






 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger