Love Rasulullah.

Friday, November 12, 2010

Exam bakal GURU.

Ramai sekarang ni pulun nak apply jadi guru..Daripada dok mengaggur taktau nak buat apa, rembat je la peluang depan mata. Cumanya saya mahu berkongsi kepada mereka yang bakal meneruskan cita-cita ini tentang tips ujian2 penting . Saya ambil daripada email kawan saya. Bacalah ..




Salam A3h,


Sabtu ni, terdapat 2 exam yang bertembung iaitu exam PTD dan juga exam Mtest KPLI.


Kenapa ye bertembung?


Adakah ianya disengajakan? Mungkin juga.Untuk memastikan calon memilih salah satu
kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya terpilih bagi kedua-dua exam ini..


exam MTEST KPLI dan exam PTD


Link semakan panggilan exam Mtest
-->http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm


Ok lah, bagi sesiapa yang bakal hadiri exam MTEST KPLI Sabtu ni, atau ahli kerluarga, atau rakan A3h yang terlibat, ini tip dari saya, admin kerja-kerajaan...


Saya bongkarkan rahsia MTEST ini! Saya juga ada pengalaman dalam Mtest ini, dan saya juga pernah cungkil rahsia dari 'orang misteri' KPLI ini berkenaan
exam MTEST ni...


Tipsnya:

# Pastikan IC, slip menduduki exam, dan alatulis seperti
pensil, pemadam dibawa semasa exam.

# Datang awal. Kerana calon perlu menyemak nama mereka ditempatkan di dewan mana, di bilik mana. Jika lewat berkemungkinan calon akan tersilap masuk bilik exam.

# Soalan yang diberikan melibatkan beberapa topik. Matematik,Bahasa inggeris,dan beberapa yang lain. Jawapan ada diberikan 0bjektif...

- maths - tidak boleh guna kalkulator. Kira-kira biasa saja.
Macam math tingkatan 1-3. Tak tahu jawapan jangan biar
kosong - TEMBAK saja!

- BI - menguji kefahaman, grammar sikit...Buat mana yang
faham dulu. Yang tak faham tinggal dulu. Kemudian tak
dapat jawapan juga TEMBAK!

- Soalan menguji kecekapan minda. Ni tembak saja...Takde
masa study..Fikir logik dan ikut IQ anda saja.

Itulah bab glamer dalam exam MTEST. BM, BI, Math..dll.Tak perlu pening kepala nak prepare. Yang ni uji andabiasa-biasa saja. Tujuannya nak check anda punya basic.Dab untuk makluman, markah untuk test ni tak banyak sangatberbanding dengan satu lagi TEST yang paling mudah, tapiramai GAGAL.....

iaitu...

INSAK test - Test INSAK ini adalah test paling penting dan paling tinggi markahnya berbanding dengan test yang lain.

Boleh dikatakan...

Jika sesiapa gagal test ini, tapi lulus test lain, mereka dikira GAGAL. Tetapi, jika mereka LULUS test INSAK ini, tapi gagal test lain, mereka LULUS. Itulah hebatnya test INSAK ni. Untuk LULUS, calon perlu LULUS test INSAK ini. (rahsia dimaklumkan oleh seseorang 'orang misteri' dahulu)


Test INSAK ini - adalah berkenaan soalan-soalan untuk uji kemampuan diri, akhlak, tindakan, sifat dalaman, minat dll calon terhadap kerjaya guru. Soalannya begitu mudah, tapi ramai fail! Jawapan semuanya seakan-akan sama, tapi calon perlu memilih yang terbaik.


Ini penting memilih jawapan terbaik. Ramai terkandas di sini. Ramai menjawab soalan dengan begitu jujur mengikut keadaan semasa diri mereka. Sepatutnya, mereka perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan membayangkan diri mereka telah menjadi guru yang baik. Bukannya membayangkan diri mereka sebelum menjadi guru.


Dengan membayangkan diri anda sebagai guru yang baik, insyallah anda akan dapat menjawap soalan INSAK ini dengan baik. Ingat, LULUS INSAK, maknanya anda boleh lulus MTEST ni..


Jangan biarkan kosong jika anda tak tahu jawapan untuk INSAK ni. Tandakan saja mana-mana jika anda tak tahu.TEMBAK!

Nak lihat contoh soalan INSAK? Lihat di bawah:
-->http://tinyurl.com/insakMtest
-->http://tinyurl.com/insakMtest2
-->http://tinyurl.com/insakMtest3


Itulah yang perlu calon tahu. Tak prepare sangat tak mengapa. Test Mtest untuk KPLI ni tak sesusah exam PTD. Exam Mtest ni bertujuan nak uji minat, kemampuan dan kebolehan anda untuk menjadi guru. Fokus pada INSAK test ni..


Saya harap perkongsian tak seberapa ni bermanfaat. Good luck untuk sesiapa yang terlibat exam PTD dan juga exam Mtest Sabtu ni..



Sekian..semoga beroleh maanfaat.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger