Love Rasulullah.

Tuesday, February 15, 2011

Aplikasikan Gagne Theory dalam Usrah dan Ketika Mengajar.



Paling penting Fokus kepada 9 step tu...lihat vedio kat bawah.

OK, biasanya kita tak tau nak mula daripada mana ketika membuat apa-apa seperti sesi usrah ,pengajaran dan sebagainya.

Jadi mungkin step2 tersebut boleh membantu. Kita sebagai Muslim, boleh juga memasukan elemen Islam seperti doa dan sebgaianya. Yang penting target daripada usrah , dan pengajaran  mereka yang mengikutinya mendapat kesedaran dan kefahaman.

Theory ini juga di kukuhkan lagi oleh theory ARCS





Sunday, February 13, 2011

القاعدون VS المجاهدون, kita yg mana?


لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّـهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿(٩٥

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. An -Nisa 95,

Wallahua'lam.
Sekadar berkongsi.

Saturday, February 12, 2011

UM oh UM.


Baca juga disini

sekadar Berkongsi.


18 hari berkumpul..Akhirnya Rejim Zalim "Mubarak" Undur.

Terus dapatkan maklumat lebih di sini.


Sekadar berkongsi .

Friday, February 11, 2011

3 Amalan Yang Berkat

Salam, apa khabar semua..kabare??
Kita jumpa lagi..
Hari ni saya mahu kongsi pengajaran dari sebuah hadis..kalau korang ada yang dah tahu,,harap dapat tegurlah kalau ada kekurangan ..ok..

Hadith:

Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Riwayat Bukhari


Huraian Hadith:

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.

Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan.

Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

Sekadar berkongsi.

Sunday, February 6, 2011

"Orang yang langgar arahan mereka seperti sampah, TAPI....."

Salam N apa Khabar..
Selamat menyambut tahun baru cina bagi yang berbangsa cina.
Selamat bercuti bagi yang bercuti..
& selamat kembali ke kampus dan sekolah bg yang masih belajar..
OK, minggu lepas, 5 hari saya berpeluang utk bercuti di kampung setelah lama wei tak balik..5 bulan dah kot..

Sy bukan nak kongsi apa yang saya buat waktu cuti hari tu ..tapi saja nak kongsi pasai lain. Baiklah , nak dijadikan cerita ..BEGINI...

Sempena cuti raya cina hari tu, sy sempatla tonton cerita-cerita best kat TV. Tapi dalam byk2 cerita yang ada, cerita katun juga yang bg "something" pada saya.

OK, ada 5 cerita katun yang saya minat..Doraemon,Naruto, Sin Chan, Detective Conan, & Dragon Ball. Cerita-cerita ni walaupun nampak macam kebudak-budakan ,tapi ada massage sebenarnya. Kalau tak, takkan lah kanak2 suka dan menjadi fenomena di Jepun sampai terbawa-bawa ke Malaysia.

So, sempatlah saya tengok Naruto The Movie hari sabtu jam 11.30 pagi. Lepas penat mesin rumput keliling rumah , lepak kejap depan TV ,,tengok2 ada cerita Naruto ..layan ja la..

Dalam cerita tu Cikgu Kakashi nak korbankan dirinya demi menyelamatkan kampung Konoha dari di musnahkan oleh musuh. Naruto tidak boleh menerima arahan Tsunade (ketua kg Konoha) agar tidak menghalang Cikgu Kakashi daripada meneruskan misinya. Tapi si Naruto ni jenis yang keras kepala.

Naruto teringat kata-kata cikgu Kakashi...

" orang yang langgar arahan ibarat SAMPAH, tapi orang yang tidak menghiraukan sahabat2 dia lebih teruk daripada SAMPAH"

Kata-kata tu membuatkan Naruto tak berpuas hati sehingga sanggup melanggar arahan puan Tsunade demi menyelamatkan cikgunya. Itulah pengorbanan yang ada pada Naruto demi sebuah perhubungan persahabatan dengan cikgu kakashi.

Ok, kat sini saya bukan pandai sgt nak ulas scene2 dalam cerita tu. Tapi kata-kata cikgu kakashi tu. Ok, tolak tepila dulu persoalan ni cerita katun , mengarut , x da faedah n bla..bla..tapi cuba fikir secara rasional, bertapa mendalamnya maksud kata-kata cikgu kakashi tersebut.

Cerita tu membuatkan saya memikirkan kembali peranan saya sebagai seorang sahabat kepada sahabat2 yang lain.

Kadang-kala , kita kawan dengan seseorang bila senang ja..susah tak de dah..
Kadang kala kita kawan sebab ada kepentingan...
Kadang kala kita tikam kawan dari belakang (hasad dengki)..

As-Syahid Hassan Banna, baru ja lepas ulang tahun kesayhidanya baru-baru ni ..

"serendah2 ukhwah adalah Itsar (korban kepntingan diri demi orang lain), dan berlapang dada"

Apa la nak dibandingkan saya dengan hebatnya Abu Bakar bersama Rasulullah ketika dalam Gua Tsur. Apa la juga nak dibandingkan saya dengan 3 orang sahbat dalam perang uhud yang masing-masing korbankan diri untuk minum air , sehingga ketiga2 terkorban syahid..

Dalam juga saya renung dalam diri..terasa masih jauh untuk digelar sebagai seorang sahabat. Maaf buat semua member2 yang mengenali diri..jika saya gagal dalam menjalankan peranan sebagai seorang sahabat. MOHON ditegur utk sama-sama muhasabah diri bersama .

P/S : WALAUBAGAIMANAPUN SAYA TETAP MENGATAKAN SEGALA ARAHAN ALLAH ,RASUL, DAN PEMIMPIN ISLAM (YANG CUKUP SYARAT & SELAGI MANA TIDAK MENGELUARKAN ARAHAN BERTENTANGAN DENGAN SYARAK) ..MEMANG WAJIB DIIKUT. JIKA ADA YANG MENENTANG ARAHAN SEMUA INI, MEREKA PERLU DITENTANG, wALAUPUN YANG MENENTANG ITU SAHABAT BAIK SENDIRI!- END.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger