Love Rasulullah.

Wednesday, July 8, 2009

AYAQ, AIR, AYOR.


Walaupun air meliputi 70% dari permukaan bumi, kebanyakan bahaya untuk diminum. 3/4 dari air tawar yang ada diperolehi dari gunung, dan dalam bentuk glasier . Sisa air tawar ada dalam bentuk air tanah, sungai, danau dan arus. Ada lebih dari dua ratus lima puluh sungai di dunia. Sungai utama di india adalah Indus, Yamuna, Gangga dan Brahmaputra.

Populasi dunia terus tumbuh, dan keperluan terhadap air berlipat kali ganda setiap dua puluh tahun. Katakan seseorang hanya perlu sekitar empat liter air minum sehari, lebih dari dua ribu liter air diperlukan untuk mencukupi keperluan setiap orang. 85 galen air di perlukan untuk menghasilkan satu hidang telur, 150 galen untuk menghasilkan sepotong roti, dan 1000 galen untuk menghasilkan satu hidang kentang.

Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ianya boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai.
Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih, tawar, dan tak berbau.

Air juga dirujuk di dalam sains sebagai pelarut universal dan hanyalah satu bahan yang dijumpai tulen secara semulajadi dalam ketiga-tiga keadaan jirim
Jika kita tidak boleh ingat apa yang di tulis di awal artikel ini, menunjukan otak kita kuranga cecair. Sekitar 80% jaringan otak terbentuk dari air. Karena itu, sangat penting untuk menjaga agar otak tidak kekurangan air. Kajian telah menunjukkan, dehidrasi boleh menurunkan performance ingatan jangka pendek serta mengganggu konsentrasi. Prinsip sebenarnya sangat sederhana, dengan menarik komponen utama maka pastinya otak akan mengalami gangguan fungsi yang sebenar . Sama seperti membawa kereta tanpa minyak.

Di dalam otak, air akan memproses cecair yang membawa protein dan enzim-enzim, dan membantu mengirimkan nutrisi-nutrisi ini bahagian tertentu. Jika tubuh kekurangan air, Cecair pembawa protein dan enzim tersebut juga akan perlahan. Karena itu, potensi mental kita juga akan terpengaruh secara langsung.

Paling penting nak cerita , yang hebatnya ada pada air ini adalah ketenangan, kesucian, dan kesegaran. Cuba perhatikan air lama-lama. Cuba dengan bunyi air mengalir dan pejamkan mata, kosongkan fikiran..apa yang kita rasa..mesti rasa tenang., rileks..kalau tak percaya cuba tengok.

Kita pun tahu, air ada kelebihan tersendiri. Kalau tidak orang takkan buat air surah yassin, dan satu lagi air zam zam yang kita makruf dengan kisahnya. Jadi mesti air ada kelebihannya. Pernahkah anda, bila minum air..memasang niat yang baik untuk hari ini ?? pernahkah anda bila saat mandi /mengalirkan air ke tubuh badan memasang niat yang positi untuk hari ini ?? kalau tak lagi...cubalah..mesti akan rasa kesegaran dan bertambah bersemangat. Yang penting apa yang kita niatkan.-sekadar pandangan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger