Love Rasulullah.

Thursday, July 30, 2009

Selamat Pulang Ayahda TNC. Mahasiswa mahu penjelasan.


Universiti Malaya baru-baru ini di landa pelbagai isu yang melibat mahasiswa kampus perdana ini. Beberapa penangkapan mahasiswa, kematian, penutupan universiti , isu kebajikan student , dan campor tangan kotor dalam Festival Konvokesyen university Malaya (FESKUM 09) menggambarkan betapa buruknya pengurusan Universiti Malaya .

Seperti yang kita maklum , baru –baru ini berlaku Penangkapan 2 mahasiswa tahun kedua Di Akademi Pengajian Islam ekoran tuduhan palsu conteng dinding Dewan utama APIUM ketika menyambut kedatangan isteri perdana Menteri datin seri Rosmah Mansor. Mereka sekarang ini telah di dakwa dan bakal di hadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan pada disember tahun ini .

Kemudian pula tibul isu kematian seorang mahasiswi cina jatuh dari bangunan tingkat 16 flat perumahan Vista, Tan , yang merupakan mahasiswi semester ke tujuh Fakulti Sains. Kematiannya yng di katakan sebagai bunuh diri oleh pihak polis setakat ini masih Dalam siasatan kerana masih di ragui faktor sebenar insiden ini berlaku.

Dalam masa yang sama uni. Malaya juga di himpit dengan isu parking kereta sehingga MPMUM telah berusaha menyediakan satu platform untuk mahasiswa-mahasiswi melepaskan rasa ketidakpuasan hati mereka berhadapan dengan satu polisi yang menyusahkan ini. Perkara ini telah menyebabkan Naib Canselor Prof. Dr. Gauth Jasmon turun berdialong dengan mahasiswa sendiri walaupun beliau terpaksa menjawab beberapa persoalan “pukul maut” dari mahasiswa-mahasiswi yang terlalu emosi di sebabkan isu ini.

Mahasiswa sangat berpuas hati dan berbangga dengan tindakan NC yang bersikap terbuka dan berlapang dada sehingga sanggup turun ke lapangan mahasiswa bagi mendengar masalah mereka. Keterbukaannya menunjukan murninya sikap seorang ayah dengan anak . Sekiranya si anak melakukan kesilapan , si ayah akan menegur begitulah sebaliknya. NC bukan mengambil berat tentang isu ini sahaja , malahan hampir semua isu yang berlaku di bawah pengetahuan beliau dan di lakukan langkah penyelesaian . Beliau berani dan melaksanakan tanggunjawab sebagi ketua di Univeriti dengan baik.

Namun apa yang dikesalkan adalah , di mana suara Timbalan Naib Canselor UM Dato Azraie Idris dalam menyuarakan sikap beliau terhadap isu –isu yang berlaku. Sempat lagi beliau ke negara China selama dua minggu dan membiarkan isu-isu di kampus begitu sahaja. Untuk apa beliau ke sana?

Sebagai tanda bertanggjungjawab , sepatutnya ada suara dari bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) , atau dari dirinya sendiri, walaupun berada di tempat lain. Dalam zaman serba canggih ,semua perkara boleh di selesaikan . Tetapi yang berlaku lansung tidak ada kenyataan dan usaha beliau untuk mengambil berat dan menunjukan rasa bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang berlaku. Paling mengecewakan , dalam FESKUM 09, berlaku campur tangan kotor HEPA dalam melambatkan kelicinan gerak kerja FESKUM09 khusunya berkaitan tajaan dan tender gerai. Adakah H.E.P.A sibuk memberi fokus untuk merosakan FESKUM09 sehingga melupakan isu-isu penting di kampus.?

Kepulangan TNC dari China hari ini (30 Julai 09) , perlu rungkaikan segala permasalahan yang berlaku di kampus dengan penjelasan yang baik agar mahasiswa berpuas hati dengan apa yang berlaku. Tidak wajar semuanya di palitkan kepada NC semata-semata untuk memikirkan perkara-perkara ini , sedangkan semua yang berlaku berkaitan dengan Mahasiswa. ? Sebagai contoh Kenapa dalam isu Kematian TAN ,di fahamkan TNC bersikap menyelamatkan diri sehingga melarang isu ini di sebarkan kepada semua mahasiswa dan mengelak dirinya untuk berjumpa dengan pihak keluarga mangsa yang bersedia untuk berjumpa dengan beliau?

TNC HEPA perlu tampil mejawab isu ini dengan telus dan berani di hadapan semua mahasiswa. Mahasiswa tidak mahu menyimpan tubuh TNC HEPA yang tidak bijak dalam mengurus kebajikan dan kemaslahatan mahasiswa di kampus UM. Jika begini sikap beliau seharusnya Pihak pengurusan universiti melakukan kajian semula prestasi kakitangan universiti yang benar-benar melaksanakan tugas dengan komited atau bersikap sambil lewa terhadap amanah yang di berikan. Jika meraka benar-benar tidak berkualiti, sewajarnya di gantikan dengan mereka yang lebih layak.-sekadar pandangan.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger