Love Rasulullah.

Sunday, May 1, 2011

Petua kuatkan Minda

1. Ajar Kepada Orang Lain

Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, ajarkannya kepada orang lain. Proses pembelajaran secara tradisional ini akan membantu anda untuk mudah menghafal sesuatu idea. Pun begitu, anda mesti benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, kita harus bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan terhadap anda serta bersedia melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Dengan berbuat begitu, kita sendiri mudah meningkatkan pemahaman kita. Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.

2. Tulis Artikel

Memang mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu yang anda pelajari itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan membaca? Dalam sesuatu keadaan, jika anda perlu menulis sebuah artikel berkenaan dengan sesuatu topik, apakah anda dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis? Oleh itu, jika anda mahu menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku mengenai hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek lain yang sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan menghubungkannya dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan sebuah jaringan pengetahuan yang lebih baik.

3. Bermula dengan sebuah Blog.

Belajar sesuatu melalui sebuah blog dengan menulis dan bercerita mengenai pengalaman anda. Ini akan meningkatkan proses pembelajaran anda. Menulis sebuah blog membuatkan anda berfikir sesuatu yang pernah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan yang kemudian anda tulis orang lain dapat mengetahuinya. Jika anda ingin meningkatkan kemampuan otak anda ke-level yang berikutnya, saya menyarankan anda untuk bermula dengan blog anda sendiri. Menulis blog akan menjadi hal yang menarik secara intelektual sekaligus dapat menjadi aktiviti harian yang akan menjana kemampuanminda anda.


4. Jagalah tubuh anda dengan baik.

Sementara anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses.
Untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus:
  • Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi.
  • Bersukan setiap hari.
  • Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari.
  • Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari.
  • Minum banyak air.
  • Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk.


5. Belajar dengan Teknik Gambaran.

Belajar sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan. Saat anda perlu memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya aliran waktu. Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda berfikir. Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda.

6. Tingkatkan Motivasi Anda.

Motivasi adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Jika anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut. Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda.


7. Belajarlah Selagi Anda Belum Tidur.

Alangkah indahnya bila anda dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan pelajaran dengan hanya menekan CD player anda? Tentu saja indah. Tetapi bolehkah kita belajar sesuatu perkara semasa kita tidur? Satu kajian dari sebuah universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur, namun perkara itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak. Namun, menunjukan bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda tertidur nyenyak. Perlu diingat bahwa apa yang anda dengar itu tidak lebih dari fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan lainnya. Anda tidak dapat mempelajari sesuatu yang berat pada tahap tidur ringan

Sumber :http://www.awanibiru.com/2011/04/petua-kuatkan-minda.html

Apapun kat sini , Saya ada tambahan :

-Selalu bacab Quran.
-Solat Sunat
-Berpuasa sunat
-Qiamullail
-Makan buah kismis.

Selamat mencuba.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger