Love Rasulullah.

Wednesday, February 17, 2010

Semua orang sayangkan UM, aku pun .


Terkejut aku bila membaca berita tentang sekelompok pelajar UM yang berprogram sehingga meremehkan aspek keagamaan.
Sebelah siang, kursus berjalan baik dan harmoni. Suasana berubah selepas solat maghrib. Ketika peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaoke pelajar UM. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai
menunaikan solat Isyak.
Apabila berita ini terpampang di berita harian , mula muncul hero dalam isu ini, dia menafikan dirinya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma dia mahu membela dan membersihkan nama UM. Sayang sungguh dia pada UM. Mudah-mudahan suatu hari nanti kerusi NC dan TNC menjadi miliknya. Siapa Tahu?

Aku bersetuju dengan pandangan dia suapaya terlebih dahulu ditegur kesalahan mereka pelajar UM yang berkaraoke pada waktu itu yang dikatakan mengganggu mereka untuk melaksanakan kuliah maghrib.

Persoalannya , dia ada juga ke dalam program tu? Memang benar , mafhum hadis Nabi memberitahu , barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah melaranganya dengan tangan (kuasa) , jika tak mampu, guna mulut, jika tak mampu juga gunalah hati. Tapi yang terakhir itu adalah selemah-lemah iman.

Tetapi , adakah mereka tidak menegur ? Surat ini juga medium menegur, Medium teguran tu luas , menceritakan sesuatu kemungkaran agar tidak berlaku yang lebih teruk dan buruk pada masa akan datang juga perlu, ianya juga salah satu method , Dalam kaedah fiqh " saddu Zaraie' orang panggil.

Isunya sekarang menyentuh persoalan aspek akhlak yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UM. Bagi aku , luahan ini baru sedikit sahaja yang berlaku , dalam kampus masih berlambak kerja-kerja maksiat.

Sepatutnya , NC dan TNC perlu tampil menjawab isu yang bersangkut paut dengan UM ini. Mengapa hanya seorang JIK tampil membela nama UM.

Aku juga sayang UM, tapi tak macam orang lain sayang UM. Benda yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dibela dan disembunyikan kesalahan sekiranya mencemarkan nama UM , manakala benda yang baik menyentuh aspek keagamaan dihalang dan disekat.

Dunia sekarang serba luas , kenapa kita masih berfikir seperti orang yang hidup di zaman 60an . ruang Kebebasan maklumat tidak dapat dibendung. Jika kita menyuruh orang lain menutup mulut dan jangan malukan sesiapa, adakah kita mampu mengawalnya. Siapa kita ??!

Sepatutnya, kita kena sama-sama muhasabah. Jika perkara itu bersangkut paut dengan Universiti tercinta kita sekalipun dan jelas bertentangan dengan nilai norma keagamaan yang dituntut oleh Islam , kita tidak seharusnya malu untuk mengatakan Ya , UM yang salah dan kita kena sama-sama Come Out dengan satu resolusi bertindak agar program sumpama itu tidak berlaku pada masa akan datang.

Bagi aku, jangan kerana UM ini kita sanggup menggadaikan nilai etika Islam itu sendiri. Biar UM tidak terbilang dan gemilang yang penting mahasiswanya cemerlang dan berkualiti. Bahkan lebih baik, universiti yang diagung-agungkan ini mempunyai keselarian antara kualiti mahasiswanya dan kemegahannya. -Sekadar merapu dan Berkongsi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger