Love Rasulullah.

Friday, April 30, 2010

Kerja...kerja...

Lucu bila soalan ini diajukan oleh salah seorang adik dalam i-discussion aku petang tadi.

Aku mengeluarkan kenyataan semua amalan kita seharian kita adalah kerana Allah . Sebab Setiap kali kita solat kita dah berikrar depan Allah bahawa , sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku , adalah kerana Allah swt.

Makan, tidur, pergi kuliah, study, main "Facebook " dan mcam2 lagi , semuanya adalah kerana Allah.

Tiba-tiba soalan cepu mas seorang adik tu tanya, " Ust, macam mana Main Facebook kerana Allah taala?




Aku pun jawab secara spontan " Sebelum Login tu , niatkan sahaja aku login FB ini kerana Allah taala "...semua ketawa..

Kalau anda semua apa jawapanya ?? :)

Jawapan panjang dan seriusnya , aku kata, " Facebook ini medium dakwah kita, dalam facebook ini ramai mad'u kita, jadi gunakan ruang dakwah ini untuk sampaikan Fikrah islam kepada mereka, cukup sehari satu hadis atau takzirah, mudah-mudahan ada yang dapat manfaat , tak semua tapi ada . Lebih bagus daripada tak buat lansung".

begitulah kisahnya.

Kritikal sungguh diaorang ni sampai tahap macam tu ...pening aku dibuatnya. Tapi seronok ada golongan yang macam ni , berani menyoal, tidak takut silap kerana dia ada kemahuan untuk mamahami sesuatu.

Lagi baik daripada orang yang bodoh sombong.

Nah , bukan Facebook objektif entry kali ini.

Sekadar ingin berkongsi analogi mudah ini dengan semua.

Bayangkan kita sebagai seorang anak . Khususnya perempuan sebagai contoh . Kebiasaanya bila pulang kerumah , ada sesetangah ibu ni nak sangat rasa masakan tangan anak dia. So di suruhnya si anak manja dia ni memasak ..tahukah, ada 3 jenis perangai pada si anak ni .

Pertama : Bila disuruh , dia buat muka, moncong , rasa rimas dengan suruhan. Kalau p masak pun , mesti tak sedap. Tambah pula di suruh time2 tengah tengok cerita korea dan dsbgnya, hmm lagi la buat hal silap hari bulan si ibu kena bebel dengan si anak , tak tahu tengok orang senang masak la sendiri.!

Kedua : Bila disuruh dan dinyatakan oleh si ibu, kalau masak hari ini , ibu lipat gandakan wang perbelanjaan di Kampus. Dari 2oo sebulan kepada 200 seminggu .. Wah melopong mata si anak tadi. Apa lagi bergegas pergi ke dapur , untuk memasak, sedap or tak , nasi masak or tak , itu no dua, yang penting buat, dan dapat imbuhan (hadiah) boleh beli Hp baru, bahu baru, belanja pakwe makan , tengok wayang dan lain2. :)

Ketiga : si anak ni , tak perlu cakap banyak kali, asal si ibu minta tolong ja, terus pergi tampa banyak soal. Dalam hatinya , ini kewajipan dia melakukan kebaikan kepada ibu bapa. Masak dengan seronok dan penuh perasaan. Kerana dia mahu masakan dia ni memberikan kebahagian kepada semua orang. Dia nak rasa puas .

ok , Yang pertama ni , buat sesuatu perkara kerana terpaksa, manakala yang kedua buat kerana kepentingan manakala yang ketiga buat kerana kesedaran diri dan ikhlas semata2 kerana Allah.

Bagaimana dengan kita?.

Dalam konteks dakwah , berapa ramai yang sedar tentang benda ini ?
Dalam konteks belajar juga berapa ramai yang sedar ?

Semuanya bermula dengan kemahuan yang lahir dari kekuatan dalaman (hati) yang ikhlas kerananya.

Mari kita tengok, apa dah jadi pada Malaysia. Ada polis, kerjanya bukan kurangkan jenayah , tapi mereka yang menjadi penjenayah. Kalau buka Kosmo hari ini , di Johor ,contohnya mayat seorang lelaki dikerat tiga dibungkus dalam plastik hitam dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Lagi satu , sebanyak 30 wanita di cekup kerana melacur.

Takkan setiap hari buka akhbar asyik baca cerita ni sahaja. Apa yang kita rasa ?

Sedar tak sedar , Betul tak Kita selalu tuding jari, ini semua salah pemimpin negara. salah ibu mengandung Mereka yang bertanggungjawab!.

Daripada Perdana Menteri sampailah kepada Tok Guru Nik Aziz...daripada polis sehinggalah pengawai keselamatan yang bertugas dan ramai lagi , mereka yang selalu kita jadikan punca "cacamerba" yang berlaku sekarang.

Tapi cukupkah kita meletakkan tanggungjawab sepenuhnya hanya kepada meraka? Kita sendiri bagaimana ?

Adakah Sembang kemas sahaja di Facebook, berblog 24 jam, berchating tak habis2, clubbing, tengok wayang, berdua-dua berasmaradana di tepi tasik, inikah kerja kita yang utama?

Memang patut pun Islam lambat nak menang. Sebab perangai umat Islam sendiri adalah faktor Allah lambatkan kemenangan .

Memang benar firman Allah : " Dia tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka tidak mengubah nasib diri mereka sendiri "

Rasa ingin berkongsi kefahamanku pada kata As Syahid Hassan Al Banna bahawa Kemenangan Islam itu lambat kerana di halang oleh sifat buruk yang masih terbelenggu dalam hati umat islam itu sendiri. Cintakan keseronokan, kejar kepentingan diri melebihi kepentingan Islam , sedangkan matlamat asal adalah mencari redhonya jauh di campak dalam hati.

Jadi, dalam suasana negara dan rakyat khusunya di Malaysia dan Negara lain Amnya sedang bergelumang dengan kegegalapan. Masih lagi kita mahu berpeluk tubuh ? Bangun dan lakukan persiapan dengan apa sahaja kekuatan dan kemapuan yang ada, agar Fikrah Islam itu sampai pada semua .

Seruan dakwah bukan hanya pada Nabi, bukan juga pada sahabat , bukan juga kepada mereka yang hanya mempelajari ilmu agama sahaja, TAPI , kita semua yang berikrar mengesakan Allah Taala. Nabi Muhammad Saw pun ada bersabda dalam Khutbahnya yang terakhir " Sampaikan dariku Walaupun 1 ayat "

So , bekerja la dengan hati yang Ikhlas!. Kerana kita membagunkan hati -hati manusia yang sedang berada dalam pertarungan yang dahsyat ini .

semoga Allah permudahkan urusan kita semua
sekadar berkongsi tak paksa untuk mempersetujui :).

Wednesday, April 28, 2010

GAMIS & Allahyarham Amirulrasyid.


Pendirian GAMIS :


Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Saturday, April 17, 2010

Kereta ISLAM.

Mari kita bayangkan....
Sebuah kereta yang canggih , pelik, tak pernah orang reka dan tak mampu untuk kita fikir untuk ciptakan kereta tersebut. Ada manualnya yang tersendiri.

Pemandu kereta tersebut bukan calang-calang orang yang boleh bawa. Tetapi pemandu ini perlu mereka yang mahir dan terlatih daripada pelbagai aspek .Ini kerana, kereta ini akan bergerak mengikut jalan yang pelbagai. Berliku, berserabut, naik bukit, turun bukit, curam.....pemandu yang berani dan kuat sahaja mampu untuk bawa kereta ni.

Kemudian di tengah2 perjalanan yang berliku, si pemandu bersama dengan kereta akan berjumpa dengan macam-macam manusia. Mungkin mereka mahu menumpang atau sebaliknya. Terpulang kepada pemandu tadi, samada dia seorang yang ikhlas, jenis tak berkira, asal jumpa orang dia akan tumpangkan. Begitulah sebaliknya.

Kemana nak perginya kereta tu ?
jwpn : hanya pemandu itu sahaja yang tahu. Kalau pemandu tu baik, matlamat dia mesti baik , dan sebaliknya.

Nah, apa sebabnya tiba-tiba aku cerita bab kereta ini ?
Bukan apa, cuma aku nak suruh rakan-rakan semua renung hadis ini
" sampaikanlah daripada Aku walau satu ayat"
" Barang siapa yang mengucap kalimah "lalilahaillah" maka dia adalah seorang pendakwah "

So, tugas basic kita adalah dakwah. samada secara individu ataupun secara berkumpulan. Tak dapat tidak, kita kena pikul amanah ini. Sebab inilah Sunnah Nabi terbesar yang dilakukan oleh baginda sehingga Islam berjaya menguasai 2/3 dunia ini dahulu. Oleh yang demikian bolehkah kita memandang rendah sunnah ini ? atau masih mahu berpeluk tubuh?!

Berbalik cerita di atas, anggaplah kereta tadi sebagai ISLAM yang di dalamnya terdapat peraturan, ilmu, serta keadah2 tersendiri yang bersifat memudahkan bukan menyusahkan, dan pemandunya adalah KITA (PENDAKWAH). Jalan yang berliku itu adalah LIKU-LIKU, HAMBATAN , HALANGAN, KESUSAHAN dalam gerak kerja Dakwah & nak bawa Islam ini sehingga berjaya berada di hati setiap Manusia. Manakala manusia yang menunggu di tepi jalan, anggaplah mereka sebagai MAD"U.

Tidak dinafikan lagi, nak bawa Islam ini sudah tentu sukar dan payah. Kalau tak, masakan Nabi SAW dididik Oleh Allah dengan hebat sehingga jiwanya menjadi kental untuk membawa Amanah yang besar ini. Cuba kita renung ayat Allah dalam Suroh Al Muzammil 1-20.

Menurut tafsiran Syed Qutb Assyahid . Beliau membahagikan kepada dua bahagain. Bahagian pertama menceritakan bagaimana Allah Mahu menegur Baginda SAW agar bagun dari kerehatan yang panjang. Tidur yang banyak kerana ada kerja lebih berat untuk membawa berpegang kepada Akidah mengesakan Allah Taala. Ianya memerlukan pengorbanan tenaga, masa, fikiran, harta dsb. untuk ISLAM. Dalam Bahagian ini juga Allah menyuruh baginda menghidupkan Malam samada 1/2/, 1/3, ataupun diakhir malam menyembah Allah Taala. KErana APA? inilah bentuk tarbiyyah kepada baginda Agar hatinya cekal untuk membawa Islam. Pada ketika ini, Baginda dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat malam sehingga bengkak kaki2 mereka.

Kemudian dalam bahagian kedua, sehingga ayat 20, Allah Taala telah meringankan kembali ibadat malam. Dengan melakukan perkara yang mudah seperti membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, kerana Allah memahami kesibukan di siang hari, urusan di siang hari dsb. Namun Nabi tetap melakukan seperti mana sebelum ini. Kerana faham bahawa urusan harian ini sebagai MUSLIM HARAKI perlu kepada kekuatan jiwa yang hebat.

So kita Bagaimana?

Mungkin ramai menganggap kehidupan mereka di dunia ini hanya sebagai "Manusia yang memenuhi tuntutan Dunia" tapi ada yang tidak pernah anggap bahawa diri mereka merupakan penggalas amanah yang pernah di bawah oleh Nabi saw.
Islam itu LUAS cakupan dakwahnya. Bidang politik, akademik, pendidikan, dakwah dan kepimpinan, kebajikan, ekonomi, Jurutera, dokter, buruh, penulis, dan banyak lagi semua ini adalah ruang dakwah kita. Cuma dimana sahaja kita berada, minda kita perlu di "Set" @ di Installkan dengan Fikrah sebenar tentang ISLAM.

Jadi guru, bukan setakat jadi guru tunggu gaji masuk dan habiskan silibus, Jadi dokter bukan setakan tunggu gaji bedah orang, cucuk orang, Jadi Arkitek bukan setakat bina bangungan tinggi ,duit masuk poket kemudian berjoli-joli di PUB!, jadi Politikus bukan mengamalkan "politik wang", "politik Fitnah". Jadi pakar motivasi, pakar ekonomi, semuannya lagi bukanlah kerana nak keselesaan dunia. tapi Semuanya untuk ISLAM. Biar setiap sektor kitalah Jurutera Islam, Doktor Islam, Politik Islam, Ustaz, semuanya kita gunakan untuk sebar fahaman Islam mengikut bidang kita.

Kerana apa? kerana kita adalah Daie...Dan nak jadi macam tu bukan senang, kena ada tarbiyah diri yang kuat. agar terus diistiqamahkan dalam Islam. Contohnya seorang arkitek , dapat duit berjuta2 tapi untuk buat bagunan maksiat. Nak buat ke? contoh ...........ada banyak lagi contoh. Jika tarbiah diri tak kuat hanyutlah kita dalam perkara haram.

Contohi sahabat Nabi seperti Bilal Bin Rabah, tetap dengan Islam walaupun disiksa oleh tuannya di padang pasir, Kemudian Khabba al Arat tetap istiqamah dengan Islam walaupun badanya diguling atas bara api kemudian disiat2 kulitnya habis luruh. Ini belum lagi diceritakan mereka yang digergaji kepala, dibakar dan sebagainya. Dahsyatkan !

Kita ni apala sangat. baru diuji sikit dengan masalah pribadi, masalah duit, masalah family, masalah akademi,masalah dengan kawan, salah faham, masalah kerja, pening kepala nak kahwin , fikir tunang merajuk, , dan sebagainya dah mula kecundang. tinggal tanggungjawab ini.
Oleh yang demikian ,Mudah-mudahan dengan kefahaman kita sebagai daie penggalas amanah Allah, kita sentiasa rindukan untuk bertemu Allah. Biarlah apa sahaja ujian yang menimpa kita , kerana semuanya tarbiah dariNYA. Alangkah indahnya disaat kematian kita , kita tengah buat kerja Islam apatah lagi syahid. ? Seperti mana kata-kata kerama ini, tujuan kita samada hidup mulia atau mati syahid. :).

Semua ini ku tujukan untuk aku dan kita semua ..
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi tak paksa untuk mempersetujui.

Friday, April 16, 2010

Leadership.



Sekadar berkongsi.

Tuesday, April 13, 2010

3 Gol jaringan Terbaik.

Pekena roti nan kat Ibrahim Maju s.17 lepas menang main Futsal hahaha.

Seminggu lagi aku dah start exam, Simpati bercampur kesian tengok kawan-kawan yang masih pening , tertekan , dan dah jadi tak betul kerana mahu menyiapkan paper projek. Kalau tak siap , extand la jawabnya hehe. Tambah teruk, bila ada pp diaorang kena ujian khas Contohnya, lapto kena curi ( baru je tadi kat surau APIUM), atau pendrvie dan laptop kena virus..mulalah dah jadi tak keruan. Harap2 tak de yang bunuh diri.

Simpati dan kesian juga bila, tengok kawan-kwan yang masih pulun-pulun siapkan essigment yang tertunggak. Ye la kalu tak hantar maknenye markah sikit la, so exam markah sikit, kemudian , pointer pun jatuh la. Bersungguh2 aku tengok diaorang. Kadang-kadang tu nak tolong jg, tapi tak pandai.

Paling menyeronokkan, bila ada kawan-kawan yang dan selesai semua. Tunggu nak exam je. Diaorang boleh balik kampung jumpa mak ayah dan orang tersayang. ada yang bercuti konvoi motor, layan tension selepas satu semster berhempas pulas siapkan semua benda tentang akademik.

Dan paling aku respect pada kawan-kawan aku yang walaupun berdepan dengan tugasa akademik yang masih belum dilunaskan. Mereka sibukan diri untuk melakukan kerja sampingan seperti kerja di Stesen minyak , Jadi jurujual di Mid Velly , dan ada juga yang tidak pernah kenal erti menyusun gerak kerja mentarbiyah (mendidik) generasi baru untuk terus membawa panji-panji Islam diKampus dan Malaysia.Ada yang bersengkang mata, tidur tak cukup, (tidur banyak pun ada macam aku) kepala pening, dicampur masalah pribadi dan sebagainya, tapi mereka tetap tabah dalam melakukan apa yang mereka nak capai.

Aku , tak tahu duduk dalam kategori mana, yang penting, aku enjoy hari ni sebab berjaya menjaringan 3 GOL, rembatan tercantik sewaktu bermain Futsal bersama rakan-rakan serumah dan setarbiyyah.

Rupa-rupanya, hidup ini kadang-kadang perlu luangkan masa untuk kita berhibur, walaupun sekejap. Yang penting dapat menghilangkan tekanan dan meningkatkan kembali motivasi kerja kita untuk seterusnya.

Tapi paling penting adalah sejauh mana kita memberikan makanan sebaik mungkin pada hati kita dengan tazkiah agar lebih kejap jiwa dalam menjalani kehidupan seharian. Sesungguhnya kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang ada. Dalam usaha nak lunaskan kewajipan tu ,sentiasa ada hambatan (halangan) , jadi kekuatan jiwa sangat penting. Bagaimana nak kuat? mudah saja , kuatkan hubungan kita dengan Pemilik hati kita .

"Ya Allah, Engkau yang sentiasa membolak balikan hati , kau tetapkanlah hati kami di atas jalan MU"


Semoga dipermudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi tidak memaksa untuk mempersetujui. :)

JOM tengok aksi berani Rakyat Thailand.







Kena tengok daripada bawah ke atas, baru faham kronologinya :)

Monday, April 12, 2010

Dah tak de Keja lain nak telan Air Liur.


Gempar, panas dan kontroversi bilamana Dr Asri , mantan Mufti penuh kontroversi mendedahkan satu upacara songsang apabila terdapat sekelompok manusia menelan air liur seorang ustaz.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!- ujar Dr. Asri,

Pelik sungguh zaman sekarang. Aku teringin nak jumpa dengan Ustaz tu? Ntah ape rasa air liur dia! kena gigi tak gosok ( masyaAllah) !

Aku tak mau ulas apa itu air liur, nak tau lebih lanjut korang boleh buka n search la apa kandungan air liur, kesan sampingan , dan sebagainya.

Cuma terkesimanya aku, apa sebenarnya aura yang ada pada Seorang Ustaz tu sampai jamaher masjid boleh berbaris nak tadah mulut ludahan air liur dia..Jijik der...

sekurang-kurangnya terasa juga nak jemput dia pergi program motivasi or apa2 untuk bagi talk pasal pengaruh :).

Kemudian pula, kenapa si Jamher Masjid ni tak fikir panjang sampai sanggup nak telan air liur ustaz tu ? Secara lojok akalnya , kita pun boleh fikir.

Adakah semua ini di sebabkan iman manusia yang semakin goyah , tidak kuat berpegang pada ajaran Islam ? atau ini yang di namakan Bidaah dholalah. , Atau boleh jatuh tahap sesat?

Cuma tengok perbahasan Usul 20 Asyyahid Hassan Al Banna
" Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri."
Dulu Ayah Pin, habis minum air basuh kaki, pastu Rasul Dahri pula , dan sekarang ni, ada pula satu lagi..lepas ni apa pula.? jangan ada pula timbul isu makan naj** pula. (mf kalau ayat tak beberapa sedap dengar ).

Walaupun air liur ada Khasiatnya , namun cukuplah telan air liur kita sendiri. Kenapa air liur seorang ustaz?

Siapa ustaz tu , aku nak tengok muka.? :)

Mungkin kamu semua ada pandangan untuk di kongsi , silakan .

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi tidak memaksa untuk mempersetujui :)



Friday, April 9, 2010

Saja Nak Kongsi.


  • Hari ni ,Jumaat, 9 April tepat jam 4.30 petang berakhirlah sesi kepimpinan PMIUM 09/10 di ketuai Presiden yang aku segani ( syazni Munir Mohd Ithnin)
  • Wakil KPT , Dr Radzuan Che Ros, Memuji PMIUM yang merupakan antara persatuan teraktif sejak 50 tahun yang lalu lagi.
  • HEPA ,diwakili oleh En. Imran Derasih, memaklumkan mereka telah m'peruntuk'n RM 5000 kepada PMIUM untuk gerak kerja yang akan datang. Terima Kasih. Beruntung pimpianan PMIUM akan datang.
  • YDP baru disandang Oleh Sdr Ahmad Syazwan Bin Mohd Hassan , Mantan MPMUM sesi lepas. Dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran , manakala timbalanya disandang oleh Siti Nazirah Majid yang sekarang merupakan ahli MPMUM sesi ini.
  • Menariknya pada kali ini, YDP PMIUM adalah dari FAKULTI bukan dari AKADEMI Pengajian ISlam (APIUM ) seperti sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan dan lihat , Sinar gemilang Gerakan Mahasiswa untuk masa yang akan datang di tangan Mereka. Moga Sinar Islam itu terus di nobatkan di tempat yang paling tinggi.

LOVE ISLAM
LOVE PMIUM.
LOVE all MEMBERs OF PMIUM.

Tahniah & Takziah kepada semua Khasnya Pimpinan Baru :)

Moga Allah memberkati segala gerak kerja amal Islami kita selama ini.

Monday, April 5, 2010

J.A.W.I


Gambar di DKU APIUM 3 April 10, gambar aku tak dak, Program Pemantapan Jawi untuk Bakal guru.

Aku belajar Jawi. Kerana aku bakal guru, insyallah, juga bakal ustaz insyaallah, juga bakal murobbi insyaallah :) ..pasti akan ada yang tertawakan aku dengan kata-kata ni.

Mengapa Jawi tidak di iktiraf? Mengapa orang tak pandang penting pada Jawi? Adakah hanya kelompok guru yang bergelar ustaz/zah yang mengajar pendidikan Islam di sekolah sahaja perlu mempertahankan Jawi, ataupun UMNO yang kuat kemelayuannya atau siapa?

Persoalan ini bermain dalam minda aku. Sewaktu aku di sekolah rendah, Jawi dah jadi macam biasa. Kelas petang (KAFA ) tulis jawi memanjang. Aku direct dapat pujian ustzah, coz tulisan jawi terbaik dan tepat :).

Masuk sekolah menegah, jumpa lagi huruf jawi ni . So tak lupa la benda alah ni. Tapi teknik menulis dah lupa sikit. coz asyik belajar menulis arab, sebab aku sekolah arab kat sekolah menegah.

Masuk UM, lagilah dah tak ingat. Lebih2 lagi bila berdepan dengan tugasan yang memerlukan penulisan ilmiah dalam tulisan rumi. So, jawi semakin dilupakan .

Tapi syukur semalam, Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) menganjurkan bengkel Jawi. Sempat la ikut, tunggu sijil ja tak dapat lagi:), Alhamdulillah ingat balik benda ni. Bukan apa, nak kena mengajar nanti :) kena tahu teknik ni.

Tapi, kat sini yang aku nak kongsi bukan bengkel jawi tu sangat. Tapi satu kata-kata keramat yang keluar daripada pembentang pertama Ustzah salina (ustazahlina.blogspot.com).

Jawi asalnya dari huruf arab (hijaiyyah). Huruf arab terdapat dalam alquran. Pendek kata, kalau sayang Jawi , membuktikan kita sayang Islam. Jawi adalah salah satu syiar Islam .

Tapi sekarang , Jawi semakin dipinggirkan. Asalkan ada kaitan dengan Islam sahaja pasti ada kerja jahat musuh Islam akan cuba buat. Semakin mahu ditenggelamkan. Bahasa Inggeris pula diagung2kan. Kalau kita tanya pada anak muda melayu Islam berapa ramai yang tahu pasal Jawi, Confirm boleh kira dengan jari. aci angkat kaki! Tak percaya jom buat survey :).

Bayangkan, generasi akan datang yang buta Jawi, so buta pada semua huruf dalam Alquran, so macam mana nak baca dan fahami alquran. Bila alquran pun tak reti baca, maka manusia akan hilang pedoman dan panduan hidup.

Ketika ini musuh Islam akan ketawa melihat umat Islam. Berjayalah mereka. Seorang ketua Yahudi, berdiri dalam menyuarat agung mereka lalu berkata kepada freemason yang lain, dengan mengangkat Al-Quran, Lalu berkata, " selagi umat Islam masih berpengang dengan benda ini, kita tidak boleh mengalahkan mereka ".

Nah , sekarang licik tak perancangan mereka ?!

Nabi Bersabda :

"Aku tinggalkan kepada kamu, dua perkara, dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpengang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran & Sunnah. ".

Dah baca Quran ke Hari ini ?

Semoga Allah Permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui. :).

Sunday, April 4, 2010

Adakah kita seperti buih di lautan?


Tinggal sekejap assingment yang memeningkan. Lepak sambil bloging hari ni. Buka Malaysiakini, buka Mstar, buka harakah, buka metro. Masyaallah. Buka FB, macam2 post tentang kepincangan umat la ni..Hmm.

Saja aku pusatkan otak aku ni kepada dunia yang sedang menipu manusia . Penuh dengan tipu daya, penuh dengan tipudaya yang menyesatkan. Kerana dunia, semua benda jadi tak betul.

Patutla Allah swt utuskan Nabi ,Rasul dan mujaddid Agama ini. Sebabnya dunia ni kalau dibiarkan begitu saja tanpa pembimbing pasti hancurlah manusia. Tapi berapa ramai sangat yang sedar bahawa dunia sedang menipu mereka?!.

Dua tiga hari ini aku asyik mengkhatam beberapa buah buku haraki sebagai penguat hati untuk terus tsabat dalam gerakan ini. Tersentak hati bila memikirkan karya pemikiran tulisan al marhum Abu A'la Al mududi, Fathi Yakan, Hassan Al Banna dan banyak lagi. Terasa kerdilnya diri ini kerana bertuhankan dunia yang sentiasa menipu.

Jika zaman dulu, para nabi dan rasul dihadapkan dengan tentangan yang REAL , sehingga ada yang dibelah kepala dengan Gergaji , dibakar seperti panggang ayam, disula, diseret ke atas padang pasir dan sebagainya.

Zaman sahabat pula, juga banyak tentangan , dengan Nabi Palsunya, Kaum murtadnya, berpuaknya dan banyak lagi.

Dan zaman mujaddid ini , lebih dahsyat lagi tentangannya. Sebabnya, tentangan itu bukan lagi menyerang fizikal manusia itu tetapi , menyerang akidah (kepercayaan) khususnya umat islam yang berEsakan Allah swt.

Teori logik, teori rasional, ideologi yang baru di tambah pula dengan ombak tsunami globalisasi dan modenisasi yang membunuh jiwa manusia .Nah biarpun maju bumi Allah ini dengan meterialismenya, namun , jiwa manusia mundur, jiwanya pincang, hatinya gelap , tidak lagi memikirkan diri mereka yang bersyariat, dan berEsakan Allah.

Kesanya, berapa ramai yang goyah akidah mahu murtad mengikut agama lain, berapa ramai mereka yang berani melanggar hukum Allah, berzina, mengandung anak luar nikah, buang anak, mencuri, minum arak, mereka-mereka hukum Allah dan sebagainya?!.

Siapa yang bertanggungjawab?!, Boleh berseronok lagikah?! Takkan nak tunggu tsunami kali kedua baru nak berubah?!

Islam itu indah , Islam itu jernih dan bersih sifatnya, tapi kenapa umat Islam itu sendiri mahu kotorkannya dengan nikmat dunia yang merosakan?!.

Adakah ini kebenaran daripada mafhum sabfa Nabi Saw 1400 tahun dahulu?, di akhir zaman, kamu akan melihat umat Islam itu akan dikerumuni musuh Islam seperti mana semut mengerumuni makanan dalam talam. Ada sahabat bertanya, adakah kerana sedikitnya umat Islam ketika itu ?, lalu Nabi bersabada, tidak! Pada ketika itu umat Islam ramai ,tapi seperti buih di lautan, dan Allah cabut rasa takut dalam hati musuh2 Allah terhadap mereka dan Allah campak rasa ketakutan terhadap musuh Allah dalam diri mereka ...Sebabnya , pada ketika ini, umat Islam ditimpa 2 penyakit, iaitu takutkan mati dan cintakan dunia.

Adakah kita mahu tergolong dalam buih di lautan ??

Ya Allah , bantulah aku dalam menyiapkan "urusan" ku Amiin.

sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui. :)





Saturday, April 3, 2010

Tauhid 3 Vs Tauhid 20. Anda sokong Mana?

Sambil bersahaja , seorang kawan bersembang dengan aku, hang orang Islam kan?

Aku nak tanya , hang tauhid apa? sifat 20 atau tauhid 3 ?

Sudah, pening aku bila dia soal benda ni, ada masalah ke dengan kedua2 kaedah untuk mengenal Allah.

Kalau hang tauhid 3 , maka kafir , sebab hang sokong Ibnu taimiyyah. Lagi pening aku, kafir pula dah. Ibnu Taimiyyah pula kena blame.

Setahu aku, kedua2 tauhid ni aku guna dalam mengenal Allah Swt.

Nak pendekkan cerita, satu malam itu dikedai warung mamak , aku lepak dengan member aku tu sambil bincang isu2 ni. Masing2 pening dengan isu yang hangat disebarluaskan hingga merumitkan lagi pemikiran sesorang tentang pemahaman permasalahan tauhid.

Aku tidak mahu menyokong mana2 pihak samada tauhid 3 atau tauhid 20?! sebaliknya aku lebih berlapang dada, kerana kedua2 kaedah ini tidak salah, dan boleh membantu untuk kita lebih mengenal Allah.

Cuma aku sedikit terkilan apabila sesetengah pihak bertegas dengan pendirian ,sehingga sanggup mentakfirkan ulama' yang terkenal, sedangkan kalau nak banding bezakan kita dengan mereka , sangatlah jauh.

Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi, darjat mereka diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Siapa kita yang baru sedikit ilmu, yang hanya mengkaji sebahagian pandang mereka dan mengkesampingkan pandangan mereka yang lain, yang mana tetap berguna untuk kemaslahatan umat Islam seterusnya. ?

Perhatikan hadis ini :

فضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ليلة القدر، العلماء هم ورثة الأنبياء، إن الأنبياء لم يورثوا ديناراً ولا درهم،
وإنما ورثوا العلم فمن أخذ به فقد أخذ بحظ وافر

“Keutamaan seorang ‘alim (ahli ilmu) atas seorang ‘abid (ahli ibadah) sebagaimana keutamaan bulan atas segenap bintang pada malam bulan purnama. Para ulama, mereka adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar ataupun dirham, akan tetapi mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, berarti dia telah mengambil bagian yang melimpah.” Dikeluarkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi dan ad-Darimi.

Memetik kata-kata Imam Hasan Al Banna

"Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera".

Kita sibuk membincangkan method yang disusun oleh ulama, tapi kita tidak pernah membincangkan kesan dari method tersebut. Pernahkah kita fikir bagaimana method Nabi Musa kenal Allah? Method Nabi Muhammad kenal Allah, ? method Nabi2 Lain kenal Allah ?!

Benarkan yang berpegang dengan kaedah tauhid 3, mereka lebih rapat dan rasa zhauk dengan Allah, ? ataupun dengan berpegang dengan Tauhid 20 juga lebih baik? bolehkah meletakan neraca pertimbangan sebegini ?

Antara dua tauhid ini boleh jugakah kita buat andaian yang mana akan masuk syurga dan neraka?

Bergaduh, bertikam lidah, sedang perkara ini akan lebih mengeruhkan keyakinan kita kepada Allah. Bahkan memecahbelahkan.

Aku lebih mengkagumi kata-kata penuh hikmah , ulama temporari, Mursyidul Am , MB kelantan Darul Islam , Tok Guru Nik Abdul Aziz, inilah dia kemucup-kemucup dalam perjuangan.

Jangan sibukkan diri kita untuk mencabut kemucup-kemucup yang melekat di pakaian kita. Kerana inilah yang melambatkan kerja amal islami kita. Sedangkan musuh Islam sedang hebat mempergiatkan penyebaran unsur yang bertuhankan akal dan kebendaan!

Nah , mereka berjaya memprogramkan minda kita, sedang kita masih hanyut dalam pertelingkahan sesama kita. Mengapa kita sendiri berusaha menimbulkan meragukan keyakinan kita kepada Allah? cukuplah musuh Islam telah mengunakan pelbagai serangan pemikiran melalui ideologi Sekular dan sebagainya untuk melemahkan umat Islam.

Apa tauhid anda semua!?


Moga Allah permudahkan urusan kita semua

Sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui :)







Thursday, April 1, 2010

Fiqh Awlawiyyat versi aku.

Lucu bila aku kena bagi talk pasal Fiqh Awlawiyyat dalam satu program tarbiyah. Besar tajuk ni. soalan paling mencabar, di tanya.

"kalau ustz bertembung antara kenduri ustz kahwin dengan meeting penting organisasi yang merupakan ust pengarahnya, mana satu ust akan pilih?" ..nak tergelak pun ada, geram pun ada ,tapi sabar, proses tarbiayyah :).

Dengan slumber aku jawab, sudah tentu majlis perkahwinan. Takkan tengah majlis bersalam dengan tetamu nak bergegas pergi meeting. Lain pula orang fikir. Sedangkan meeting tu masih boleh ditunda. Atau memaklumkan pada timbalan untuk menguruskannya. Mudah-mudahan dia berlapang dada. semua ketawa :)..kritikal sungguh peserta-peserta ini .

So, kat sini , aku suka nk berkongsi kefahaman aku dalam mempraktikan Fiqh Awlawiyyat dalam kehidupan seharian.

Secara maksudnya, Fiqh Awlawiyat ini adalah kaedah bagaimana caranya kita menentukan keutamaan dalam banyak-banyak keutamaan yang ada.

Sebagainya contoh mudah faham, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah, tugas , kerja yang kadang-kadang bertembung tak terkata dan menyebabkan kita sukar untuk membuat pilihan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang telibat dalam persatuan atau mana-mana organisasi, ditambah pula dengan kewajipan seorang mahasiswa di alam kampus. Lebih mudah macam ni, antara tengok bola, MU lawan Arsenal bertembung dengan meeting Organisasi mana lebih utama ? :)

Secara susah fahamnya, lebih berat ketika membuat pertimbangan yang kritikal, seperti menjatuhkan hukuman, pendekatan berperang, menjawab isu, pembawaan organisasi dan sebagainya.

Secara detailnya aku tidak berniat panjang untuk mencerita secara ilmiah , mungkin semua boleh membuka kembali ulasan Ust Zaheruddin (UZAR) dalam laman webnya (zaharudin.net), ulasan ust Kamil Majid (www.kamilmajid.blogspot.com) atau buka ulasan Dr Yusof Alqaradawi tentang tajuk ini, begitu panjang lebar ulasan mereka.

Namun sekadar simple pengamalan dalam kehidupan seharian ini, lebih cenderong untuk aku nak kata dalam mengurus keutamaan ini, biarlah pilihan yang kita buat berdarkan dalil , sekiranya tiada nas, gunakan kaedah fiqh yang meletakan pertimbangan antara mafsadah dan maslahah. Pertimbangan antara mudhorat lebih besar atau kecil. Letakan pertimbangan kita pada neraca Dhururiyat (agama, jiwa,harta, maruah, akal), Haajiyyat, dan Tahsiniyyat.

Paling penting keutamaan kita buat, perlulah mendahulukan kepentingan yang lebih umum, bukanya kepentingan peribadi, dan mendatangkan kemaslahatan yang lebih besar serta mafsadah yang lebih kecil.

Selain itu aku juga melihat, dalam menentukan keutamaan ini, terpulang pada diri individu itu sendiri. Secara mudahnya, orang yang pandai awlawiyyat , pengurusannya baik. (benarkah ?).

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua ..
sekadar berkongsi & tidak memaksa untuk mempersetujui :).
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger