Love Rasulullah.

Sunday, February 28, 2010

Bila "tiada " baru terasa "kehilangan"

bukan motor sebenar, tak sempat simpan gambar sebelum hilang , tapi yang penting Ex5 kap 9977 warna merah :)

Pagi 24Feb 10 , aku round satu UM cari motorbike merah EX5 keluaran tahun 1997. Tahun ni, aku darjah 4 , dan pernah curi bawa motor tu ke sekolah & round-round petang pusing batas ban (pida 4) nama kampung aku. Dapat tau kat ayah aku, kena pelempang. tapi best ..haha.

Motobike aku ni banyak berjasa kat family aku, aku, dan member2 semua yang pernah merasa. No. Plat KAP 9977 (kedah mari ) tapi , dah menjelajah satu Malaysia, dari Perlis, sampai la Johor, kemudian ke Kelantan (NP) seterusnya bermastautin kat Petaling jaya dan tamat riwayat di rumah universiti (RU) dalam UM..sabar je la.

Masa aku belajar kat sekolah rendah & menengah , benda alah ni la bantu sikit2 aku sampai kat sekolah . Accident pun pernah dengan motor ni. Habis hancur. Pastu baiki semula. Di Sekolah motor ni la jadi mangsa " geng anti pengawas ". Masa ni , motor aku dah wanted. Asal nak balik rumah ja, mesti pancit, hilang cermin , kena tutup saluran minyak, cuma tak sampai kena rosakan enjin ja. al hamdulillah

Tamat belajar form 5, abg aku ambil motor ni bawa pi Melaka. Dua tahun dok sana. Kempunan aku jadinya. Kemudian berpindah ke NP, aku pula yang dapat sampailah sekarang. Kat Nilam puri member2 pakat dok merempit pakai motor ni.. Maklumlah aku sorang ada motor masa tu. Rasanya la kot. Daripada motor tu yang laju jadi semakin tak laju......> aku tuntut kerosakan< :).

Habis kat sana, pindah pula mai UMKL. kali ini naik keretapi Tanah Melayu. (KTM). 2 tahun , susah senang, redah hujan , panas terik, sampai naik meragam enjin2. Tapi kerja Islam punya pasal..kuda sajala motor tu.

Tapi baru-baru ni , aku pun tak duga, benda nak jadi kat aku. Di takdirkan lesap tanpa bayang.... komen pun mula la bertubi2, ada yang membangkitkan semangat, ada yang downkan semangat lagi pun ada. Yang tak pernah muncul pun , tiba-tiba muncul. hmmm , aneh sunah kehidupan ni, bila kita di timpa musibah mesti akan jadi macam ni.

Cuma yang peliknya, time motor aku hilang , lansung aku tak rasa pape. lepas 2,3,4 hari lepas tu baru teras kehilangan benda alah ni..Bukan apa , nak p kuliah pun susah, nak bergerak p meeting pun susah ..pendek kata susah sangat la.

Tapi , pengajaran buat aku juga, jangan pandang lekeh semua benda sebelah mata. Bila dah tak dak baru lah terasa. Fikir-fikir betul juga, kadang-kadang, kita hanya memandang benda yang hanya bagi keuntungan kat kita saja, tapi perkara-perkara yang biasa kita terlepas pandang dan tak bersyukur.. Bila di uji sikit baru terasa.

Hidup ni kena peka dan bersyukur dengan apa saja sekalipun yang kita ada, baik perkara yang penting, berharga & bernilai sehinggalah perkara yang simple & remeh. Jangan sampai semua nikmat ditarik baru nak insaf. "Jika kamu bersyukur aku akan tambah nikmat aku, jika kamu kufur azabKu amatla pedih -Ibrahim :7"

Tapi aku yakin, pasti ada hikmah di sebalik semua ini ....think positive! :).

Friday, February 19, 2010

Media; Kuasa Politik Baru PRU13


Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Berikut adalah butir-butir ringkas mengenai halatuju forum : Media - Kuasa Politik Baru PRU 13


Tajuk : Media; Kuasa Politik Baru PRU13
Tempat : Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall
Tarikh : 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 8 malam - 11 malam

Panel : 1) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah 2) En Fathi Aris Omar (Malaysiakini) 3) En Zulkifli Sulong ( Harakahdaily)


Anjuran : Gerakan Muslimah Sejagat ( GEMS) - Koordinator - Dian 0192191539
Free Public Forum - Sheikh Umar - 0132965724

Objektif :
1- Memperkasakan kembali ketelusan media sebagai agen perubahan
2- Pemugaran semula peranan media sebagai suara rakyat
3- Mengangkat media sebagai sumber maklumat yang berintegriti dan adil

Ringkasan Forum:
Peranan media sebagai alat propaganda pihak-pihak tertentu tidak dapat dinafikan. Malah Dr Hamka pernah menyebut bahawa kerjaya sebagai wartawan sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi agen fitnah dan enjin umpatan yang paling dahsyat. Dalam menghadapi kemelut politik semasa, mampukah media kini mampu diangkat sebagai wakil suara masyarakat yang telus? Mampukah media, akhbar dan televisyen bacaan dan tontonan umum khasnya melaporkan perkara yang benar serta tidak dibayangi mana-mana pihak agar rakyat mampu menjadi hakim yang baik?

Adakah media kini hanya menumpukan tugas sebagai agen provokasi sebagai keutamaan dan peranan sebagai agen mendidik telah terhakis sedikit- demi sedikit?

Forum ini diharap dapat menjadi medan diskusi ke arah memuhasabah dan memartabatkan kembali peranan media yang sebenar.


***SEBARANG PINDAAN TERTAKLUK PADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.

Wednesday, February 17, 2010

Semua orang sayangkan UM, aku pun .


Terkejut aku bila membaca berita tentang sekelompok pelajar UM yang berprogram sehingga meremehkan aspek keagamaan.
Sebelah siang, kursus berjalan baik dan harmoni. Suasana berubah selepas solat maghrib. Ketika peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaoke pelajar UM. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai
menunaikan solat Isyak.
Apabila berita ini terpampang di berita harian , mula muncul hero dalam isu ini, dia menafikan dirinya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma dia mahu membela dan membersihkan nama UM. Sayang sungguh dia pada UM. Mudah-mudahan suatu hari nanti kerusi NC dan TNC menjadi miliknya. Siapa Tahu?

Aku bersetuju dengan pandangan dia suapaya terlebih dahulu ditegur kesalahan mereka pelajar UM yang berkaraoke pada waktu itu yang dikatakan mengganggu mereka untuk melaksanakan kuliah maghrib.

Persoalannya , dia ada juga ke dalam program tu? Memang benar , mafhum hadis Nabi memberitahu , barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah melaranganya dengan tangan (kuasa) , jika tak mampu, guna mulut, jika tak mampu juga gunalah hati. Tapi yang terakhir itu adalah selemah-lemah iman.

Tetapi , adakah mereka tidak menegur ? Surat ini juga medium menegur, Medium teguran tu luas , menceritakan sesuatu kemungkaran agar tidak berlaku yang lebih teruk dan buruk pada masa akan datang juga perlu, ianya juga salah satu method , Dalam kaedah fiqh " saddu Zaraie' orang panggil.

Isunya sekarang menyentuh persoalan aspek akhlak yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UM. Bagi aku , luahan ini baru sedikit sahaja yang berlaku , dalam kampus masih berlambak kerja-kerja maksiat.

Sepatutnya , NC dan TNC perlu tampil menjawab isu yang bersangkut paut dengan UM ini. Mengapa hanya seorang JIK tampil membela nama UM.

Aku juga sayang UM, tapi tak macam orang lain sayang UM. Benda yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dibela dan disembunyikan kesalahan sekiranya mencemarkan nama UM , manakala benda yang baik menyentuh aspek keagamaan dihalang dan disekat.

Dunia sekarang serba luas , kenapa kita masih berfikir seperti orang yang hidup di zaman 60an . ruang Kebebasan maklumat tidak dapat dibendung. Jika kita menyuruh orang lain menutup mulut dan jangan malukan sesiapa, adakah kita mampu mengawalnya. Siapa kita ??!

Sepatutnya, kita kena sama-sama muhasabah. Jika perkara itu bersangkut paut dengan Universiti tercinta kita sekalipun dan jelas bertentangan dengan nilai norma keagamaan yang dituntut oleh Islam , kita tidak seharusnya malu untuk mengatakan Ya , UM yang salah dan kita kena sama-sama Come Out dengan satu resolusi bertindak agar program sumpama itu tidak berlaku pada masa akan datang.

Bagi aku, jangan kerana UM ini kita sanggup menggadaikan nilai etika Islam itu sendiri. Biar UM tidak terbilang dan gemilang yang penting mahasiswanya cemerlang dan berkualiti. Bahkan lebih baik, universiti yang diagung-agungkan ini mempunyai keselarian antara kualiti mahasiswanya dan kemegahannya. -Sekadar merapu dan Berkongsi.

Tuesday, February 16, 2010

Respon Isu UM :Pelajar buat silap patut ditegur, bukan hebah di media- Haafizudin.

SAYA tertarik dengan luahan Kamal Ahmad dalam ruangan ini 13 Februari lalu bertajuk 'Kesal pelajar UM leka berkaraoke sehingga tak hormat aktiviti keagamaan'.

Ia nyata ditulis tanpa soal siasat dan saya anggap ia berlandaskan emosi. Berdasarkan surat ini, sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) yang berkursus di tempat sama dengan mereka yang berkaraoke tanpa menghiraukan orang beribadah di dewan sebelah.

Saya yakin pelajar yang dimaksudkan itu tidak mencecah 100 orang pun tetapi surat yang ditulis saudara Kamal menyatakan seperti semua pelajar UM melakukan perkara sama.

Untuk pengetahuan saudara, UM melahirkan lebih 15,000 graduan setiap sesi dan jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang saudara maksudkan, peratusannya menghampiri 0.006 peratus.

Persoalan saudara adakah ini cara UM mendidik pelajarnya amat tidak rasional kerana UM adalah pentas dan gedung ilmu dengan pelajarnya diterap dengan nilai murni bagi melahirkan modal insan serta bakal pemimpin negara yang berkaliber.

Jika diambil setandan pisang, tidak semua sama kualitinya walaupun ia dihasilkan pokok yang sama. Itu adalah adat hidup bermasyarakat, pelajar UM mungkin lebih banyak terdedah dengan hiburan tetapi ia pilihan pelajar sendiri, bukan hasil ajaran UM.

Tujuan saya menulis surat ini bukan untuk membela kumpulan itu atau memburukkan saudara tetapi mahu membersihkan nama UM yang saudara palitkan arang secara 'tidak sengaja'.

Jika benar saudara dan rakan menganjurkan program keagamaan mendapati kumpulan itu mengganggu, saudara wajar menegurnya.

Saya yakin mereka sebagai mahasiswa berfikiran terbuka mampu memberi kerjasama dan menukar program mengikut keperluan jika mendapat teguran saudara. Kami berharap masyarakat di luar berhenti menyerang sesebuah institusi tanpa soal siasat, sebaliknya rujuk kepada individu yang bertanggungjawab.

Semoga Allah memberi rahmat atas keprihatinan saudara dan membuka hati pelajar berkenaan untuk mengutamakan tanggungjawab mereka selepas ini.

Surat Berita Harian Bertarikh 16/Feb/10

MUHAMMAD HAFIZZUDDIN BAHARIN,
Jawatankuasa Induk Kolej
Kediaman Pertama,
UM.

Saturday, February 13, 2010

Kesal pelajar UM leka berkaraoke hingga tak hormat aktiviti keagamaan

BARU-BARU saya menemani ayah mengikuti kursus anjuran Akademi Zakat Selangor di Bakau Gruve, Morib. Kursus itu adalah kursus keagamaan dijalankan syarikat perunding.

Pada masa sama, ada rombongan kursus pelajar Universiti Malaya (UM), mereka adalah ahli jawatan kuasa Festival Seni universiti itu di dewan bersebelahan.

Sebelah siang, kursus berjalan baik dan harmoni. Suasana berubah selepas solat maghrib. Ketika peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaoke pelajar UM. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai menunaikan solat Isyak.


Sedih hati memikirkan sikap mahasiswa universiti yang tidak pandai menjaga adab di hadapan orang lebih tua.

Tertanya di dalam diri saya, beginikah cara UM mendidik pelajarnya? Jika begini caranya, ke mana hala tuju pelajar universiti terulung ini.

Andai sebelum ini saya sukar mempercayai pelajar universiti cenderung kepada hiburan, tetapi kini sebaliknya. Mereka juga sudah hilang adab dan sopan. UM yang dahulunya terkenal dengan pelajar pintar kini ketandusan adab dan tatasusila.

Surat dalam Berita Harian Bertarikh 13/Feb /10

KAMAL AHMAD,
Banting, Selangor.

Happy Chiness New Year!!

Friday, February 12, 2010

Nasib Kedai DO RE MI di Bawah "Kuasa" Lim Guang Eng!

Petikan Kosmo di Ambil :

Saya sanggup ikut apa juga arahan atau permintaan kerajaan negeri asalkan dibenar terus berniaga di sini. Janganlah roboh premis saya, ini punca rezeki saya.

"Saya mohon diberikan sedikit masa, sepuluh minit pun tidak mengapa. Tetapi mereka terus merobohkan beberapa rumah pokok di sini.

"Mereka kata ini arahan kerajaan negeri dan tidak boleh ditangguh," luah Johar yang memberitahu mahu terus berniaga di situ walaupun menyedari tanah di kawasan pantai itu adalah milik kerajaan negeri.

Katanya, sebanyak RM300,000 telah dibelanjakannya sepanjang berniaga di situ semata-mata untuk menyediakan kemudahan tandas, surau serta kemudahan lain bagi menarik minat pelancong asing.

"Kawasan ini dahulunya terbiar dan tidak diusaha sehinggakan tiada pelancong berminat datang. Setelah saya habiskan semua simpanan dan wang yang ada untuk membangunkan kawasan ini, ini balasan yang saya terima," katanya ketika ditemui di rumah pokoknya.

Menurut Johar, beliau hanya menerima tiga surat dari Pejabat Daerah dan Tanah kawasan Timur Laut meminta dia merobohkan premisnya dalam masa sebulan sejak negeri itu ditadbir parti pembangkang.-sekadar merapu dan berkongsi.


Wednesday, February 10, 2010

Demokrasi, Liwat dan bla...bla.... apa Nak Jadi!

Lama juga tak menulis dalam blog ni . Kalau ada pun hasil copy n Paste dari laman berita nasional yang memuatkan berita-berita sensasi sepanjang PRK.

Alasan jadi macam ni sebab sibuk n tak sempat nak berkarya dengan fokus sejak dua menjak ini. Bertembung dengan PRK, dan sebaginya menyebabkan aku terpaksa untuk mengoptimumkan fokus ke sana daripada sibuk-sibukan diri bertenggek depan komputer sampai ke sudah.

Sekarang, rasa lega sikit, sudah mula nak mengumpulkan tenaga, untuk gerakan seterusnya. Diam bukan bermakna berhenti dari terus bergerak. Diam ada makna!.

Kejam, sedih, menyampah setelah aku melalui fasa-fasa perubahan semasa samada di Kampus mahupun nasional.

Di Kampus telah menyajikan suasana demokrasi yang terjajah oleh kepentingan pihak-pihak tertentu. Mahasiswa secara seriusnya menuntut dan mengasak untuk mengubah dan menerima pandangan mereka , telah dipandang enteng terus. NC, HEP dan juak-juak UMNO di kampus masih bermaharajalela mahu menjaga nama mereka dan memadamkan api roh pejuangan mahasiswa di kampus dan massa.

Semalam MPP berbincang untuk menubuhkan kabinet, tapi malangnya, mereka yang undinya sangat sedikit samada ada diperingkat UMUM mahupun Fakulti, diangkat menjadi pimpinan utama mahasiswa di UM. Sedangkan , mereka yang diberi mandat oleh ribuan mahaiswa diHijack begitu sahaja.

Bagaimana rasanya, jika direnungkan pada hadis Nabi yang mafhumnya mengatakan sekiranya pimpinan itu naik disebabkan usahanya yang gila kuasa, maka kelak tidak ada orang yang akan bersama serta membantunya dan begitulah sebaliknya. Jadi dalam konteks di UM, mereka yang diundi mendapat mandat dari mahasiswa untuk memimpin mereka, sewajarnya, pemimpin yang banyak diberi mandat itulah seharusnya dilantik bukan seperti yang berlaku.

Di nasional, jijik melihat ulasan berkenaan SODOMY Anwar Ibrahim. Si Saiful sangat berani 'memalukan' dirinya dengan kenyataan yang menjijikan. Kalau ye pun, tak payah publish sampai ke dalam media perkara yang menjatuhkan AIB sendiri dan Orang lain ....ok ingat tak ayat dalam perbicaraan kes ni .....CAN I F**** U TODAY...bahkan dalam ruangan FB penuh dengan ungakapan yang tidak mencerminkan tamadun Malaysia dan umat Islam itu sendiri yang penuh etikanya..

Semalam , Nizar Jamaluddin MB perak yang digulingkan secara kejam telah kalah di mahkamah pengadilan manusia yang dangkal penghujahannya. Menarik ulasan media yang begitu membela Dato Zamri Kader sehingga melambung-lambung mencerminkan imejnya seperti DEWA! , manakala Dato Nizar, diperkecilkan bahkan dimalukan dengan potongan gambar dan petikan kenyataannya yang sengaja diulas menjadi lebih kontroversi. Senang cerita, pakat-pakat buka utusan, dan berita harian, akbar rakyat yang "bebas".

Apapun, cukupkah bebas di mahkamah dunia, Di mahkamah akhirat kelak macam mana??

Banyak lagi nak tulis, tapi tak tau point apa nak highlight kat sini. Sebab serabut tengok keadaan semasa. Bila fikir-fikir balik, memang kita semua tak boleh duduk diam. Kena fikir sesuatu dan buat tindakan. Tak kira la dia tu sapa, pimpinan ka, orang bawah ka, hebat akademik ka, atau apa-apa saja, memang tak boleh duduk berpeluk tubuh, buat bodoh macam tak nampak ada masalah.

Menyusul seterusnya!!!!...

Sunday, February 7, 2010

Pesan Murobbi sebelum ke Jordan.

Ni Gambar sewaktu menghantar Murobbi aku kat KLIA . Dia sambung buat Phd kat Jordan. Nak cerita sikit, Dari kiri : Aizat , Fahmi , Ust Anuar , Hadi, Naim, Pie (aku) la.

Pesan Murobbi : berjuang ni kamu akan berhadapan dengan dua perkara, menang dengan mulia, atau kalah dengan maruah..

Apapun, bagi aku , bila kita buat something, jangan terlalu mengharapkan natijah yang baik sengat. Paling penting, kita merancang dan berusaha bersungguh!!.

Friday, February 5, 2010

Desakan " DEMOKRASI " di teruskan lagi.

Sekumpulan 50 mahasiswa dihalang daripada memasuki Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) bagi mendesak timbalan naib canseor bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Dr Azarae Idris meletakkan jawatan, susulan daripada keputusan pilihan raya kampus minggu lalu.

Diketuai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh, kumpulan tersebut sebelumnya, berarak daripada Akademi Pengajian Islam (API).

Pihak keselamatan univesiti membuat dua sekatan bagi menghalang kumpulan tersebut daripada terus mara, namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri.

Sekatan pertama oleh anggota keselamatan universiti diadakan berhampiran Kolej Kediaman Kelima, manakala satu lagi berdekatan Kolej Kediaman Kedua.

Kompleks Perdana Siswa itu dikawal beberapa anggota polis ketika pelajar berkenaan berunding dengan seorang pegawai di situ untuk menyerahkan sebuah patung sebagai tanda 'mahasiswa ditindas.'

Pada kira-kira jam 4.15 petang, empat wakil pelajar, termasuk Mohd Aizat, dibenarkan masuk menyerahkan patung tersebut.

Tiga lagi ialah Pengerusi Pro-M UM, Mohd Shafie Hashim, Mohd Ridhuan Othman (Bantah) dan Zulfitri Amin (wakil aktivis pro-M).

Beberapa minit kemudian, mereka keluar selepas meletakkan patung tersebut di pintu pejabat Dr Azrae. Difahamkan beliau tidak berada di pejabat hari ini.

Sebelum itu, pada jam kira-kira 2.20 petang, kira-kira 25 mahasiswa berkumpul di akademi tersebut untuk berarak ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Setibanya di KPS, jumlah mahasiswa meningkatkan kepada kira-kira 50 orang.

Selain menuntut Dr Azarae meletak jawatan, mereka juga mahukan pilihanraya kampus dijalankan dengan "bersih dan adil".

Dalam keadaan langit yang mendung itu, mereka membawa dua kain rentang dan poster yang bertulis "Jangan Ugut Mahasiswa, Bubarkan HEP Segera!!!", "Mahasiswa Tuntut Bersihkan Pilihan Raya", "TNC letak jawatan" dan "Demokrasi Kampus Mati".


Sepanjang jalan menuju ke KPS, mereka tidak putus-putus melaungkan antaranya "Hidup Mahasiswa", "Bebaskan Pilihan raya", "Bangkit Mahasiswa: dan " TNC HEP letak jawatan" selama kira-kira 40 minit.

Manakala di Masjid Al-Rahman pula, mereka mengedarkan risalah kepada orang ramai selepas solat Jumaat.

Setibanya mereka KPS, hujan pun turun dengan lebatnya, beserta kilat sambung menyabung. Mereka sempat berkumpul di Gazebo (pentas terbuka) untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar.

Mohd Aizat dalam ucapannya mendakwa mahasiswa universiti itu "ditipu dengan sistem pengundian berkompter (e-undi) yang penuh dengan masalah".

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya tersebut sedangkan siasatan HEP didakwa masih belum selesai.

Mereka juga tidak mengiktiraf majlis perwakilan mahasiswa yang akan dibentuk minggu hadapan kerana mendakwa ia hasil pengundian tidak telus.

Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai haran dan "lahir daripada sistem yang tidak telus, bobrok dan menipu mahasiswa."

Mohd Aizat juga mendesak Dr Azrae meletakkan jawatan kerana didakwanya "tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik".

Sementara itu, Mohd Shafie pula berkata, demokrasi di kampus utama itu sudah mati "kerana pihak pentadbiran tidak mahu mendengar suara mahasiwa".

"Saya kecewa dan kesal. Bila kita mengadakan rundingan dan mereka berjanji untuk mengotainya, tapi bila tiba pilihan raya, suara kita langsung tidak didengari.

"Saya menuntut agar demokrasi kampus ditegakkan kembali," katanya disambut laungan "Tolak TNC HEP" dan "Sila Undur TNC HEP".

Dalam pilihan raya kampus minggu lalu, Pro-Aspirasi menguasai semula UM apabila memperolehi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala Pro-M pula memperolehi 17 kerusi dan bebas memenangi tiga kerusi

Thursday, February 4, 2010

Aksi-aksi Pilihanraya.

1-Memori Aksi Student
2-Penamaan Calon
3-Malam Pengumuman Keputusan
21 Penggerak, 3 Bebas, 17 Pro M.
4-Mahasiswa Tawan Canselori !!
tercatat dalam sejarah.

Nantikan Seterusnya...
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger