Love Rasulullah.

Tuesday, November 9, 2010

Sepetang bersama Ust Nuruddin Al Banjari.


Alhamdulillah Selesai tadi mengikuti diskusi khas bersama dengan Ust KH Nuruddin Al Banjari mengupas tentang tajuk " Cabaran Pengajian Islam ". Saya lewat juga tadi ke sana . Hampir lebih kurang 1/2 jam macam tu. Tapi berbaloi walaupun lewat dan terpaksa berdiri sebab kerusi penuh , dapatla juga input-input berguna untuk dijadikan panduan sebagai panduan hidup.


Ust Nuruddin sangat terkenal dengan keilmuannya yang tinggi. Akhlaknya yang baik, amat sesuai bergelar murobbi kepada generasi sekarang ini. Sebaik saya melihat post di wall FB sahabat , saya bertekad untuk datang juga. Sebelum ini hanya sempat mengikuti kuliahnya di Youtube dan sebagainya. Tapi tu la kan, tak puas..

Kuliahnya bermula jam 2.30pm tepat hingga jama 4.30pm . Bertempat di BS 2 Akademi pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau bermula dengan melakukan perbandingan suasana menuntut ilmu dahulu dan dalam konteks sekarang serta mengkritik sedikit sebanyak dengan situasi sekarang.

Point-point penting yang saya faham dan mahu kongsi dengan teman-teman semua , antaranya :

1. Perlu diutamakan adab semasa menuntut Ilmu. Janganlah ketika menuntut ilmu kita bersikap melukakan hati guru walau hanya dengan bermain SMS /atau membunyikan Hp ketika pelajaran tengah berlansung. Ini kerana di khuariti akan membuat hati guru tidak tenteram kerana sikap kita yang tidak memberikan tumpuan pada pelajaranya.

2. Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah . Semua ini bukan hadaf utama dalam hidup . Bahkan ianya hanya sebagai batu loncatan untuk menggapai redho Allah Swt semata-mata. Zaman sekarang ramai yang sibuk kejar semua itu kerana mahu bersaing dengan dunia yang pesat dan berdaya saing. Tetapi keilmuan yang sebenar , boleh dinilai bersama.

3. Dalam berbeza pandangan, kita kena saling mencari titik persamaan . Asalkan matlamat dan tujuan yang sama berdamailah. Sambil beliau memetik kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al Banna dalam huraian Usul 20 tentang adab-adab berbeza pandangan.

4. Hendaklah dalam menuntut ilmu ini perlu berguru dan bertalaqqi, terutama ilmu Agama .Mempelajari dari kulit-ke kulit sehingga habis kupasan dalam sesebuah kitab. Tidak cukup sekadar membaca teori melalui tulisan buku yang dijual di kedai-kedai sahaja ataupun di laman sesawang (internet). Kaedah berguru dan bertalaqqi sangat penting. Ini kerana ketika menuntut ilmulah, para malaikat turut bersama-sama memberkahi kita.

4. Perlu saling meraikan kepelbagaian jenis orang dalam hidup ini dalam usaha untuk membela agama Allah. Ada yang suka guna pendekatan lembut, keras, tegas, dan sebagainya. Ada yang pakar dalam bidang A ,tapi tidak pakar dalam bidang B begitulah sebaliknya. Pokoknya, di mana sahaja usaha dakwah dan membela Islam itu perlu dilakukan. Semua orang tidak sempurna. Kena ingat tu. Jadi Saling lengkap-melengkapi itu sangat penting.

5. Dua persolan yang dia tinggalkan di akhir kata-katanya , iaitu dengan selalulah mempersoalkan dalam diri kita setakat ini,

(a)Adakah Allah rehdo dengan apa yang telah kita lakukan, mentaati suruhanNYA atau Sebaliknya?

(b) Adakah Rasulullah Saw redho dengan apa yang kita lakukan, laksanakan segala sunnahnya atau membelakangi sunnhanya. ?


Banyak lagi sebenarnya . Tapi cukuplah sekadar itu.

Apapun terasa kekurangan dalam diri , lebih-lebih lagi berada di alam kampus. Saya yang duduk 1 jam lebih dalam bilik kuliha tadi, tersenyum sipu dan malu , kerana apa yang dikata oleh beliau sangat mendalam, dan tepat kena pada diri saya. Moga ianya tidak berulang lagi.

Harap teman-teman mendapat sesuatu daripada perkongsian ini .Wallahua'lam

Sekadar berkongsi,
Tak paksa untuk mempersetujui.

Birth of Religion

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger