Love Rasulullah.

Sunday, July 12, 2009

100 hari Memerintah Malaysia, TAHNIAH PM.




Perdana Menteri Malaysia ke-6 telah menunjukan contoh gerak kerja yang baik selama 100hari memegang tampuk kepimpinan no 1 kerajaan malaysia. Pengenalan sistem pencapaian gerak kerja. Key Performance Indicator (KPI) , menunjukakan kepimpinan NAJIB serius dalam memakmurkan malaysia yang kita sayangi.

Banyak benda baru yang telah di perkenalkan. Memang benar teori RAHMAN memang milik beliau. Pengenalan 1 malaysia yang bakal menjadi lagenda pada seluruh rakyat malaysia satu hari nanti seakan terbukti parti yang memerintah mampu pergi lebih jauh.

Tindakan perdana menteri melaksanakan Liberasasi ekonomi menujukkan keperihatinanya dalam masalah kos sara hidup rakyat malaysia. Selepas ini semua orang akan merasai nikmat yang sama rata.

100 hari kepimpinannya juga membuktikan , Kabinet kerajaan malaysia yang baru terbuka, tawadhuk dan mendengar pandangan rakyat. Tindakan keraajaan memansuhkan PPSMI tepat pada masanya. Biarlah pada 2012 sekalipun yang penting mereka dengar keluhan ribuan rakyat di istana yang lalu .

PM juga mengumumkan diskaun 20 peratus pembayaran tol bermula semptember ini melegakan golongan perkerja yang sering mengeluh untuk membayar tol dengan kadar harga yang mencekik darah. Semua ini juga sikap terbukanya kerajaan Malaysia di bawah Dato Najib.

Sebenarnya banyak lagi perubahan yang telah di laksanakan . Anda boleh kaji sendiri.

Persoalannya di sini ,atas faktor apa mereka menjadi seperti ini . Saya tidak mahu sentuh soal ikhlas. Benda yang tidak nampak tak payah bincang panjang.

Pada saya, mungkin inilah hidayah yang mereka dapat setelah beberapa kali dakwah yang berterusan di berikan kepada mereka baik di kalangan parti oposisi mahupun gerakan pelajar. Malaysia negara demokrasi. Kerajaan tidak boleh main kuku besi.

PRU akan datang menjadi kayu pengukur sejauh mana Rakyat menyokong reformasi yang PM baru kita bawa. Atau paling hampir setakat ini pilihanraya Manik Urai (MU). Jika Keadaan masih sama seperti pilihanraya kecil sebelum ini .Alamatnya , PM dan kebinet kerajaan yang lain perlu berusaha keras untuk menawan hati rakyat.

Ternyata kepimpinan Dato Najib pada kali ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik untuk memenangkan hati rakyat. Dalam masa PM melaksanakan pembaharuan , pada masa yang sama juga la, munculnya desakan, demi desakan untuk beliau hapuskan elemen-elemen yang masih "tegar" dalam kerajaan seperti rasuah , AUKU, ISA, Pengurusan SPR , kemudian dihimpit pula dengan isu peribadinya seperti Altantuya, Pembelian kapal selam dan isteri kesayangannya sendiri , Datin Rosmah Puaka.
Semua ini masih lagi menjadi faktor kemarahan rakyat sampai ke sudah.

Saya yakin jika Dato Najib tampil berani melakukan reform terhadap element-element tersebut, TEORI RAHMAN akan berkekalan lebih lama.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger