Love Rasulullah.

Friday, September 11, 2009

Pelaksanaan E-Pengundian: Benteng Terakhir “ Pro HEP” rebut kuasa MPP.

Bahang pilihanraya kampus sudah semakin di rasai. Kebanyakkan universiti tengah sibuk untuk berhadapan dengan fasa ini. Manakala Mahasiswa di kampus sudah semestinya bijak dan berstrategi dalam menyusun pendekatan yang baik bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus masing-masing.

Piliharayakampus kali ini yang di katakan tidak berlaku serentak di semua kampus dan terpulang kepada kampus untuk memutuskan pilihanraya di kampus masing-masing. Ini kerana mengambil kira MPP di kampus yang masih lagi belum cukup setahun pemerintahannya seperti mana yang termaktub di dalam AUKU. Dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan : “ ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah di pilih untuk satu tahun..”

Menariknya , kebanyakan kampus akan melaksanakan sistem pemilihan secara online atau E-Pengundian. Perlaksanaan sistem ini sekali lagi menunjukan langkah utukk membunuh demokrasi dan hak mahasiswa dalam pilihanrayakampus. Sudah semestinya sistem ini wujud kesangsian dan penipuan yang ketara.

Berdasarkan perkembangan E-undi yang telah di laksanakan di kampus-kampus tertentu sebelum ini seperti UIA, UPM, UPSI dan sebagainya, ternyata menguntungkan sesetengah pihak dalam mengetahui keputusan kiraan undi. Terdapat ramai di kalangan mahasiswa yang bangkit mempertahankan penerusan sistem ini , namun , kekebalan pihak pentadbiran sukar di atasi mungkin. Saya mempunyai beberapa pandangan setelah beberapa kajian di lakukan pelaksanaan E-voting di kampus-kampus lain.

Apa itu E-Pengundian ?
E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) didalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya .Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual dan mengambil masa yang terlalu panjang.

Sistem Mudah Dimanipulasi.
Integriti ketua pusat mengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan kerana kejujuran seseorang sukar dibuktikan. Manakala Bahasa pengekodan (prgramming language) yang ditulis tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana calon atau agen calon tidak diberikan salinan bahasa tersebut walaupun telah diminta.

Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.

E-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang di undi.

Masalah Kebolehupayaan
Pengundian terpaksa ditangguhkan untuk beberapa ketika kerana masalah sistem undian yang sering tergendala.Gangguan pada sistem ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dan pencerobohan daripada luar

Kawalan penuh oleh TNC dan HEP
Jawatankuasa - jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC(HEP dan Alumni) serta staf – staf HEP yang membantu calon aspirasi.Di UPM contohnya, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa yang lain. Mungkin Di UM kali inia agak berbeza , di mana Kawalan penuh adalah pada Naib. Canselor, namun perkara ini masih dalam perbincangan.

Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E – Undi
PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar (MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap sistem e –undi.

Calon atau wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam pusat pembuangan undi.
Calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau egen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.

Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi.
Calon atau ajen calon tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.

Tiada senarai daftar pengundi
Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.

Kos untuk membangunkan sistem E – Undi adalah sangat tinggi.
Penggunaan wang yang sangat besar adalah satu pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan pelajar.Pengurusan wang yang banyak secara tidak sistematik memungkinkan berlakunya penyelewengan di kalangan pegawai universiti.

Sekiranya sistem ini ingin di laksanakan , sewajibnya pegawai HEP perlu memikirkan beberapa perkara. Calon perlulah dibenarkan untuk mendapatkan salinan bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membuat sistem e-undi. Mereka dan wakilnya perlu diberi penerangan khusus berkaitan perjalanan sistem e-undi termasuklah bagaimana mengenalpasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian.

Sewaktu Pengiraan undi perlu dilakukan kali pertama di pusat pembuangan undi dan penjumlahan keseluruhan di lakukan di pusat pengiraan undi utama. Selain itu perlunya ‘standard procedure’ ditetapkan oleh organisasi tertentu supaya tafsiran berkaitan e-undi dan perjalanan sistem adalah sama antara kampus bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak lain.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa bebas daripada pihak luar perlu dilantik untuk memantau perjalanan pilihanraya kampus dari segi perjalanan sistem dan ‘networking system’.Pihak Jawatankuasa perlu melakukan penerangan yang jelas kepada mahasiswa agar perlaksanaan lebih telus.

Namun saya berpandangan tidak semudah itu mereka akan mengikuti apa yang di sarankan ,kerana sistem e-voting adalah agenda tersembunyi untuk mereka perolehi kemenangan dengan mudah. Walaubagaimanapun, Mahasiswa akan terus menutut dan membantah sistem ini. Jika negara maju di luar sana sendiri menolak pelaksanaan sistem ini , hatta parti politik di Malaysia pun begitu juga, Apa relevannya sistem ini ingin di laksanakan, jika atas alasan hanya untuk memudahkan jawatankuasa membuat kiraan undi dengan cepat.

Islam mengutamakan konsep keadilan dengan semua perkara . Islam mengutamakan yang mendatangkan manfaat daripada perkara yang mendatang mafsadah atau kemdhoratan kepada massa.

Sifirnya mudah, jika sistem ini tidak mampu menjamin ketelusan dan keadilan dalam pemilihan MPP , tidak ada individu yang akan berpeluk tubuh dengan membiarkan demokrasi mahasiswa di kampus ini di “najis” kan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger