Love Rasulullah.

Tuesday, October 20, 2009

Tindakan pegawai HEP & Tatatertib UM tidak Profesional.


Hari ini 8 orang mahasiswa yang di tuduh dalam prosiding kes universiti malaya sekali lagi di perbodohkan dengan tindakan tidak profesional dari pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEPA ) dalam mengendalikan kes seperti ini .

Prosiding sebelum ini mereka juga buat keputusan untuk menangguhkan perbicaraan tanpa memberikan alasan yuang munasabah.


Jika kita melihat dari sudut pengurusannya , sebagai pihak pentadbiran sebuah Universiti tertua di Malaysia dan bari-baru ini rangkingnya sudah naik , namun kenapa masih wujud tindakan yang lansung tidak mencerminkan ke profesionalisma seorang pegawai?.


Tindakan untuk bermain tarik talik oleh HEP & Tatatertib dengan menangguh serta merta seolah-olah sengaja mahu mengundangkan kemarahan mahasiswa . Tindakan ini juga di lihat seolah -olah mereka telah memperlekahkan undang-undang yang sedia ada..


8 orang mahasiswa datang untuk menghadiri prosiding tepat pada masanya seperti mana Notis yang telah di maklumkan kepada mereka.
Namun , kelemahan di sini sudah nampak jelas kepada pihak HEP & Tatatertib yang seolah-olah tidak bersedia dan serius untuk melakukan pendakwaan terhadap 8 orang tersebut.
Sempat lagi pegawai HEP & Tataertib bermesyuarat untuk membuat keputusan samada mahu meneruskan hari ini atau menaguhkannya sahaja sehingga terpaksa menganjak masa seperti mana yang di janjikan.

Dalam musim hampir dengan peperiksaan ini , sepatutnya kes ini di selesaikan dengan segera. Jika mahu tangguh sekalipun , tidak sepatutnya di maklumkan diakhir-akhir minit.
Tindakan sebegitu bukan sahaja merugikan masa pegawai yang hadir , bahkan 8 orang mahasiswa itu sendiri yang terpaksa ponteng kelas kerana menghormati & memberi kerjasama kepada pihak Universiti .
Namun sekarang ini Pihak UM pula yang tidak bijak dalam menguruskan Hal Ehwal Pelajar. Sepatutnya pihak HEP perlu mersa malu dengan tindakan yang di lakukan . Masyarakat sedang memerhatikan apa yang berlaku dalam universiti Malaya .
Sepatutnya pihak HEP & Tatatertib perlu berani berhadapan dengan kes ini . Bukan hanya berani menuduh tetapi bermain drama pula dengan mahasiswa dengan mennagguh di akhir -akhir minit.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger