Love Rasulullah.

Wednesday, July 28, 2010

Guru Siput Babi .

Akhirnya hari ini aku paksakan diri juga untuk menulis sebagai kerja buat dakwah yang menjadi tuntutan akidahku selama ini .Rasa bersalah bila membiarkan seharian tanpa aktivti untuk menambhkan kredit untuk melepasi "tol" sebelum bertemu Allah kelak.

Sempat berseloroh dengan seorang kawan semalam. Dia pening fikirkan kerja dia yang tak siap-siap. Aku tanya kerja apa? Panjang juga dia jawab, last-last aku pun bertambah pening. Istilah-istilah orang korporat , manala aku tahu..

Cuma sempat aku kata kat dia, hmm, kalau pening dan tak dak idea sangat , mudah saja. Sambil fikir , cuba tengok seekor semut . Cuba ikut ke mana dia pergi dan apa yang dia buat..Insyaalah nanti adala idea-idea menarik akan muncul.


Tapi, dia loyar buruk dengan aku balik...Dia kata bila dia tengok semut, dia kata semut tu pun asyik pusing-pusing, pening sama macam dia tengah pening fikir ..adoi...:) semoga dia dapat la jawapanya .

Waktu aku kecil. Sekitar umur lebih kurang 10-11 tahun macam tu la. Aku terbaca buku ANIS @ ASUH kalau tak silap. Dalam ruangan motivasi . Kisah seorang pelajar dengan Siput BABI. Pelajar ni seorang yang asyik gagal saja dalam kelas, exam dan sebagainya.Bagi kerja rumah semua tak siap. Kat kelas asyik kena pukul dan denda saja. Lama-lama dia boring.

Satu hari, dia berehat di taman sekolah. Sorang-sorang dia. Berbaring atas kerusi kat taman . Sambil membaca buku. Tiba-tiba dia termimpi seekor siput babi dalam tidur dia. Kemudian dia terus terjaga.

Sebaik saja terjaga dari tidur, dia nampak seekor siput babi sedang memanjat pokok berdekatan dengan dia. Perlahan-lahan, bermula dari bawah sampailah pucuk. Kagumnya pelajar ni , bila mana dia tengok sibut tu berusaha naik sampai lah berjaya duduk di atas pokok.

Bermula daripada situlah. Dia kembali berubah. Semua rakan-rakan dalam kelas hairan tengok dia. Setiap kali exam dia dapat 1st class, rajin baca buku, aktif dalam kelas dan sebaginya .

Bila kawan-kawan dia tanya , kenapa dia berubah, dia jawab " aku bersyukur kerana Allah menghantar Siput BABI sebagai Guruku".




Tak lekang Kalimah ALLAH swt. ...




Mungkin cerita ni kita nak simpulkan ,kena berusaha bersungguh-sungguh , baru boleh berjaya. Tapi bukan itu yang aku nak kongsi. Sebab moral seperti itu , boleh juga di samakan dalam kisah arnab dan kura-kura berlawan lari ..betulkan ...?

Tentunya aku mahu mengheret sahabat untuk melihat melalui sispandang Islam dan Iman dalam diri kita.

Benarlah kata ulama, untuk kenal Allah swt, kamu tak perlu susah payah nak tahu bentuk, zat ,dan Allah tu macam mana. Cukup kamu fikir tentang kejadian diri kamu dan alam ini kamu boleh kenalNYA.

Nabi Ibrahim sewaktu berhempas pulas untuk mencari Tuhanya yang sebenar. Tengok matahari , tengok bulan, tengok siang, tengok malam , pun masih tak percaya sepenuhnya . Dia pernah mengeluh pada Allah , boleh tujukan padanya sesuatu yang dah mati boleh dihidupkan semula untuk memperkuatkan Imannya lagi.

Lalu pada satu hari Nabi Ibarahim a.s pergi ke laut. Tiba dia terlihat bangkai seekor binatang yang dah lama terdampar di pantai. Kemudian datanglah serigala, musang , anjing dan burung makan bangkai tersebut.

Nabi pun tanya pada Allah adakah DIA dapat menghidupkan kembali bangkai itu yang dimamah burung dan serigala tu. Lalu dia berdoa. (rujuk suroh Al-Baqoroh 260) kamu akan dapat jawapanya........

Dengan melihat kejadian alam, kita mampu kenal siapa Allah, kekuasaanya dan keagunganya. Cuma kadang-kadang kita kurang memikirkanya.

Ye la kan, semua benda kat alam ni dah biasa bagi kita. Tengok Bumi , tengok bulan, tengok matahari, tengohk hujan, or tengok apa-apa saja yang berlaku kat alam ni . Dah tak nampak semua benda ni ada kaitan dengan kuasa ALLAH. Tapi bila Allah buat benda pelik sikit, Tsunami ke, Ribut taufan ka, puting beliung ka..Haa baru masa tu nak terbeliak biji mata ,mengaku ni la kuasa Allah taala.

Seperti kita hidup setiap hari dalam kelas ke, dalam pejabat tengah kerja ke. Kalau orang setiap hari pakai pakaian yang sama ja, buat benda sama ja, so kita pun akan tak fikir banyak sebab benda biasa. Tapi kalau ada perwatakan pelik, pakaian lain sikit baru perhatian kita tu fokus lebih sikit.

Padahal setiap hari kita kena concern dengan semua benda. Jangan sampai kena "ketuk" baru nak berubah .

Belajarlah untuk mengenal Allah dengan merenung ciptaanya, kejadianya, jangan hanya sibuk berdebat teori sampai berpecah belah. Orang Asli kat dalam hutan tak paham pun kita bincang teori tinggi-tinggi. Nak bincang boleh tapi jangan sampai bergaduh-gaduh.

Seperti kata seorang pakcik dalam seminar pemikiran Islam (bincang pasal pegangan akidah dll. ) dia kata
" KIta ni GILA. GILA sibuk nak kenal ALLAH ni macam mana, bentuk macam mana, tangan macam mana, Apa susahnya tengok alam kenal Allah, belajar Sians kenal Allah ..cukuplah .."

Wah, terkesima aku. ,tapi ramai yang agak kurang bersetuju dengan dia. Tapi aku menyokong cara pak cik tu ..

Nabi pun bersabda
" Jangan fikir tentang Zat Allah, tapi fikirlah tentang Makhluk yang di jadikan Allah "
Apapun Teorikal dan praktikal serta penghayatan tentang Allah perlu digabungjalinkan dengan roh almawaddah wal mahabbah. Ianya sangat penting untuk memperkukuhkan Akidah dan kesatuan kita kita umat Islam.-EnD-

Sekadar berkongsi
Tak paksa untuk mempersetujui
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger