Love Rasulullah.

Tuesday, May 26, 2009

Tarian POCO-POCO satu ruang Dakwah atau Maksiat?

Minggu Haluan siswa seluruh IPT akan datang tidak lama lagi. UM yang pastinya 28hb jun nanti. Mungkin Kampus lain juga sama. Waktu saya terlibat Orientasi sesi 07/08 dulu, banyak benda yang tak puas hati. Antaranya Cheers, campur laki perempuan dan Tarian Poco-poco ni. Saya lari kalau ada slot-slot macam ni. Entah rasa tak sesuai dengan jiwa. Mungkin waktu tu masih terkesan dengan tarbiyyah Nilam Puri tak habis lagi kot. Biah solehah yang menebal masa kat nilam puri tak boleh nak sesuaikan dengan suasana kat KL masa tu..

Cuma lepas lama ada di Bumi yang penuh Lumpur ni , rasa janggal pula kata apa yang orang lain buat tu salah la, maksiat la dan macam-macam. .Bila fikir-fikir balik Chers n poco-poco ni bagus sebenarnya. Tapi ada juga la kat sesetengah part tu tak setuju. Walau apa pun banyak manfaat dia.


saya melihat dari sudut strategi dakwah..aktiviti macam ini memang dari satu sudut nampak melalaikan . tetapi cuba kita lihat dari sudut lain. Saya lebih suka nak bawa semua kepada tarian poco-poco. Kalau tengok pada tarian ni, dia mempunyai makna dan maksud yang tersendiri. Ia merupakan satu tindakan yang selari dan memerlukan kerjasama yang cukup kuat di antara satu sama lain. Dalam tarian ini di terapkan konsep kesatuan tindakan dan pemikiran. Sekiranya ada di antara salah sorang dalam tarian ini terlupa step . Pastinya akan berlaku perlanggaran dan akan menganggu gerakan seterusnya. Fokus amat penting dalam tarian ini .

Tarian ini juga dapat memupuk teamwork yang hebat antara satu sama lain. Sebab itu tarian ini tak seronok kalau menari sorang-sorang . Tarian ni juga dapat melatih akal untuk cepat berfikir dengan gerak langkah yang teratur. Ia juga melatih minda separa sedar.

Dalam masa yang sama , tarian ini dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Bila tindakan di lakukan bersama, jika ada salah , saling tegur-menegur . Yang paling penting juga perlu kita tengok, dari aspek kesihatan, tarian ini juga mengeluarkan peluh . Kita pun tahu Islam menutamakan kesihatan.

TAPI, saya tak kata kita kena tiru 100 tarian POCO-POCO ini. Kena tengok dekat mana yang perlu di ubah dan jadikan konsep tarian kita. Kalau kita tegok pada lirik lagu , kadang-kadang kita pun tak paham . Jadi apa kata kitap pilih lagu yang senang pahama, dan membangkitkan semangat dan roh jihad dalam jiwa kita ..contoh lagu Ar-ruhul jadid ke, HAri berjuang ke,,Amlulillah ke, Lagu rock yang kita pun paham lirik ke, pun ok jgk. Sekarang ni banyak lagu melayu yang boleh bangkitkan semangat.

Cuba tengok stail senaman ar-ruhul jadid ni :


Selain , saya tak bersetuju , tarian ini campur laki perempuan. Walaupun asal usul tarian ini tidak memilih bulu. Baik lelaki mahupun perempuan. Campur macam tu ja. Bayangkanlah, laki perempuan menari. Dalam islam ajar macam tu ka. Kalau ikut logik la, kalau la tengah menari tu, terlanggar satu sama lain , sentuh kulit, menjerit sana sini...laki perempuan pulak tu..comform syaitan tegah seronok gila..Pastu mula nak berkenal -kenal lebih lanjut. Modus operasi syaitan ni dah boleh baca.. JAdi Pisahkan lelaki dengan prempuan , mudah cerita. Serupa juga dengan cheers , aktiviti sangat baik. Tapi jangan sampai ketepikan islam lansung.

Jadi , saya fikir, tak boleh kita fikir satu side saja. Yang paling penting di situ ada sasaran (madu) kita . secara analoginya ,Kita tidak Boleh melempar bom dalam disko kalau nak tarik orang dalam tu bersama kita (islam). tetapi kita kena masuk dalam tu dan guna pendekatan yang sesuai. Zaman sekarang kita berhadapan dengan Fitnah, globalisai, dan meterialistik., bertindaklah sesuai dengan zaman demi Islam.

Padi ..!


Pokok Padi…sebut saja padi , teringat saya kat kampung. Padi mengenyangkan perut kita. Padi menjadi makanan asasi kita. Dari padi terhasilnya beras, dari beras terhasilnya nasi kemudian bertukar menjadi “baja”, kembali berputar memberi manfaat kepada yang lain pula.


Seronok kita mengenyagkan perut setiap hari. Kalau sehari tak pekena nasi , comfirm tak boleh duduk senang. Kadang-kadang boleh dapat gastrik..tapi bagi orang gemuk ada juga yang pantang makan nasi kononya nak kurus..ikut la,,ada orang makaan nasi banyak tapi tak gemuk pun ..sebab apa ?? sebab dia pandai jaga badan. Kalau makan tidur, makan tidur dah tentulah gemuk..apa kata senaman sekali sekala..baru seimbang..apa pun nasi dapat mengenyangkan perut..


Pernah , kita fikir, nasi yang kita makan tu sebenarnya mengajar kepada kita mengenali diri kita sebenarnya. Cuma kita tak pernah sedar . cuba renung, Siapa yang mula-mula suapkan nasi ke dalam mulut kita. Rata-rata Mak pak kita kan?? Pernah kita pikir macam mana mereka susah payah nak dapatkan benda tu??


Kalau yang kerja bendang zaman dulu yang tak dak mesin, dan kecanggihan macam la ni..mereka berhempas pulas pagi petang, panas terik, sakit habis tulang belakang. Sebab nak sara anak bini dan nak bagi kenyang perut saudara mereka kat malaysia ni . Kalau zaman sekarang pula lagi perit, alat canggih semua ada, tapi nak dapat hasil yang baik cukup perit..Anak muda kampung pula , dah tak berkenan dengan kerja-kerja bermain lumpur ni , perempuan lagi la,,takut lintah , rosak kulit la..yang ada Tinggal la, golongan tua ..berbantukan tulang empat kerat.


Kalau yang tak bekerja bendang pula , tapi toreh getah dan sebagainya, mereka juga susah payah semata-mata nak dapatkan duit nak bagi anak pinak perut kenyang. Habis tak dak pulus makan kayu ubi..Nak ka zaman ni kita makan ubi kayu sokmo..So hargailah kesusahan mereka.


Jangan tahu makan nasi dengan lauk pauk yang sedap ja sekarang ni ..tapi pikir macam mana kesusahan orang yang mula-mula nak suapkan nasi ke mulut kita..?? kita dah tak rasa kesusahan tu..zaman canggih la ni, semua di hujung jari…nak apa cakap ja..


Saya nak cerita kat sini,, hebat ciptaan Allah ni sebenarnya. Semua ada pengajaran tersendiri. Zaman serba canggih jarang kita tengok manusia kenal pada diri sendiri. Pemimpin dengan cara kotor dia, anak muda hanyut dengan dunia remajanya, semuanya nak kejar kemewahan dan keseronokan dunia yang sementara. Amat sedikit golongan yang sentiasa dan selalu memerhati dalam diri serta menginsafi kesudahan hidup.


Dalam hidup , kadang kita perlu jadi pokok padi, semakin berisi semakin tunduk..tandanya apa??


Alamatnya, hidup ni tak payahla rasa besar diri sangat. Dalam berukhwah, bekerja, belajar, berbincang, dan sebagainya. Jagalah tindak tanduk kita..Rendahkan hati serendah-rendah mutiara di lautan..Tinggikan cita-cita untuk islam seperti tingginya bintang-bintang di langit.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger