Love Rasulullah.

Saturday, January 30, 2010

Ini bukan soal menang atau Kalah , Ini soal Prinsip!


Walaupun di UM pro-M hanya mendapat 17 kerusi ,manakala bebas 3 kerusi dan Pro Aspirasi (PENGGERAK MAHASISWA) mendapat 21 kerusi bukan bermakna Pro-M tidak berpuas hati dengan pencapaian ini.

PRO-M sudah lama melalui masa-masa kalah dan juga masa-masa menang sebelum ni. Dahulu kita kuasai MPMUM kemudian kita kalah 4 tahun berturut-turut disebabkan sistem yang teruk sehingga mengenepikan aspek keadilan kepada mahasiswa.

Pro-M sudah banyak bergenang air mata dengan kekalahan sebelum ini . Tetapi PRo-M tidak pernah lemah semangat dan terus berjuang sehingga diberi kemenagan yang sebenar.

Buat apa kita menang dalam sistem yang teruk menindas mahasiswa.! tidak mengapa kalah , yang penting prinsip terus di pertahankan !

Kesal dan biadap ,saya sifatkan apabila melihat ulasan beberapa akhbar tabloid samaada elektronik mahupun media cetak kosmo dan Mstaronline.com yang melaporkan keputusan yang tidak lagi diputuskan secara sah dalam PRK kali ini serta ulasan yang berbaur hinaan terhadap tindakan mahasiswa .. Akhbar yang melaporkan kenyataan palsu dan tidak beretika tesebut hanya mahu menimbulkan persepsi baik terhadap proksi UMNO di Kampus khususnya di UM . Pro-M desak mereka tarik balik kenyataan dan minta maaf kepada mahasiswa.

PRO-M juga menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Dato Khaled Nordin kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa dengan ungkapn tidak "matang" dan "tidak boleh terima kekalahan". Kenyataan tersebut jelas menunjukan keegoan seorang pemimpin rakyat yang tidak ada prikemanusiaan terhadap penindasan yang berlaku kepada mahasiswa yang juga sebahagian di bawah tanggungjawabnya. Jika begitu, sebenarnya Dato Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataannya tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai.

Pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menhancurkan kezaliman terhdap apa sahaja yang berlaku. Pro-M tidak BIAS pada mana-mana pihak, yang salah tetap salah , yang benar tetap benar!

Dalam Konteks PilihanrayaKampus di UM kali ini, Kita berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan. Dalam masa yang sama PRK UM berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk.

Atas perkara itu , Pro-M terus bingkas bangun mempertahankan kebenaran sehingga mendapat keputusan yang baik daripada NC untuk menyiasat dan tangguh segala keputusan pilihanraya yang sebelum ini telah di umumkan. Oleh yang demikian tidak ada mana-mana pihak mendakwa dirinya kalah mahupun menang, lebih lebih lagi mahu bercita-cita membentuk kabinet dalam masa terdekat ini .

Mahasiswa adalah generasi pertengahan dimana jiwa dan roh semangat juangnya tidak dapat di halang oleh mana-mana pihak. Sekali mereka bangun , apa sahaja boleh terjadi. Jadi jangan perlekehkan mahasiswa! , jangan pandang rendah pada mahasiswa,. Menang kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mepertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan.Student Power!

E-Voting 'pilot test' kecenderungan pengundi muda PRU-13

Harakahdaily.com

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa pengenalan sistem e-undi di Universiti hanya bertujuan membantu kerajaan membaca trend politik pengundi muda pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Menurut Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Shafie Hashim, strategi sedemikian dengan menjadikan Universiti sebagai ‘pillot test’ telah lama dilakukan oleh parti-parti pemerintah di negara maju.

“Ini baru kebarangkalian...Saya tidak mahu katakan pasti atau sebaliknya motif e-Undi ini sebenarnya untuk membantu Umno BN membaca trend pengundi muda,” jelasnya.

“Tetapi, parti-parti pemerintah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri sudah lama menggunakan cara ini, jelasnya.

Sekiranya kebarangkalian tersebut benar, beliau yang juga Pengerusi Pro-M Universiti Malaya (UM) memuji parti-parti pemerintah kerana mahir dalam memanfatkan teknologi tinggi.

“Kalau benar, kerajaan serta parti-parti pemerintah boleh dikata hebatlah sebab sudah pakai strategi berkapasiti tinggi yang lazim digunakan oleh negara-negara maju saja.”

“Ini baru kebarangkalian yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Strategik (UKS) kita (Pro-M),” jelasnya.

Tambahnya lagi, penggunaan universiti untuk kepentingan parti-parti pemerintah sudah tentu memberi banyak kelebihan, berbanding pembangkang iaitu Pakatan Rakyat.

“Kerajaan dilihat terkehadapan jika benar menggunakan Universiti (sebagai ‘pillot test’), sedangkan parti-parti Pakatan Rakyat masih dilihat bekerja cara lama (iaitu) kenal pasti penyokong parti masing-masing, kemudiannya didaftarkan mereka sebagai pengundi baru untuk persiapan PRU13 kelak,” jelasnya.

Ditanya tentang kaedah membaca trend pengundian pengundi muda menggunakan e-undi, beliau menjelaskan bahawa data-data perolehan boleh disusun secara automatik mengikut demografi tertentu secara strategik.

“Secara relatif, data ini boleh disusun ikut demografi negeri, faham politik, latar belakang pendidikan dan tahap hidup selesa (sama ada) tinggal di kolej atau di luar (kampus).”

“Kalau keputusan e-undi menunjukkan (bahawa) majoriti mahasiswa (pengundi) peranakan atau bemastautin di Kedah umpamanya cenderung pada parti-parti yang memerintah negeri tersebut, maka ianyanya memberi isyarat (kepada kerajaan persekutuan) bahawa pengundi muda dalam PRU13 kelak mungkin lebih cenderung (pada) mengekalkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) yang sedia ada,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana universiti yang sepatutnya bersifat autonomi akhirnya dijadikan perkakas politik oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) turut mempersoal motif di sebalik pertemuan sulit antara ProA dan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustafa Mohammad yang dijangka akan diadakan pada malam ini.

“Malam ini, saya diberitahu (bahawa) akan ada suatu pertemuan tertutup (yang) melibatkan semua MPP Pro Aspirasi di kediaman peribadi Datuk Mustafa, di ibunegara,” jelasnya.

“TNC HEP (Profesor Madya Datuk Dr. Azarae Idris) dan semua staff universiti yang terbabit menjayakan sistem e-undi ini pun turut dijemput.”

“ Adakah pertemuan tersebut untuk menjelaskan (laporan) trend undi muda di Universiti seperti yang saya perkatakan ini?” soal beliau.

Semalam, keputusan Pilihan Raya Kampus UM menyaksikan Pro-A mendapat 21 kerusi manakala Pro-M mendapat 17 kerusi

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger