Love Rasulullah.

Thursday, December 3, 2009

Isu royalti Minyak : Kerajaan Perlu Adil terhadap rakyat kelantan.


Negeri Serambi Mekah pimpinan TGNA turut mendapat nasib yang sama mengenai royalti minyak yang tidak mahu diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri ini sebaliknya menggantikan dengan wang ehsan atau dengan kata mudahnya wang saguhati sebagai jalan penyelesaian.

Tindakan Kerajaan Persekutuan tersebut telah mendapat pertentangan hebat daripada Menteri Besar dan Majlis Perwakilan Pakatan Rakyat. Hujah mereka mengimbau kembali perjanjian yang telah di lakukan oleh keseluruhan menteri besar Malaysia dimana sebelum ini telah wujud perjanjian yang sah antara petronas dengan mereka untuk membayar mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalty tersebut.

Kerajaan Negeri kelantan tetap tegas dengan hak mereka untuk mendapatkan RM 1 Billion royalti tersebut. Sudah termaktub sebelum ini dalam perjanjian Petronas dengan MB kelantan pada 1975 di mana sebanyak 5.% akan di berikan kepada negeri itu kerana setiap petroleum yang ditemui berada didalam perairan Malaysia yang bertentangan dengan Negeri Kelantan.

Desakan , demi desakan dan surat-menyurat yang telah di hantar kepada PM ditambah pula dengan doa kontroversi TGNA , telah membuka pintu hati PM untuk berunding serta berbincang lebih masak dalam isu ini.

Ala Kulli Hal , pokonya disini bukan royalti itu yang mahu di bahaskan . Firasat saya yakin sepenuhnya rakyat kelantan dan juga pimpinannya pasti akan membawa isu ini sehingga hak yang di tuntut di kemabalikan kepada mereka.

Namun apa yang kurang sedap dipandang mata adalah sikap pimpinan kita khusunya kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi perdana menteri Dato Sri Najib Razak yang sanggup mengeluarkan kenyataan tergesa-gesa untuk menggantikan royalti tersebut dengan wang ehsan yang ternyata pada saya seperti mahu “memperbudakkan” Kelantan dan rakyatnya sendiri. Apabila didesak mulalah beliau mahu mengakji dan bawa ke meja perundingan.

Persoalan saya mudah , kenapa perlu ditukar wang Ehsan? Adakah sekadar mahu mententeramkan hati rakyat kelantan ? atau mahu melaskan syarat bila isu ini berlaku ?

Seharusnya sebagai pemimpin utama negara, keputusan yang diambil perlu di teliti dengan kajian & fakta yang tepat , tindakan dan kenyataan berbaurkan sentimen politik perlu dibuang sama sekali di dalam melakukan urusan pemerintahan . Kerajaan yang wujud adalah kepercayaan rakyat , tidak wajar mengamalkan bersikap berat sebelah dalam menjaga kemaslahatan rakyat yang di pimpin. Dalam masa yang sama sebagai pemimpin utama , konsep keadilan perlulah di utamakan dalam segenap hal , khususnya dalam isu ini kepada Rakyat kelantan..

Walaubagimanapun , keterbukaan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri seharusnya disambut baik juga oleh rakyat kelantan. Sekurang-kuragnnya ada ruang perbincangan dan biarlah Hujah dan Fakta yang memberikan keputusan.

Isu ini boleh diselesaikan dengan baik buka sebaliknya seperti sudah berlaku sekiranya , pimpinan yang ada mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang sebenar. Pemimpin perlu memandu dan membela hak rakyat , bukanya membodoh dan menindas mereka.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger