Love Rasulullah.

Tuesday, January 5, 2010

Dua rumah mahasiswa disimbah cat

[kemas kini] 6 Jan, Petaling Jaya : Penghuni dua buah rumah sewa masing-masing milik sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) ahli Persatuan Mahasiswa Menyokong Pro-Mahasiswa (PMMPM) gempar semalam apabila mendapati halaman rumah mereka disimbah cat.


"kenapa ada orang buang cat kat rumah kami. Saya ingat nak kunci pintu pagar. Tengok-tengok ada pula cat tumpah kat depan rumah." ujar seorang mahasiswi penghuni rumah berkenaan.

"kami pun tak pasti lah kenapa ada orang dendam kat kami sampai nak simbah cat pula. Pastu macam ada bau minyak sikit. Tak kan la sampai diorang nak bakar sekali rumah ni"Ujarnya.

Sementara itu, penghuni rumah sewa kedua yang dilaporkan juga berlaku kejadian yang sama berkata, simbahan cat tersebut dipercayai dilakukan ketika ketiadaan mereka di rumah.

"Kami semua pergi makan malam. Balik-balik je ada benda (cat) tu kat depan rumah. Pelik, siapa pula yang dah tak ada kerja nak buang cat kat rumah orang ." Farid, penghuni rumah.


"Dekat-dekat nak PRK (Pilihanraya Kampus) ni memang banyak kejadian pelik. Rumah kena simbah cat la, kepala babi kat surau la, surat layang la, rasuah calon la, serbu rumah, geledah rumah macam-macam lagi la." Ujarnya lagi.

Terdahulu, kejadian yang sama juga pernah berlaku kepada salah sebuah rumah tersebut. Bagaimanapun sehingga sekarang orang yang bertanggungjawab membuang cat tersebut masih belum dikenal pasti.- Pro-Mkini

PMIUM :"ALLAH: Siapa yang Punya?"





"ALLAH: Siapa yang Punya?" (anjuran FPF & PMIUM)
-Bersama YB Khalid Samad (MP Shah Alam), Tan Sri Murphy Pakiam (Ketua Paderi Roman Katolik KL), Dr. Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis) & Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (ISTAC, UIAM)

Date:
Monday, January 11, 2010
Time:
7:45pm - 10:30pm
Location:
Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Street:
Jln Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur - (berhadapan Stesen Monorail Maharajalela)

Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan akhbar mingguan Herald Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" dalam penerbitannya telah menggemparkan masyarakat di negara kita khususnya masyarakat Melayu-Islam.

Lantas, pelbagai pihak telah melontarkan pandangan dan kupasan samada berbantuk ilmiah, emosi bahkan tidak kurang juga yang memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik dan meraih populariti.

Oleh itu, dengan bangganya Free Public Forum dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UM pada kali ini akan mengetengahkan satu lagi siri perbincangan umum bagi mendapatkan kupasan lanjut berkaitan isu ini untuk dihidangkan kepada pendengar.

FPF pada kali ini akan menjemput panelis yang memiliki latar belakang berbeza untuk melontarkan pandangan-pandangan yang pelbagai dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan bernas untuk diharmonikan kearah "mutual understanding" dalam membentuk masyarakat sivil dan negara Malaysia yang demokratik.

JOM ramai-ramai pergi!!.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger