Love Rasulullah.

Wednesday, July 22, 2009

Brainstorming VS Meeting.


Kuliah sudah, Demontrasi sudah, Lokap pun sudah..La ni , nak sembang pasai Brainstorm. Dalam bahasa lawaknya ( Ribut Otak) . Samakah dengan mensyuarat ?

Jawapannya sama ,tapi tak serupa. Bezanya keterbukaan dan tiada limit untuk memberi idea dan masa untuk membincangkan sesuatu. Kalau meeting, masayaallah , pening kepala di buatnya. Kalau yang lambat buat keputusan sampai ke sudah tak dak resolusi. Meeting terikat dengan agenda, masa , skema, dan ada rule tersendiri.

Jika di beri pilihan , saya suka brainstorming dari meeting yang merenyahkan. Tapi tidak beerti saya menolak Meeting. Sebab meeting dalam BA adalah Syuro. meminta pandangan dan kesepakatan dalam sesuatu untuk mebuat keputusan bersama satu kemestian. Kebiasaannya dalam sesuatu organisasi.

Brainstorming tidak kira siapa. Yang ada otak dan tidak ada pangkat pun boleh . Kalau kedua-duanya sekali , lagi amat bagus. Boleh di katakan juga group think thank (PEMIKIR) yang membincang sesuatu problem untuk mendapat keputusan yang segera dan tepat. Adakah golongan ini , kononya hebat dan maksum. Idea mereka saja yang bagus. Jawapannya tidak, yang ada idea. Ajak lah sesiapa pun .

BS, tidak menyekat pandangan. Lontarlah apa-apa saja, hatta yang tidak masuk akal pun di terima. Jangan mengkritik idea sesorang sekali pun nampak bodoh. Keran idea yang kita nampak bodoh mungkin boleh merubah negara .

Boleh mengkritik, tetapi bukan pada individu tetapi pada idea yang di lontarkan. Dalam sesi BS tidak perlu rigid dengan masa. Buatlah ketika mana yang kita suka, pagi, malam, petang, tengah hari , waktu nak tidur pun boleh BS. Korum yang terlibat tidak terhad. Terpulang kepada apa yang nak di bincangkan. Mungkin 2 , 3, 4, paling ramai 20 orang. Tidak terhad kepada lelaki or perempuan sahaja. Boleh bercampur.Yang penting !, mesti ada idea. Bukan jadi batu.

Jika kita mahu sesutau agenda jadi maju sentiasalah brainstorming. Enjoy dengan idea kita. Sekalipun orang menyampak dengan idea kita. Sebab dalam meeting tak maa nak bagi idea bodoh. Nanti MC marah. So selalu-selalulah BS , moga kepala kita jadi besar dan idea kita bercambah. Dan jangan lupa BS boleh mengeratkan ukhwah. Bs juga menguji tahap berlapang dada antara satu sama lain.-sekadar pandangan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger