Love Rasulullah.

Wednesday, July 1, 2009

Izzudin dan Shahruldin: mahasiswa bersama Kalian.



Hari ini seperti yang di laporkan oleh Media ( malaysia kini.com ) , berikutan tahanan 2 siswa UM dari APIUM akan di lepaskan dengan ikat Jamin sebanyak RM 5000 seorang dan akan di bacakan semua kes pada 13 julai nanti .

Di sini saya terkilan dengan tindakan utusan online yang bertindak seperti akhbar bodoh yang tak pandai buat kerja.

Tajuk yang di Higlightkan terlalu kontroversi."2 pelajar UM didakwa khianat dewan fakulti"

Kalau di perhatikan , APIUM bukan fakulti pun tetapi akademi. Utusan lebih mementingkan populariti beritanya berbanding menyatakan perkara yang benar.

Berbalik dengan 2 pelajar tersebut. Saya fikirkan bagaimana nasib Pengajian mereka di UM. Saya yakin masih ada peluang untuk itu. .Mudah -mudahan mereka selamat dan tabah dalam berhadapan dengan situasi ini . Ramai kenal siapa mereka di Akademi Islam . Baik, rajin dan bersungguh dalam bergelar mahasiswa. Saya yakin mereka berada di Pihak yang benar. .Apapun Perbicaraan belum selesai.

Dalam mahkamah semalam pun , mereka tidak mengaku yang kes itu adalah perbuatan mereka .Mudah-mudahan sebutan semula kes pada 13 julai nanti mampu memberi jawapan yang sebenar.

1 julai 09, mereka akan di lepaskan , Ayuh kita sebagai mahasiswa , turun memberi sokongan kepada mereka. Jangan bincang soal betul atau salah, ya atau tidak mereka terlibat dengan kes ini ..Yang penting mereka itu saudara seakidah dengan kita, Mereka juga mahasiswa. Memberi sokongan pada mereka penting. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi mengetahui segala sesuatu. - sekadar pandangan.



 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger