Love Rasulullah.

Thursday, July 9, 2009

KERAJ OH KERJA.


'Ada orang datang BEKERJA dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada yang perasaan 'biasa' dan ada yang perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang BEKERJA hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan semangat dan luar biasa , hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan Bersemangat agar dapat menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan dan menyenangkan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'

Cuba Renung :-

1. Ada antara kita datang meeting apa-apa hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG MEETING' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' Meeting.

2. Ada kala kita rasa kita
BUSY gila , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita
PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita
OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG Di AJAR.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran
KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi
LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya
'KENAPA DIA NI MCM TAKDA KERJA' ,
adalah lebih baik kita tanya '
APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri kita balik , kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula sesama kita lebih bersemangat dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita tuai kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya.


'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger