Love Rasulullah.

Saturday, May 30, 2009

Selamat datang Chin Peng.



Kenapa pula tiba -tiba muncul si chin peng ni. Kerajaan telah mengeluarkan satu arahan untuk mendedahkan kekejaman Parti Komunis Malaya kepada seluruh rakyat malaysia termasuk generasi muda dan baru muncul dewasa ini. Saya yakin lepas ini Utusan melayu dan akhbar-akhbar rasmi negara termasuk media-media utama seperti RTM ,TV 3 dan sebagainya akan bekerja keras untuk mewar-warkan isu ini .

Mungkin sekarang isu PKM (chin Peng ni) lepas ni mungkin Hindu LLTE pula. Seolah-olah mahu menimbulkan kontroversi perkauman di negara ini . Jangan ingat konsep 1 malaysia , rakyat tidak boleh baca muslihat di sebalik isu-isu yang tenggelam timbul ni. Dulu semasa 13 mei , serupa juga, nampak sangat pergaduhan kaum yang sengaja dirancang.

Dalam akhbar sibuk keluar kenyataan halang, dan kecam, Chin Peng Masuk Malaysia dan macam -macam lagi,baik Pembangkang mahupun kerajaan . (rujuk Utusan ), MB Kedah , NGO, Jangan agungkan PKM , dan lain-lain.




Bagi saya, tidak perlu sampai tahap nak keluarkan kenytaan nak dedah kekejaman PKM ini . Dulu memang mereka kejam, Tapi tu kisah dulu. Sekarang dah merdeka. Biar la chin Peng masuk, anggap la dia sebagai pelawat pun cukup . Bukan dia bawa angkatan komunis untuk serang malaysia pun. Bukankah malaysia dah ada pertahanan yang hebat. Kenapa nak takut dengan nama Chin Peng saja, Shamsiah Fakeh boleh di maafkan kenapa tidak chin Peng. ?

Sepatutnya kerajaan ambil pendekatan untuk duduk bersama Chin Peng , berbincang secara baik. Kalau di rujuk pada sejarah , banyak juga jasa Chin PEng sewaktu bersama MPAJA menentang Jepun dahulu. Soal dia ideologi yang lain , itu tidak menjadi persoalannya . Bagi dia agama dia, bagi kita agama kita. Lakum di nukum wali yadin.

Jika dia menunjukan Penentangan terhadap islam kita umat islam akan tunjuk sikap kita. Ini prinsip yang tak boleh di ubah.

Kerajann tidak sepatutnya melulu buat keputusan mendedahkan keburukan mereka (LINK). Dalam buku sejarah kat sekolah pun ada sejarah PKM dan Chin Peng ni. Kenapa tak cukup ka.?.Bukankah lebih baik, saluran media massa dan akhbar ni banyak dedahkan tentang sejarah islam dan perjuangan tokoh-tokoh dahulu. . Ada juga manfaatnya..
.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger