Love Rasulullah.

Sunday, August 15, 2010

Balik Kampung.


Sejuk pagi ni. Berkampung di masjid Solihin teras jernang. Seronok dapat berkumpul dengan ramai kawan-kawan dari seluruh pelusuk tanah air. Berbincang, berkongsi , dan mencetuskan rasa tentang harapan dan impian untuk generasi abad 21 ini ..

dok khoyal apa nak jadi 5 tahun nanti...khoyal dan terus khoyal..best..!

Minggu ni mula dah posa. Start hari rabu hari tu lagi..Semua pun tahu kecuali yang tak posa, memang tak sedar pape.

Kawan-kawan aku di UM semunya pulang kampung sebab nak rasa 1st week buka posa ngan family , best kata diorang..dalam hati dok kata macam la nanti2 dekat raya tak boleh balik buka posa lain...tapi hak orang mana boleh sekat..biar lah...

Minggu depan aku punya sorang kawan nak balik kampung juga buka posa kat rumah..Seronok tahap gaban dia :).

Apa aku merepek ni..

Mungkin ada sesetengah orang kata, buat apa balik kampung. Banyak kerja kat kampus ni yang belum selesai lagi..

Aku no komen..Nak balik-balik lah..itu hak masing-masing. Sebab aku pun baru je balik kampung minggu lepas..

Cuma bagi aku , persoalkan dalam diri masing-masing Why aku nak balik kampung?.

Macam aku 2,3, tahun lepas boleh di katakan setahun raya je aku balik. Kawan-kawan aku perly aku, hang ni pie, macam anak terbuang je...

Pedih tu....

nak buat macam mana, dah takde masa nak balik, kemudian nak balik kena pakai duit, guna air liur ok la juga..hehe.

Tapi tahun ni aku berazam sebulan mesti sekali balik. ,bulan 6 aku balik sekali, bulan tujuh dah nak balik, tapi deman pula cansel tiket, bulan OGOS baru je balik awal bulan lepas, bulan 9 komfirm balik coz nak raya, bulan 10 pula nak minta restu nak exam dah...bulan 11 balik sebab.....tut.

Tapi paling penting "dakwah to my family". Rasa kekok, di Kampus kita berusroh bukan bagai nak rak, bercamping, berorganisasi dan sebagainya..tapi family kita macam mana..

Ala, cukup la kalau setakat call, memadai dah..kata sesetengah orang.

Bagi aku betul tu, tapi REAL ke call dengan balik jenguk muka mak ayah. Lebih2 lagi yang dah meningkat usia..Sebelum mata terlelap biarlah kita dapat menghiburkan hati mereka dan mereka sentisa tenang, lapang dan meredhoi kita. Baru best nak "berjuang".

Tahun ni , family aku dah rasa pelik, siap kata kat aku, "hang ni buang tebiat, kerap pula balik kampung"..aku balas balik ,"hmmm balik pun payah, tak balik pun payah" hehe berseloroh anak dengan mak..

Sebab tu aku tanya buat ape nak balik kampung ?

takut balik kampung jadi fitnah pula..ye la, balik tidur banyak, bangun subuh lewat, pastu balik rumah merayap (asyik keluar jumpa member kat bandar )..lansung balik tak bersembang, bergurau senda, berkongsi rasa dengan mereka, sedang ini semua dakwah kita pada family kita.

Atau balik kg sebab nak jumpa......tutt!
Atau balik kampung sebab nak lari dari kerja yang byk di Kampus !
Atau...dan...atau..

Bukankah tingkatan dakwah yang disarakankan Hassan Albanna sudah jelas!?

1-Fardu Muslim, 2-Keluarga Muslim 3-mujtama' muslim 4-Negara Islam 5-Kerajaan Islam

so kita nak fokus kat no.2 tu..BAITUL MUSLIM..jgan asyik fikir nak kahwin ja. Perana kita pada family kita sekarang pun kena ada jgk..

So ada masa balik la ye. Kalau sibuk nak buat macam mana. Dan biar keberadaan kita di kampung bersama mak ayah dapat membentuk suasana Mahabbah yang labih baik dan tercetusnya keluarga Muslim yang bahagia.

Dimana-mana pun ISLAM perlu di depan.

Firman Allah Surah Al-Qiyamah : 36)

" Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggung jawaban) ? "

Kepada ibu-ayah ingat firman Allah Surah At-Tahrim :6

"Wahai orang-orang yan beriman , peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperentahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Dan juga pesanan Rasulullah saw ;

" Orang lelaki bertanggungjawab di dalam rumah isterinya dan dia akan ditanya tentang isi rumahnya."
Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

Ingat lagi pesanan Rasulullah saw;

" Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya."
Hadith riwayat Ibn Hibban.


Kepada semua Rasulullah mengingatkan;

" Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap daripada kamu bertanggungjawab terhadap gembalaannya."
Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

" Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka." (At-Tahrim : 6)
" Yang (membakar) sampai ke hati."
(Al-Humazah : 7) -EnD-

Sekadar Berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger