Love Rasulullah.

Thursday, January 13, 2011

Pentingnya hidup generasi yang berterusan.

Baru-baru ini sempat saya berjumpa dengan kawan lama Sekarang ini dia menetap di P. Pinang dan bertugas sepenuh masa untuk masa depan Islam di sana.

Ketika berjumpa dengan dia, dulu dan kini beliau masih tetap sama ,tidak berubah , masih istiqamah dan maintain dengan pemikiran yang segar ,semasa dan "gila-gila".

Rasa sengan pun ada dengan dia . Time ni la satu nasihat dia tinggalkan kat saya :

"Hang (sembang org utara) ingat pesan satu ni, paling koman (lemah) sebuah gerakan adalah depa (mereka) yang hanya boleh gi takat bina generasi ja. Kalau depa tak hebat kat lapangan politik, gerakan dakwah, gerakan intelektual dan macam2 lagi pun ,tu semua tak jadi masalah selagi depa tetap terus tinggalkan generasi lepas depa , itu tandanya gerakan masih ada. Tapi, kalau depa lansung tak pikiaq, dan bertindak untuk tu semua , tu bukan lagi dinamakan gerakan! dan bertambah teruk bukan takat bina generasi tak dipentingkan, bahkan line politik, dakwah, ekonomi lansung tak bergerak!

Baru ini dalam ceramah oleh Yb Mahfuz Omar , Ahli Parlimen Pokok Sena. Antara point penting beliau tekankan adalah pentingnya membina dan meninggalkan generasi yang akan terus memimpin gerakan Islam satu masa nanti.

Saya memahami bahawa, generasi yang YB maksudkan adalah generasi pelapis (anak muda) yang masih baru . Generasi ini katanya perlu ada kemahuan, kebolehan dan kemampuan untuk memacu gerakan . Mahu dan boleh saja tidak cukup , jika tidak ada kemampuan untuk melakukan langkah permulaan. Persiapan diri "melengkapkan kemampuan " dalam segenap aspek khusus dalam berhadapan dengan "new era politic " yang bergitu rumit dan mencabar perlulah dilakukan.

Bagi sesebuah "team". Tidak kira samada team itu disamaertikan dengan "organisai","keluarga", "Jemaah", "persatuan" , "parti" ataupun nama khas seperti "Dragon Ball team","wonderpats Team" ,"Naruto's Team" dan banyak lagi nama-nama yang menunjukan sebuah team.

Kelompok ini sudah semestinya mempunyai matlamat dan halatuju yang ingin dicapai. Mungkin matlamat jangka hayatnya bersifat jangka panjang ataupun sebaliknya. Sesebuah Team juga pasti inginkan komitmen tahap tertinggi daripada team mereka sehabis baik.

Justeru persoalan mengenai siapa yang akan menguatkan team tersebut sudah pasti jawapannya adalah "ahli" di dalamnya. "Ahli" itu pula perlu di"build uP" skillnya jika nampak masih "lemah". Jika "ahli" team tersebut sedikit pastinya team itu perlu memikirkan bagaimana harus menyelamatkan team itu daripada berkubur tampa ada generasi pelapis yang akan membawa perjuangan "team" tersebut seterusnya.

Mari kita memikirkan persoalan yang lebih jauh ke hadapan.

Islam itu indah, lengkap, bahkan tiada cacat cela sikit habuk pun. Namun sekiranya sesuatu yang lengkap dan cantik itu tidak disematkan dalam diri setiap insan , masakan akan wujud individu yang menjadi celupan "Islam" itu.

Jadi bagaimanakah untuk membuatkan "Islam" itu berada dalam hati semua orang?

Jika kita perhatikan, Islam ini satu syariat ( manual cara hidup manusia) yang tidak diturunkan selonggok di satu-satu tempat . Tapi Islam itu diturunkan kepada "hati" manusia yang bernama Muhammad Saw melalui Wahyu Allah SWT (Al-Quran) dan disampaikan melalui lidah KekasihNYA (Hadis) kepada seluruh umat manusia. Ternyata ISLAM sebagai cara hidup manusia ini perlu "DIGERAKAN" dan "DISUNTIK" kedalam jiwa manusia seluruhnya.

Persoalanya lagi,Sekarang ini, Siapa yang akan menggerakkanya , NABI ? SAHABAT ? TABIIN? ..mereka sudah lama tinggalkan kita.??

Tidak perlu risau, hebatnya mereka, mereka telah meninggalkan generasi-generasi yang hebat sehingga ke hari ini agar iampian "TEAM MUHAMMAD" untuk membawa manusia kepada Allah SWT akan terus terlaksana.
.

Yang tua akan mati, yang muda akan mengantikan yang tua. Andaikata Generasi terdahulu tidak mementingkan soal generasi masa depan yang akan terus memimpin tangan umat ini dan membawa panji Agama Allah ini, sudah pastinya kita akan lihat betapa rosaknya umat manusia ini.

Kerana apa??

Kerana mereka tidak mendapat celupan dan sinar ISLAM dalam jiwa mereka. Diri mereka kosong bahkan lebih banyak diisi dengan manual hidup ciptaan "jahiliah" yang berterusan menjauhkan manusia dari Allah.

Salah siapa??

Salah "mereka" yang tidak membentuk generasi akan akan berterusan membawa obor ISLAM yang telah di mulai oleh Nabi Muhammad saw sejak 1400 yang dulu.

Sudah tentu kita tidak mahu melihat situasi yang "gelap" itu. Jika tidak mahu apa usaha kita dalam meninggalkan generasi yanh hebat itu??!

Renung-renungkan wahai........

1-Pemimpin
2-Ibu bapa
3-Guru-guru
4-Mahasiswa/i
5-Ustaz Ustazah
6-Pensyarah-pensayrah
7-tok-tok imam

dan siapa sahaja yang bergelar hamba Allah dan meyakini perjuangan yang di bawa oleh Rasulullah SAW.


وليخش الذين لو تركوا من خلفهم ذرية ضعـفا خافوا عليهم فليتقوا الله وليقولوا قولا سديدا
“dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak (generasi) yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar” 4:9.


Sekadar Berkongsi.
Tidak Paksa untuk mempersetujui.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger