Love Rasulullah.

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 sinonim dengan 1 Malaysia.


Dahulu Kerajaan memberi jaminan yang pelbagai bahawa Malaysia selamat dari VIRUS BABI H1N1. Malaysia masih dalam keadaan terkawal.

Namun hari demi hari, kenyataan ini di Uji Oleh Allah dengan penularan virus ini kepada tahap yang sangat membimbangkan sehinggakan yang terbaru telah mengorbankan 2 orang seperti yang di laporkan mstar online , Atau mungkin lebih banyak yang mati , cuma kita tidak maklum.

Jumlah terkumpul kes Influenza A(H1N1) di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 1,124 kes dengan dua kematian, dan daripada jumlah tersebut, 574 merupakan kes import dan 550 kes jangkitan tempatan.

Menteri Kesihatan meminta Rakyat supaya jangan panik walaupun kes wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) semakin membimbangkan dengan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 1,000 di seluruh negara.

Pusat-pusat pengajian Tinggi juga di serang. UITM kebanyaknnya menjadi sasaran Virus ini. Tidak pula Virus ini menyerang IPTA-IPTA yang lain. Adakah kelemahan kawalan virus di UITM lemah , atau sekadar mainkan isu untuk menaikan IMEJ UITM semata-mata, atau mungkin virus ini sudah ada sasaran tersendiri.

Saya khuatir , Universiti Malaya dan juga Universiti awam yang lain kesemunya telah melalui pemeriksaan khas sebelum minggu orientasi bermula pada awal julai yang lalu.Dan kini Al hamdulillah tiada lagi kes yang di catatkan berlaku di IPTA. Persoalannya kenapa UITM di serang. Dan paling peliknya hampir sebahagian cawangan menjadi sasaran.

Dan yang terbaru , PLKN pula menjadi sasaran. Hampir 3 lokasi pusat latihan ini di tutup.masing-masing di negeri Melaka, Terangganu dan Perak. Virus ini mula menyerang kawasan -kawasan penting bagi kerajaan malaysia di dalam melahirkan pelapis negara.

Kadang-kadang saya pernah tersenyum seorang diri memikirkan samada virus ini satu fenomena, ataupun satu senjata ampuh politik yang akan di gunakan bila-bila masa untuk mengalihkan pandangan dan fokus masyarakat.. Dan satu lagi, menarik sebenarnya konsep 1 malaysia yang dato Najib gagasakn seakan sinonim dengan kedatangan Virus ini .( H1N1 = 1 Malaysia).haha

Saya juga menunggu-nunggu bila Virus ini akan menyerang sekolah -sekolah agama di bawah pakatan , menyerang putrajaya, menyerang pejabat menteri besar kelantan ,perak, kedah dan selangor. Kenapa rakyat saja yang perlu menaggung siksa virus ini . Hari demi hari menteri mahupun pemimpin sibuk dengan laungan itu dan ini. Rakyat yang sakit dan hampir mati , siapa yang ambil peduli. Jika rakyat di dahulukan , pemimpin perlu rasa seperti mana rakyat rasa. Bukan sedap duduk dalam bilik kebal, berkerusi empuk, kaki silang ke atas sambil menghisap rokok, dan goyang-goyang kaki.

Di mana solat hajat perdana untuk mengharpakn Allah alihkan Virus ini dari Malaysia. Kalau dalam pilihanraya boleh buat munajat beribu-ribu kerana nak rampas kuasa dan menang, tapi bila dah menang dan Allah dah uji sikit, kenapa tidak ada himpunan besar-besaran munajat untuk isu ini. Siapa lagi nak bantu kecuali Allah . Usaha-usaha dan banyak dah. Dokter dah tak larat dah nak buat pemeriksaan. Sekarang tiba masanya kita bermunajat kepada Allah . saya rasa Mungkin pemimpin negara tunggu Virus ini serang mereka dahulu baru nak sibuk -sibuk buat himpunan munajat.

Politik-politik juga. Jika rakyat jadi mangsa, takkan pemimpin -pemimpin kat malaysia ni nak duduk diam saja. Habis kuat keluar statement. Kalau macam tu jadilah pemimpin media la senang. Berada di alam maya. Habis tidak tahu buat apa , mungkin malaysia akan di isytihar Darurat. senang cerita. Ibarat Beruk yang duduk di atas pokok melihat kucing terkapai-kapai meminta tolong. Si beruk hanya mampu menjerit dan terlopong melihat kucing itu lemas dan mati -sekadar pandangan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger