Love Rasulullah.

Friday, November 6, 2009

Nothing What-what.

Sesungguhnya , Rasulullah di utus sebagai penujuk jalan kepada manusia di muka bumi ini. Sejak kecil dirinya sudah melalui ujian-ujian yang membezakan dirinya berbanding dengan manusia biasa yang lahir. Ternyata kelahiranya telah membuka lembaran baru kepada lanskap semasa tanah arab (politik tanah arab ) pada ketika itu yang di pelopori oleh pemahaman jahiliah a.k.a Abu jahal dan kuncu-kuncunya.

Lincahnya Baginda dalam mengubah lanskap politik Makkah pada ketika itu bermula setelah mana Baginda mendapat pelukan kuat dari Sang Langit Jibrail A.s lalu di suruh baginda membaca Al Alaq 1-5 . Kegelisahan itu di sambut tenang oleh Khadijah mata hati Baginda. Lalu disahkan pleh Sang Pendita Waraqah B Naufal bahawa inilah Rasul Akhir Zaman yang bakal mengubah Lanskap siasah muka bumi ini di bawah satu Khalifah yang berdusturkan undang-undang dan dasar dari langit.

Di saat itu, Baginda mendapat "order" yang tegas supaya bagun dari di seliputi selimut untuk memulakan "gerakan dakwah" kepada masyarakat untuk menyeru mereka kembali mengubah keyakinan yang sebelumnya menyembah berhala a.k.a Abu jahal untuk beralih kepada tauhid Rabbul Jalil Allah swt.

Ketika inilah Nabi mendapat Ujian sebagai pendakwah.

Matlamat utama Nabi hanyalah utnuk mengembalikan akidah yang sebenar di kalangan umat manusia ketika itu di lakukan dengan cermat lagi tersusun. Bermula dengan gerakan rahsianya ,kemudian pula secara terbuka setelah mempuyai kekuatan dan "green light " dari Allah swt.

Walaubagaimanapun gerakan terbuka ini mendapat tentangan lagi dahsyat sehingga menyebabkan Nabi mengambil strategi yang baru berpandukan wahyu Ilahi untuk melakukan Hijrah ke Kota Madinah..Perencanaa n Nabi begitu cermat bermula dari awal perjalanan sehinggalah mendapat laungan "tolaal Badrul A'laina " setibanya Baginda bersama Abu Bakar ke Kota cahaya tersebut.

Sekali lagi Nabi memulakan Lanskap baru Politik di Madinah. Dibinanya Masjid Quba , sebagai tanda Syiar membuktikan bahawa Islam berada di sana . Seterusnya Nabi bersiasah dengan mengadakan Tahlluf dengaan Kaum -kaum yang ada untuk tunduk di bahawa pemerintahan Islam di sana. Paling cemerlang langkah Nabi adalah ketika mana Baginda berjaya menghasilkan perlembagaan pertama dalam Islam "PIAGAM MADINAH " yang menjadi batu asas perpaduan di Kota madinah tersebut dan sepanjang pemerintahan Nabi Saw. Piagam yang menjaga kemaslahatan Ummah (siasah Syariyyah ) itu telah berjaya menyatupadukan umat manusia di bawah pemerintahan Rasulullah Saw dalam keadaan Aman , dan sejahtera.

Kekuasaan yang di miliki Islam pada waktu itu telah membuka lembaran baru kepada Islam untuk meluaskan tanah jajahannnya ke peringkat yang lebih luas . Di sinilah Nabi mengutuskan pada Duat yang terkenal dengan perawakan yang mampu memberi kefahaman Islam kepada semua orang . Seperti Mus'ab Bin Umair dan banyak lagi.

Tidak Cukup dengan penyebaran dakwah , di tambah pula dengan pelbagai siri-siri peperangan untuk menawan kawasan yang di pelopori oleh musuh Islam yang enggan menerima , bahkan mengejek serta menaniaya umat Islam .

Mereka yang ingkar, keras kepala dan degil dengan seruan Nabi itu , telah melakukan serangan dan penindasan awal kepada umat Islam , Namun Nabi bersabar kerana tidak mendapat perkenan Dari Allah untuk membalas serangan Musuh tersebut.Keluhan Saidina Hamzah B. Abd Mutallib kepada Baginda terhadap peristiwa yang berlaku di turuti dengan turunya Ayat Allah :

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai". ( Al-Haj: 39-40)

Bermualah perang demi Perang, sehingga menjangkau 60 peperangan , ada riwayat mengatakan 50 dan sebagainya. Ala kulli hal perang berlaku pada zaman Nabi , tujuannya satu untuk membela Islam yang di tindas dan memastikan ugama Allah ini tetap tinggi di muka bumi ini. Jika tidak mengapa Nabi bersungguh-sungguh dalam Doannya tatkala di medan perang Badar.

Seandainya kemenangan tidak di perolehi dalam perang tersebut, Maka tiada lagi Umat manusia yang akan menyembah Allah . Begitulah munajat Nabi sehingga mangalirkan air mata. Namun , Allah maha mendengar rintihan Hambanya , lebih-lebih lagi kekasihnya Rasulullah Saw. Islam menang dalam perang tersebut. Bagitulah dalam siri-siri peperangan berikutnya sehinggalah Islam berjaya Menguasai 2/3 lanskap dunia ini.

Bagaimana dengan gerakan dakwah kita era baru ini. siapa lawan kita, bagaimana prinsip kita dengan lawan kita, berbanggakah & puaskah kita dengan apa yang ada? . Kita bangga dengan sejarah orang dahulu melakar lembaga hijau dengan kehebatan itu dan ini , namun parti itu lemah gemalai terbujur layu melintang patah dalam melakar sejarahnya zamannya sendiri.

Tentera-tentera lembaga Hijau ini , sudah mula berpecah dengan lagak pemikiran idealistiknya yang kadang seperti plastik a.k.a realistik. Sudah kurang ROH pengorbanan, ikhlas, ukhwah, jihad dan banyak lagi sebagai pra syarat tentera Islam sepertimana rancak dan bersungghnya anak beranak mereka sewaktu di alam kayangan membahas arkanul baiah susuanan Banna as syahid.

Atau mungkin Allah menarik Nikmat " Kefahaman " yang menjadi Rukun yang pertama dalam susunan Banna tersebut. Lalu muncullah pemikiran-pemikiran yang kononya extravaganza , advance, Up todate, Neo Liberal, open minded, emosional's idea dan bla..bla,, namun..Kefahaman tetang asas Islam bagaimana pula!. sekadar merapu & berkongsi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger