Love Rasulullah.

Friday, November 26, 2010

Jangan sampai diperalat!

Hari ini (baca), Timbalan Perdana menteri Malaysia telah menasihati generasi muda agar jangan mudah di peralatkan oleh mana-mana pihak ( mungkin BELIAU maksudkan ,dia ni ) yang cuba menyajikan gula-gula perjuangan yang palsu.



Beliau juga memperingatkan kepada generasi muda untuk menjadi generasi yang berusaha untuk memahami asas penubuhan malaysia, dan berusaha untuk menjadi agen penyelesaian dengan mengemukakan berjuta-juta "cadangan-cadangan" kepada apa sahaja masalah yg dok ada dalam negara agar ianya bertepatan ke arah mencapai kemajuan Malaysia untuk wawasan 2020 yang akan datang.



Generasi muda, katanya kena "bijak menilai" yang mana palsu yang yang mana benar agar mereka tidak dipergunakan.


Generasi muda tu siapa, kalau bukan namanya mahasiswa, mat-mat lepak, mat-mat rempit, mat-mat kopiah, mat-mat skema, mat-mat clubbing dan macam-macam lagi.


Dengar sini Generasi muda [mahasiswa], amat penting kita memahami amanat atau wasiat berharga ini sebelum "perayaan demokrasi " besar-besaran akan bermula tidak lama lagi.


Generasi muda yang  [kaki lepak], buatlah macam mana sekalipun, sebagai rakyat malaysia, generasi muda kena progresif, membantu negara, untuk memenuhi hasrat kerajaan. Kerajaan telah membelanjakan "berjuta-juta " ringgit untuk keselesaan rakyat. ( tengoklah)


Dalam bidang pendidikan sebagai contoh, Bajet 2011 , kerajaan memperuntukan 2.5 juta untuk bahagian ini. Semuanya untuk keselesaan generasi muda yang harus di beri pendidikan dan ilmu secukupnya.untuk mereka menjadi insan seperti ini. (baca)


Malaysia ni negara yang mengamalkam demokrasi. Membuka peluang seluas-luasnya untuk rakyat bersuara dan memberi pandangan serta memilih pemimpin mereka sendiri. Parlimen Malaysia jelas terbukti Malaysia bukan mengamalkan kerajaan diktator. Jika tidak masakan wujud "rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan".


Tak payahlah lagi  menyusahkan mereka (pemimpin kita) ,sehingga berbuih mulut menasihati kita. Gunakanlah akal yang waras, ilmu yang ada untuk memahami dan taat apa yang mereka katakan. (Negara kita, negara demokrasi lah..). Kerajaan yang dipilih adalah kerajaan yang disukai rakyat ok.


Setuju? boleh terima? 


Ok lah, kalau tak setuju dengan statement kat atas ni pun, fikirlah dengan se'bebas' yang mungkin dengan akal fikiran yang waras tanpa berpihak kepada sesiapa pun. Ianya datang daripada naluri anak muda sendiri.



Tok guru kita dulu-dulu , macam Imam Al Ghazali ada kata :Jika kamu ingin lihat bagaimana rupa nasib sesuatu bangsa pada masa akan datang maka saksikanlah akhlak generasi muda hari ini". hmm, ok tengok ni :


Wah pentingKAN , anak muda ni..BerhargaKAN?


Kalau ikut kata-kata geng kaki lepak pula "anak muda ni adalah mereka yang mendobrak(meruntuhkan) sistem. Mereka bebas utk berfikit, bertindak, bereksperimen, dan berekspresiasi dengan akal fikiran mereka sendiri, mereka tidak rela duduk dalam cengkaman "sistem". Mereka mahu keadilan dan kebenaran itu di laksanakan.


Ya, sistem. S.I.S.T.E.M.  Pada mereka sistem itu milik orang tua. Idea pun tua. Lalu mereka mengawal anak muda untuk kepentingan mereka atas nama kemajuan bersama untuk negara tercinta. Maka mereka berjaya men'tua' kan anak muda, jadilah anak muda yang hanya muda pada nama tetapi "tua" pada hakikat sebenar.



Mungkin ini maksud mereka (baca), atau ini (baca) .


Apa pun, generasi muda adalah pelapis kepimpinan masa depan..Harapan rakyat, bangsa dan Negara. 



Jika generasi ini tidak penting dan menjadi rebutan semua pihak , takkanlah Sukarno pernah kata:



Berikan aku 10 orang pemuda akan aku gongcangkan dunia 
Sekadar berkongsi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger