Love Rasulullah.

Friday, October 30, 2009

Betulkah berjuang begini sifatnya ?? aku??

Thursday, October 29, 2009

Siasat Juga NASA & MUSTAFA.

Meeting hampir 4 jam berakhir dengan keputusan tolak EGM ganti Seminar Politik Bincang halatuju Parti dengan menjemput Dr Aziz Bari bentang paperwork.. Manakala Tindakan disiplin akan di kenakan kepada PAS selangor.

Tok Guru Nik Abdul Aziz keluar awal dari meeting 2 jam lebih awal ..KEnape?? alasan yang di beritahu media ..feeling well.

Tapi awat PAs selangor sahaja. Sedangkan Kekecewaan tok guru kepada 3 orang ,Nasharuddin, Hasan Ali dan Mustafa Ali.

Sepatutnya Siasat juga mereka ini.

Telus ke keputusan meeting ni malam tu??

Apapun syuro dah habis..redho je la. Allah swt lebih tahu. Lepas ni kita tunggu Action terhadap keputusan-keputusan yang di ambil.

Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sudah.




Tuesday, October 27, 2009

NIk Aziz become Old & Nyanyuk, see like me..Step Down la..- Che.det.



Monday, October 26, 2009

Sempitnya Pemikiran mereka yang di tuduh "Mata Gelap" Umno dalam PAS


Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Sempit juga pemikiran mereka yang dudk dalam dewan ulama (khususan ila Ust Harun) ..

Yes besar kemungkinan tok guru Tak tulis..Mungkin juga ya..Ala kulli hall mana-mana presiden/ MB dll yang berpangkat besar pun pasti ada PA (pembantu dia) ..Takkan nak tulis pun kena jari batang tubu dia juga.

Hj Hadi Presiden PAS (OKT mata gelap UMNO) , mesti stement dia juga orang tulis..semua orang susun ..betui dak..

Kemudian lagi satu , bodoh dan bangang sangatkah seorang mursyidul am PAS , menjawat jawatan MB kelantan, yang sudah berada dalam kancah sepak terajang politik begitu lama untuk membuat kenyataan seperti itu.

Beliau dah berpengalaman , dah tahu situasi, dah makan garam lebih banyak dari orang lain yang konon rasa hebat berpolitik. Takkan dia tak mampu untuk membuat cadangan idea seperti itu sehingga mereka menuduhnya mengaharapakan orang lain sebagai jarum yang dok cucuk beliau..

Kalau tak ye pun , mungkin tok guru berbincang dan mendengar pandangan kemudian beliau merasakan rasional lalu dia buat petimbangan la. Dia kemukakan idea.

Salahkah dia kemukakan idea. Adakah islam menyekat idea semua orang. SO kalau macam tu ,,kira PAS ni sempit la.

Kat luar sibuk lawan pasal demokrasi , kebebasan bersuara itu ini dan sebagainnya. Tapi bila mai dalam kelambu sendiri dah jadi "KAWAQ" .

Bagi aku, Tok guru lahirkan apa yang dia rasa atas apa yang orang kata, tok guru tak tuduh, semua yang tok guru cakap pasal dalang umno, UG dll semua tu benda dok terapung kat media massa.

Dia sebagai mursyidul Am pas tengok benda tu (isu-isu yg timbul ) tentulah sakit hati.,,sebab di sayangkan PAS. macam juga aku. .Sapa tak terasa kalau orang kata PAS macam tu macam ni.

Kalau orang kata kat mak ayah kita..cakap itu ini apa kita rasa.

Cadangan tok guru buat EGM kira ok la. Sekurang-kurangnya dia nak selesaiakn kekusustan masalah yang ada. Berbincang, bermuktamar dalam suasana mahabbah, ok ape. Jika mereka tidak bersalah tak mengapa. beres kerja.

Cuma yang terkilannya. Kenapa ada orang tak boleh nak fikir rasional dulu dengan idea seseorang. Tetapi boleh siap tuduh, kutuk, perli..Maaf bagi aku memang tak patut. - Sekadar merapu & berkongsi.



Sunday, October 25, 2009

FORUM orang Muda (FORDA) : Kopak Habis Kepala Otak.


Yang tengah tu paling muda.,,member ako..my Presss.

Yang ni Orang tua...bg support pogram org muda...tQ


Yang ni Aktivis Tua tapi berdarah Muda, Bro Hisham..sapa tak kenai ......TERBAIK!!!!

Audien yang multiracial , multi bahasa..mai pakat-pakat dengaq ..Khusuk depa.


Coret-coret Bajet 1 Malaysia.


Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian

CUKAI

Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000. (sikit jer)

Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus. (sikit jer)

Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012. ( kenapa 2012 ..nak PRU ke??)

KAKITANGAN AWAM

Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.(bulan ni je ker)

Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.( kenapa 3 tahun [2010-2012] je tak 5 tahun?? ,,,oh ye , takut nanti kalah dalam PRU13 mcm membazir la pula..)

RUMAH

74,000 unit rumah kos rendah ( banyak nye..) disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010

KWSP

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (ada juga tema ni) diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja( pengemis tak de peruntukan ke) . Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.

Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.(banyak sangat ni)

Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama (tak adil , kalau macam tu kena halalkan Hutang kat semua yang mendapat PTPTN sebelum ni , baru ok)

30 pelajar (mesti puak-puak dia, anak2 dato je..sebab kouta sikit je) terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.

Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.( Nampak sangat nak umpan student …meterialistik…cintakan kebendaan…Najib2…kenapa 2 tahun ?? hmm mungkin dalam tempoh ni dia aggap student dah terkemaruk dengan “umpan” yang dia bg ..dengan harapan yang tinggi undi anak muda sokong mereka balik )

Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh ( masa bila ja nak guna..bukan selalu ..kosmetik betul) kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.(ada jgk tema ni …politik sungguh)

-sekadar merapu dan berkongsi.

Saturday, October 24, 2009

Bila Nik Aziz "Spark"...Hangpa kena Jawab la...Baru tak boleh dok Lena.


Friday, October 23, 2009

Special muktamar to weed out “problematic leaders”- Nik Aziz..


Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :


Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.


Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.


Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .


Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Thursday, October 22, 2009

Bayi berkulitkan Al Quran .......boleh masuk tandas ke?


Hari ni aku terbaca pula satu lagi kejadian pelik seorang bayi ajaib , Ali Yakubov namanya. ADari Rusia kampung Dagestan.

Isunya ,bayi ni yang baru berusia sembilan bulanterdapat beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Seluruh penduduk kampung merasa taajub dan sanggup beratur panjang semata-mata nak tengok benda ni.

Tapi kenapa di kaitkan dengan militan pula dengan bayi ni..?? takkan ada unsur politik pula dalam kes-kes macam ni.

Apapun presmis akau tetap tak percaya kalau tak jadi depan mata...

Cuma kadang-kadang terfikir , kalau berterusan macam ni ,,di boleh masuk tandas ke?? kira dah menghina Ayat Quran nanti..-sekadar merapu & berkongsi.

Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Berdiri ....betul Ke?


Lagi satu isu yang gempar kat negara kita ni. Isu yang hampir mahu mengalahkan isu rasul melayu, isu pergoalak politik dan lain-lain. Masa ni la media tergila-gilakan benda ni. Asal benda pelik ja mesti medai buat cerita.

Bagi aku , tengok boleh tapi percaya fikir 100 kali la. Kecuali kalau betul-betul jadi depan mata baru percaya.

Semalam aku dengan member serumah cuba buat demontrasi sejadah bersembahyang seperti gambar yang di laporkan media. Jadi sebiji..Mudah ja..kalu nak tau cubala kat rumah sendiri.


Apa pun , benda ni mungkin ya mungkin tidak.

Mungkin nak perli orang kat kampung ni yang kerap tak solat agaknya, jarang guna sejadah untuk buat lapik sujud.

Mungkin juga tanda akhir zaman benda pelik-pelik ni.

mungkin juga, perbuatan manusia di situ yang nak mempopularkan kampungnya.

Mungkin juga media yang nak dapatkan publisiti murahan untuk beritanya.

Mungkin juga syaitan yang sengaja mahu menyesatkan manusia ,,mana nak tau silap hari bulan sejadah tu di jadikan barang pujaan seperti orang puja kubur. Al maklumlah akhir zaman ni ramai umat manusia ni yang lemah imanya..Seperti nabi kata, di akhir zaman , umat ku ramai tapi seperti buih di lautan.

Ramai juga yang dapat Tengok benda ajaib sikit dah terbeliak biji mata. Jangan jadi seperti fahaman anamisme sudah.. Zaman nabi , tengok matahari kata tu la Tuhan. tengok pokok ada kuasa sikit maka tu la Tuhan dan di sembahnya ..so takkan kita nak masyarakat kita pun macam tu.

Dari satu sudut , kejadian ini juga menunjukan kepada kita kena check balik iman kita betul. Selalu muhasabah.. jangan mudah yakin dengan perkara seperti ini . -sekadar merapu & berkongsi.

Tuesday, October 20, 2009

Tindakan pegawai HEP & Tatatertib UM tidak Profesional.


Hari ini 8 orang mahasiswa yang di tuduh dalam prosiding kes universiti malaya sekali lagi di perbodohkan dengan tindakan tidak profesional dari pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEPA ) dalam mengendalikan kes seperti ini .

Prosiding sebelum ini mereka juga buat keputusan untuk menangguhkan perbicaraan tanpa memberikan alasan yuang munasabah.


Jika kita melihat dari sudut pengurusannya , sebagai pihak pentadbiran sebuah Universiti tertua di Malaysia dan bari-baru ini rangkingnya sudah naik , namun kenapa masih wujud tindakan yang lansung tidak mencerminkan ke profesionalisma seorang pegawai?.


Tindakan untuk bermain tarik talik oleh HEP & Tatatertib dengan menangguh serta merta seolah-olah sengaja mahu mengundangkan kemarahan mahasiswa . Tindakan ini juga di lihat seolah -olah mereka telah memperlekahkan undang-undang yang sedia ada..


8 orang mahasiswa datang untuk menghadiri prosiding tepat pada masanya seperti mana Notis yang telah di maklumkan kepada mereka.
Namun , kelemahan di sini sudah nampak jelas kepada pihak HEP & Tatatertib yang seolah-olah tidak bersedia dan serius untuk melakukan pendakwaan terhadap 8 orang tersebut.
Sempat lagi pegawai HEP & Tataertib bermesyuarat untuk membuat keputusan samada mahu meneruskan hari ini atau menaguhkannya sahaja sehingga terpaksa menganjak masa seperti mana yang di janjikan.

Dalam musim hampir dengan peperiksaan ini , sepatutnya kes ini di selesaikan dengan segera. Jika mahu tangguh sekalipun , tidak sepatutnya di maklumkan diakhir-akhir minit.
Tindakan sebegitu bukan sahaja merugikan masa pegawai yang hadir , bahkan 8 orang mahasiswa itu sendiri yang terpaksa ponteng kelas kerana menghormati & memberi kerjasama kepada pihak Universiti .
Namun sekarang ini Pihak UM pula yang tidak bijak dalam menguruskan Hal Ehwal Pelajar. Sepatutnya pihak HEP perlu mersa malu dengan tindakan yang di lakukan . Masyarakat sedang memerhatikan apa yang berlaku dalam universiti Malaya .
Sepatutnya pihak HEP & Tatatertib perlu berani berhadapan dengan kes ini . Bukan hanya berani menuduh tetapi bermain drama pula dengan mahasiswa dengan mennagguh di akhir -akhir minit.

Sunday, October 18, 2009

Anak.


Semalam aku dapat call dari my mom yang la ni duduk kat N.9.. terkejut di buatnya. Datang semata-mata dari jauh , kedah nu.... tinggal habis ayam, itik , apa semua..Bukan apa nak sambut cucu punya pasai..


So mula la aku dok fikir, Bulan oktober banyak dengar orang dapat anak, mula dari abg aku, smpaila aktivis -aktivis pmium.


My bro before me , dapat cahaya mata perempuan sulong dalam keadaan dia di uji. Sebelum sehari sambut baby , syarikat pula kena guling muflis..sebab ada orang sabotaj..sempat aku kata kat dia.."memang rezeki hang la, anak ni akan bantu hang balik." ketawa dia..


Prk bagan pinang, dalam dok kelam kabut berperang kat sana, lahir pula sorang mujahidsebelum di umumkan keputusan. Tahniah to my bro Hisomuddin bakar [bahaya dia ni ,serik aku , haha] , dia dapat anak sulong laki..dalam hati aku, habis la, akan muncul Bro Hisom yang no 2 :)..mintak-minta jangan masuk UM nanti haha.


Dalam bulan ni juga , panggilan berita sedih juga dari murabbiku Bro Ramadan Fitri Ilyas & Sis Khadijah , yang meyambut syawal dan perang bagan pinang dengan suasana sedih memikirkan nasib anak sulungnya. Dia koma, hanya tuhan menetukan segalanya. Walaupun aku tak sempat nak p putrajaya, aku doakan mudah-mudahan di permudahkan segalanya.


Kemudian lepas tu,,abg sulong aku pula dapat anak yang sorang lagi..memang pelik..susunan yang menarik, selang seli laki perempuan tiap2 sesi ..memang mereka merancang dengan baik..hahaha..[ aku akan ke sana, coz degq kata muka macam aku..haha]


Tak lupa juga lagi Bro aktivis PMIUM , Sharulzaman & Isteri ,,pun dapat anak juga bulan ni..tahniah la.


Dan sorang lagi yang aku teringat...sambut anak dalam tekanan di panggil prosiding KES tatatertib Universiti,,sabar ye.., ex presiden pmium lepas..dia suka arah aku buat kerja hahaha..dapat anak sehati sejiwa with sis Fatin ..di fahamkan nama anaknya Amiratul [ penuh tak ingat , Menarik nama ni ..macam dah planing awal] ,,harap jgn masuk UM nanti..hahah.


Itu lah ,,sedikit perkongsian aku melihat mereka yang dapat anak..ada yang di uji, dan sebagainya. Bagaimana dengan aku , kau, dan semua nanti..-sekadar merapu & berkongsi.

Wednesday, October 14, 2009

Berpaut di dahan RAPUH.

Terima kasih Dato Saifuddin ..memang sepatutnya golongan politician ini bergabung dengan golongan akademik profesional dalam merencana strategi politik yang lebih segar, dan mantap.

Beliau berkata kini sebahagian daripada ahli dan pemimpin politik ketandusan idea bernas bagi menguatkan parti selain asyik canggah-menyanggah walaupun idea yang dikemukan itu bernas.

Namun , saya sedikit contra dengan kenyataan supaya ketepikan ideologi politik masing. Kepada siapaa yang dia tujukan ? PAS/PKR/DAP @ Be ENd ??

"Sudah tiba masanya ahli politik dan pemimpin politik mengetepikan percanggahan ideologi politik mereka buat seketika dan mendengar pendapat cendekiawan bagi mewujudkan fenomena politik tanah air yang lebih baik," katanya.-malaysia kini.com.

Berapa kali kita kata HAK & Batil tidak boleh bergabung dan bersatu. Mana boleh Najis bercampur susu ..boleh minum ke??

Terbukti perjuangan Be-ENd sangat berbeza dengan dasar pejuangan Pakatan Rakyat...Kalau tengok sendiri dalam isu kerajaan perpaduan..Tuan Guru bertegas tampa kompromi. Ini soal dasar dan prinsip ..

Mungkin ini pandangan saya melihat kenyataan Dato tak ubah seperti talam dua muka. atau perpatah lain tarik rambut dalam tepung tapi jangan sampai putus.

Dari sudut pandangan beliau , saya nampak keseriusannya untuk mengembalikan kesedaran mahasiswa dan warga kampus termasuk pensyarah terhadap politik..tapi ke mana dia nak bawa idea-idea tu..Sudah tentu kepada ideologi asal yang di pengang..UMNO @ PR. ?

Lanjutan dari KES prosiding AUKU baru-baru ini. Bawa masuk org politik dalam kampus. Kenapa pula nak di ambil tindakan..terang-terang bercanggah dengan pindaan AUKU. Selesai dulu benda ni , baru bincang nak sedarkan mahasiswa dan warga kampus.

Mahasiswa turun bagan pinang pun , kena kutuk dengan Menteri ..ape kejadahnye??

Takkan dato Saifuddin tak pandang lansung Isu ini.?

Apa pun saya bersetuju dengan gagasan idea yang di perkenalkan..Tapi nampak macam kosmetik , ni yang gerammnya. Banyak benda yang lompang perlu di selesaikan. Mana suara Dato saifudin bila mahasiswa di maki dan di hina oleh menteri serta boneka-boneka mereka di kampus .??

Mf bukan mahu menemplak pribadi beliau ..tapi sekadar meluahkan rasa dan pandang tak puas hati tentang siapa itu DATO saifuddin ..Mampukah beliau menjadi Dahan yang kuat untuk mahasiswa berpaut di situ??? -sekadar pandangan.






Tuesday, October 13, 2009

Oktober, aku &.....dot.dot.


Letih sungguh bulan ni. Bukan nak mengeluh tapi normal bagi manusia macam sy yang ada lebih dan kurang dalam diri. Raya di kampung tak puas dengan mak ayah. 3 hari bro ..mana cukup. Tapi nak buat macam mana, KL menanti , kerja bertubi-tubi..tension..tapi tak pa senyum ja..

Puasa 6 & Open House .
DI KL , masyaAlLah , ingatkan nak boleh habis awal puasa 6 ,tapi iman sentiasa di uji dengan jemputan Open House ..banyak giler..terima kasih..PUM, IZZUDIN HILMI, MASJID BULAT s.14 , PMAPIUM, FESKUM, ASRI NogOri, AIZAT SALLEH, PERMADAH, REAL..,abg Syed & Zaujahtuhu,,yang masih oTw ..Rumah Puan Hajjah sayang , PMIUM, PRO-M, MPMUM, Masdi Cina...haha letih aku nak senarai semua..Tapi alhamdulillah B.M.I still maintain :)

Assingment , test , Presentetion, slip exam,
Alahai , ni satu lagi beban dalam kepala otak..tapi nak buat macma mana, dah sistem kat malaysia pakai exam oriented..terpaksa la di kerahkan walaupun menyampah..tapi no bad la, sempat siapkan semua , cuma tunggu nak touch up sikit-sikit ja lagi. hmm ,kuliah lagi dua minggu, Slip exam dah dapat, boleh je tak nak peduli kelas..hahaha..tapi masih berhutang 2 presentation 1 test..semua dalam minggu ni..selesai benda ni..Hip Hip Horrey...baru senag hati nak buat kerja sampingan nak tolong Islam :)

Pilihanraya Kampus, E-Undi, Bagan Pinang..
Arghh, kesal gila bila PAS kalaj teruk majoriti 5ribu..menurun dari sesi lepas..Apapun PAS kena akui jentera mereka lemah..ni la satu tempelak Allah nak bagi mungkin supaya PAS lebih berstrategik bila pilihanraya kecil kawasan UMNO/Be ENd..

DI celah kesibukan kempen bagan Pinang tiba-tiba terpancul Kelompok semut kecil tapi berbisa gemakan E-undi di sana. Mahasiswa bantah E-undi..Mahasiswa tolak polisi kerajaan zalim & kurap. Habis kat bagan pinang,,serbu khalid Nordin pula di UPM..habis semua kelam kabut, bermula dari TNC UPM kemetot sampailah Pak Guard sentot..Tapi terima kasih la..depa boleh berdiplomasi..boleh juga hantar memorandom kat Khalid Nordin..Tq Khalid..Tapi student akan tuntut janji2 tu..Hapus E-Voting ye. :)

ABU, HAAFIzuddin , n My Friends dari PBCUM kena prosiding universiti.
Kesian pula kau, dalam tengah sibuk dengan PRK, bantah E undi , Assingmet belambak, Test bersusun, Adik-beradik setarbiah kena prosiding universiti. Tambah lagi kawan dari PBCUM yang selalu bekrjasama buat kerja amal...sekali lagi..saya tak boleh dok diam..kawan kita beb ..takkan nak biar diorang tanggung sorang-sorang..Susah senang kita bersama..cuba kita letak nasib kita tempat dia..lepas tu tak de orang tolong dan bagi support..ape rasa..Down & moralise beb..silap hari bulan bunuh diri hahhah..Apapun seronok ..desakan student menyebabkan prosiding semalam di tangguh ..Sekali lagi membuktikan HEP kaki penipu..main ikut dan nak dakwa.

Lepas ni , tunggu nak berdepan dengan Exam..boleh ke ponter saya naik, or maintain atau jatuh...minta-mintalah naik tahun ni boleh buat kerja Islam mudah sikit..Apapun bulan oktober membuatkan aku fikir. Rupa-rupanya kita ni boleh buat apa saja walaupun kita kata kita tak mampu buat.Kita asyik risau,risau dan terus risau...fikir benda tak pasti..awal-awal dah fikir negatif, fikir kalah..bila nak maju..so tak perlu risau dengan perkara yang BETUL-BETUL kita tak mapu buat, tapi kita kena risau dengan perkara yang kita boleh buat tpi kita takbuat apa-apa.

Sorang bro kata kat aku " enta redah ja, buang rasa takut..rempuh..saja..apa2 risiko kita fikir no 2 , yang penting kita buat tu tak melanggar syariat"..huh tak boleh belah kata-kata dia..tapi aku akan ingat. tak semua orang boleh terima, tapi aku BOLEH,,Anyway inilah tulisan merapu saya ,oktober , Aku & dot..dot..ape dot.dot tu..nanti bila sampai masih semua kan tahu.




 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger