Love Rasulullah.

Saturday, March 21, 2009

Jika Najib jadi PM, nantikan saat kehancuran .

Pemimpin Negara no 1 (perdana Menteri) merupakan orang yang amat penting di dalam memacu siasah negara ke arah menegakkan islam itu sendiri. Pemilihannya juga perlulah tepat dengatn ciri-ciri dan kehebatan yang tertentu.


PM ibarat teraju layang-layang (wau dalam bahasa utara) bagi memastikan keadaan layang-layang tersebut terbang megah di angkasa, namun sekiranya longgar dan ceroi , maka akan terhoyong- hayanglah . Begitu juga kalau di ibaratkan seperti Nakhoda kapal yang menjadi pengemudi menuju ke destinasi yang di tujui dengan baik. Seandainya Nakhoda itu leka, lalai , sombong dan bodoh makan halatuju akan tersasar dan mungkin berhadapan dengan bencana seperti mana di dalam kisah Titanic.


Di dalam perspektif islam itu sendiri, aspek pemilihan pemimpin amat di tekankan agar tidak tersalah pilih. Kaji saja bagaimana pemilihan kepimpinan khalifah ar-rasyidin yang empat , begitu sengit dan melalui perbahasan yang serius. Hatta , sewaktu nabi wafat , bukan pengkebumiannnya menjadi awlawiyat tetapi usaha mencari pengganti selepasnya menjadi fokus utama. Di sini jelas, memilih pemimpin adalah tanggungjwab yang penting.


Memilih pemimpin perlu . Kehidupan yang tidak terpimpin akan sesat . Rasullullah pun bersabda, jika kamu bermusafir 3 orang maka lantiklah salah seorang ketua di kalangan kamu. Persoalnnya di sini , pemimpin yang macam mana yang kita nak pilih . ???


Adakah Pemimpin yang terlibat dengan pelbagai kes-kes yang jelas lagi terang keburukannya akan di pilih??


Begitu rendah nilai pemimpin yang jelas nyata salah namun pemilihanya tidak seketat pemilihan Majlis perwakilan mahasiswa, ketua kelas , ketua pelajar dan lain. Bayangkanlah , rasuah, konspirasi bunuh , dan sebaginya, tiada lansung pihak yang bertanggungjawab menyiasat secara serius .Di mana peranan Ulama?, SPRM?? Polis?? Hakim ?? Media ??


Apa yang berlaku sekarang ini, semuanya tunduk diam di bawah percaturan politik kotor NAjib . Massa bukanya memberikan perhatian serius kepada Bakal perdana MEnteri Baru tersebut, tetapi sibuk dengan isu-isu rekaan bagi merelevenkan pertukaran kepimpinan baru tidak lama lagi,


Jika benar pemimpin itu betul-betul silap., apa kita tunggu lagi, waujudkan penetangan , halanglah dia, minta dia berundur dengan baik. Ramai lagi pemimpin yang lain layak untuk menerajui kepimpinan Negara.


Jihad yang paling tinggi adalah berani menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim .

Thursday, March 12, 2009

KU LI yang patut Ganti Pak Lah

Wednesday, March 11, 2009

"Sejahtera Bersama PMIUM" bakal Melabuh Tirai .



Annual Grand Meeting

Persatuan MAhasiswa Islam Universiti Malaya


14 hb Mac 2009
jam 9.00 pagi - 1.00ptg
Audi Fakulti Enggenering UM

Ayuh turun beramai-ramai kita pemimpin baru .

"Unggul Memimpin Generasi "

Sunday, March 8, 2009

GeloMbang kebanngkitan sudah bermula.

Fenomena politik Malaysia la ni seakan menjerat parti pemerintah sendiri yang mungkin akan meneggelamkan mereka (BN/UMNO) untuk terus memerintah pada masa yang akan datang

PRU 12 menyaksikan kebangkitan rakyat untuk tolak kepimpinan BN/UMNO yang nyata tak bertindak adil dalam pemerintahan . Pelbagai isu ketika itu yang telah merubah paradigma rakyat untuk melakukan perubahan pilihan politik mereka.

Kebangkitan ini juga di teruskan dengan gelombang PRK permatang pauh dan Kuala terngganu yang nyata jelas TPM selaku jeneral PRK ketikan itu gagal merampas kekuasaan dan kemenangan kat kawasan tu.

Gelombang ini pula akan di tentukan melalui PRK Batang Ai , B.selambau, dan Bukit gantang. Rata-rata dalam pandangan aku Rakyat akan melakukan kejutan kat BN. Pasai pa ?

La ni aku tengok ,banyak tindakan yang telah menyebabkan kemarahan rakyat. Bermula di negeri perak apabila MB di lucutkan jawatan dengan cara kotor demi memenuhi politik matlamat menghalakan cara aka BN/UMNO . Keadaan dan fenomena yang berlaku di perak bermula di hadapan masjid UBUDIAH sehinggalah penyekatan MB dan AP pakatan rakayat untuk buat sidang dun dan akhirnya POKOK jadi saksi sidang yang gilang gemilang tu seolah-olah mengingatkan kepada siroh nabi perjanjian hudaibiyyah di bawak pokok ridzuan.

Lepas tu yang terbaru demontrasi anti –PPSMI, ternyata jelas parti pemerintah tidak professional di dalam melakukan demokrasi terpimpin yang di katakan . FRU, Polis tak dak lansung konsep ehsan kat rakyat Malaysia .Melainkan hanya buat gerak kerja sampai jadi. Orang atasan kata A maka A lah mereka buat..Macam Beruk di arah tuannya memulas kelapa …Baghal. Banyangkan rakyat yang ada di dalam masji Negara pun di lakukan semau-maunya . Lansung tak dak rasa hormat dengan rumah Allah . Masalahnya juga,POLIS benarkan berhimpun di Masjid Negara, tetapi serangan tetap buat jugak . Janji apa ini ??? munafik ka ???

Apa pun aku yakin , gelombang ini , akan menyumbang kepada kemengan PR untuk pilihanraya kecil kali ini . Mahasiswa pun sudah berani menetang tindakan pemerintah. AUKU kita tentang, Permatang Pauh pun kita turun , Kuala terngganu pun kita turun , dan natntikan juga gelombang mahsiswa akan di teruskan di Bukit gantang. Mahasiswa sayangkan rakyat. MAhasiswa cintakan Negara. Hidup Mahasiswa , hidup rakyat.

Friday, March 6, 2009

TERGUGATKAH NAJIB untuk Ganti PM.

Malaysia kini melaporkan berita yang pada aku sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dato Sri NAjib Tun Razak ikuti Laporan ini :


1) Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab Mar 5, 09 3:20pm Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.



2.)Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac Jimadie Shah Othman | Mar 3, 09 1:43pm kemaskini 3.28pm Umno digesa menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman berkata mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini, mereka bagaimanapun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil bagi "melihat reaksi" balas daripada parti itu terlebih dahulu.

Kedua-duanya juga mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM menutup 45 aduan.

"Persoalan saya, bagaimana beliau (Abdullah) yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan saya sebagai salah seorang pengadu bersama Datuk Mazlan tidak langsung dipanggil memberi keterangan," kata Kadar.

Kadar juga berkata, laporan mereka kepada SPRM (dulu dikenali BPR) berhubung dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat pada 4 September lalu "tidak ada maklum balas positif".

Beliau juga mempertikan kewajaran Umno membawa amalan politik wang kepada SPRM "sedangkan perlembagaan Umno mengatakan bahwa ahli-ahli Umno tidak boleh dibawa ke mahkamah".

Mazlan pula menjelaskan, tindakan mereka bukan bertujuan menghalang kelancaran peralihan kuasa Umno Najib dengan alasan "peralihan kuasa boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja".

Ditanya sama ada Umno masih mempunyai masa bagi menangguhkan persidangannya buat kali kedua, beliau berkata, Umno boleh merayu kepada Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan itu.

Umno menunda persidangan tahunan dan pemilihannya dari Disember tahun lalu ke bulan ini bagi mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib.

Pemilihan sebelum itu pernah ditangguh bagi mempersiapkan parti menjelang pilihanraya umum lalu.

Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.

"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti," kata Mazlan, seorang ahli Umno di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ditemui selepas sidang akhbar itu, Kadar berkata sebagai perwakilan Umno bahagian, beliau akan tetap menghadiri perhimpunan agung mulai 24 Mac jika

desakan mereka tidak dipedulikan.


Nampaknya Situasi ini sedikit sebanyak akan memberi kesan perjalanan poltik pemerintahan pada masa akan datang di tangan PM baru , apa kata anada !!

Thursday, March 5, 2009

JOM TURUN!!!!!


Gesaan Di peringkat Nasional


Gesaan Di peringkat Mahasiswa ..

Ayuh turun beramai-ramai.

Tuesday, March 3, 2009

Dialog PPSMI.

Ayuh Turun beramai2 , buat penilaian sendiri.

Utusan malysia : PM ada Penasihat Agama.

Menarik tajuk ni. Tapi aku nak ulas sikit. Nampak pelik sistem pemerintahan Negara ni. Pemimpin utama perlukan penasihat agama. Sebuah Negara yang kononnya “Negara islam “ pada namanya , sepatutnya di pimpin oleh orang yang selayaknya lebih –lebih lagi ilmu agama . Tetapi PM kita tiba-tiba umum ada penasihat agama baru . PM ada masalah ke ? Banyak buat benda tak baik ke ? sampai kena ada penasihat..

Memang di dalam islam mengatakan bahawa agama itu nasihat . kepada siapa? , pemimpin dan sebagainya.Tetapi kalau di ikutkan , dah banyak nasihat yang kita bagi pada PM , macam-macam pendekatan , Bersua muka, Demonstrasi, Menghantar memorendum, Berdebat dan sebagainya. Namun keadaanya masih sepeti biasa. Pada aku, tak guna ada penasihat agama, kalau matlamat memimpin ummat tidak selari dengan kehendak islam itu sendiri. Letaklah beribu-ribu penasihat agama sekalipun, jika pegangan dan pendirian pejuangan itu tepesong ,.semuanya adalah sia-sia.

Kalau memimpin Negara islam ini (kononnya) buatlah pendekatan memimpin yang sebenarnya. Utamakan keadilan , kebajikan, perpaduan keamanan dan kearah pembentukan ummah yang hebat seperti mana lahirnya golongan generasi al-quran yang mereka mencintai Allah dan Allah jua mencintai mereka.-sekadar pandangan.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger