Love Rasulullah.

Monday, June 28, 2010

Ku Sangka Panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari .

Hampir 2 jam, melaburkan masa menyaksikan perlawanan bola Sepak semalam, England Vs German, sedikit sebanyak telah melahirkan rasa kesal , kecewa, sedih dan geram .

Kesal sebab permainan yang dipamerkan England sangat hambar dan mudah tertipu dengan strategi German yang hanya mengunakan helah mudah untuk mengelirukan mereka .

Kecewa sebab star-star popular dalam England masing-masing tidak memainkan peranan dengan baik . Tiada semangat sepasukan yang baik. Nampak macam masing-masing berebut untuk menjaringkan gol ..

Geram juga sebab Pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda yang menafikan jaringan gol England untuk kali kedua . Mungkin matanya sedikit rabun , atau terlupa pakai contact lense semalam ataupun di"suap" . Mana tidaknya, bola sudah melepasi gerisan gol hampir 30Cm. Buktinya tengok pada ulang tayang aksi England pada minit ke 38 hasil rembatan Frank Lampard.

Geram dan dendam bila member serumah yang semuanya penyokong German , mentertawakan dan mem"perly" aku..Dari malam sampai ke Subuh, Tapi alhamdulillah , mereka meraikan kekalahan ENgland bersama aku dengan belanja makan Keropok LEkor di rumah ..Terubat sikit hati ni :).

Apa yang aku rasa , turut dirasai oleh penyokong dan pendokong England yang membanjiri stadium Free State semalam . Pelbagai riaksi wajah dapat dilihat pada mereka.

Habis sudah riwayat pasukan pilihan aku pada World Cup 2010 kali ini . Aku sangka panas sampai ke petang , rupanya hujan di tengah hari. Mereka sekaligus gagal ke suku akhir.

Apapun, biasa la adat perlawanan , pasti ada kalah dan menang. Yang penting Pasukan pilihan aku sudah mengundur diri. Bertukar posisi sebagai penonton sehingga tamatnya world Cup kali ini . Namun aku masih berbangga dengan England, mungkin perlu perkemas strategi untuk masa akan datang serta perkemaskan semangat sepasukan di antara mereka.


Jika di perhatikan dalam bola sepak, setiap pasukan bola pasti ada matlamat iaitu menjaringkan GOL sebanyak mungkin , pasti ada halangan , musuh , saingan, dan lawan, pasti ada penyokong , ada pendokong dan penyebok .

Itu bola, matlamatnya hanya di dunia sahaja . Begitu juga dengan perjuangan menegakkan Agama Allah agar manusia ini tunduk dengan rela hati kepada Allah . Perjuangan semacam ini sangat memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi .

Tanpa perancangan yang baik , pasti tidak membuahkan hasil.

Saidina Ali Krmh Wjah berkata : "Kebenaran yang terancang akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang "

Oleh yang demikian , perlu fikirkan bersama. mana-mana organisasi ,pasukan dan kumpulan perlu ada kesefahaman , teamwork yang kuat, untuk mengejar matlamat yang sama. Perlu respect pada ketua. Jangan semua berlagak nak jadi ketua. Kejar populariti. Akhirnya apa pun tak dapat. Paling penting adalah saling percaya mempercayai antara satu sama lain . Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing lebih-lebih lagi kita selaku umat Islam, dan bergerak kerja dalam medan amal Islami yang sangat luas dan sukar.


Firman : Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara .( Al Hujurat : 10), dan Orang2 beriman lelaki & perempuan sebahagian penolong antara satu sama lain, mereka menyruh mengerjakan yang makruf, dan mencegah melakukan kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. ..(At-Taubah : 71)

Kepada Pasukan yang akan meneruskan perlawanan , tahniah buat penyokong2 mereka. Semoga berjaya.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger