Love Rasulullah.

Thursday, July 22, 2010

Genggam bara Api

Manusia akhir zaman Nabi rakamkan kepada kita akan lahir mereka yang akan sentiasa menggenggam Islam yang Agung ini seperti menggenggam bara api. Bayangkan kita menggenggam bara api. Makna kata begitulah kita yang akan bersungguh-sungguh memegang Islam atau dalam erti kata yang lain , melaksanakan Islam, menzahirkan keistimewaan Islam , dan menjadi perisai daripada "mereka" yang berusaha secara licik untuk menghancurkan dan melemahkan Umat Islam sedikit demi sedikit.


Persoalannya disini, adakah "kita" yang Nabi maksudkan itu ?

Mungkin sukar untuk memberi jawapan kepada makna tersebut . Di batasi dengan rasa diri yang kerdil, di samping ilmu dan iman yang sentiasa terumbang ambing ...adakah kita mampu menjadi Batman pada zaman kekuasaan Joker yang sentiasa mahu mamastikan Batman mati .?

Namun begitu , Kita perlu memikirkan maksud di sebalik hadis Nabi tersebut. Sudah barangkali tentu baginda menceritakanya terlebih awal untuk memberikan peringatan lebih awal kepada kita untuk melakukan persiapan bermula dari sekarang untuk turut berada dalam team "GENGGAM BARA API" ini !

Kenapa Nabi kata begitu juga untuk mengambarkan kepada kita bahawa zaman tersebut FITNAH menjadi-jadi. Allah uji dengan pelbagai bentuk . Bermula dari hati, kemudian dijelmakan dengan lisan , dan seterusnya melalui tindakan sehingga berlakunya bunuh membunuh, tindas menindas, yang jahat dibela, yang Benar dihukum, Islam di jadikan seperti bola sepak, sekejap sepak kiri sekejap kanan. Fitnah kemewaan Dunia, dan juga Wanita sehingga manusia jadi Hamba yang takut kepada Misi untuk bertemu Allah (MATI) dan pencinta METERIALISTIK.

Nah , benar bukan situsasi ini telah berlaku sekarang. Rogol dan zina menjadi perkara lazim, Merompak, mencuri, membunuh tidak lagi rasa bersalah dalam diri. Inilah dia bila mana suasana (Biah) itu telah bertukar daripada kecerahan kepada kegelapan. Maka hampir pudarlah sinar Islam yang cantik itu .

Oleh yang demikan , kita perlu lakukan persiapan.

Persiapan dari sudut Ilmu, Jasmani,Rohani ,Skill terkini seperti memimpin, meguasasi MEdia, dan banyak lagi yang selari dengan medan Dakwah Akhir zaman ini dimana Allah sajikan dengan lawanNYA yang begitu halus dalam mengatur strategi untuk Memadamkan cahaya Islam.

Dalam Usaha kita melakukan persiapan itu , kita perlu tekun dan renungi tiupan Motivasi Allah kepada kita.

Dalam Suroh Assof :8, Allah menyebut, walaupun mereka iaitu musuh Islam mahu memadamkan cahaya Islam ini dengan mulut-mulut mereka, namun Allah tetap akan sempurnakan cahayaNYA walaupun di benci dan di tentang oleh musuh-musuhNYA.

Satu perkara lagi Allah sebut, Sesungguhnya Dia akan berikan kekuasaan di muka bumi ini kepada Hambanya yang beramal soleh . Rujuk Al-hajj 41.

Sebagai akhir ,key persiapan yang paling utama sekali adalah , Akidah dan Iman kita yang mendalam kepada Allah . Hubungan kita dengan Allah , ini yang perlu diperkemaskan sentiasa dan jangan sekali-kali berubah walapun seinci. Bukannya bergaduh akidah siapa yang betul ..Cukuplah kita bincang tentang siapa Allah di sisi kita, tetapi kita perlu bincang dan fikirkan bagaimana kita disisi Allah ..Atau dengan kata lain Selalulah kita fikirkan keadaan untuk bertemu dengan Allah nanti , bagaimana gamaknya??

Kita perlu berazam , berdoa dan bekerja bersungguh untuk memastikan bahawa kita tergolong dalam Team GENGGAM BARA API !

Hadis yang aku maksudkan boleh dirujuk dalam Hadis 40 tentang peristiwa akhir Zaman-EnD.

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.




 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger