Love Rasulullah.

Tuesday, June 30, 2009

Belajar dari GEESE


Memang benar jalan Dakwah banyak dugaannya. Kadang-kadang ujian yang di terima itu hebat, kadang-kadang juga biasa . Namun yang pasti seorang Daie bertauhidkan Allah Taala PASTI akan di uji.

Sebenarnya tidak seronok bila hidup ini senntiasa aman dalam keadaan hak dan Batil itu macam isi dengan kuku. Tiada perlawanan yang jelas bila kemungkaran dan kebatilan jelas terpangpang di depan mata.

Jangan jadi seperti Katak di dalam gelas, yang hanya melihat apa yang berlaku itu salah tapi tak boleh buat apa-apa. Alasannya tidak mampu , tidak ada kekuatan, ..Kalau macam tu bila agaknya katak tu nak dapat kekutan dan terbalikkan Gelas yang menelangkup dirinya sendiri.

Memikir soal kerjaya masa depan apa akan jadi perlu untuk survival kita di dunia. Tetapi itu semua hanya target dan keinginan kita di dunia. Persoalannya kita tahu atau tidak bila kita akan mati ?? dah cukup amal kita nak berdepan dengan Allah ??. Sepatutnya kita fikirkan , sebagai penolong agama Allah , apa yang aku buat untuk Allah, Selain mengikut arahan sesiapa.. Malulah kita dengan burung hud-hud seperti yang saya pernah tulis sebelum ini.

Seorang mujahid berkata " nak jadi Rasul dah tak boleh sbb nabi adalah utusan terakhir , Nak jadi Wali kena fikir dulu amal ibadat kita yang lompang , nak jadi Ulama belum tentu boleh dengan akhlak seharian kita yang hipokrit, cuma satu cara saja kita nak selamat dan mendapat kemuliaan dari Allah dengan Izin iaitu bergelar seorang syuhada'..Kita pun tahu ganjarannya besar..Jadi pernahkah kita berazam ke arah itu.

Bergelar sebagai pendakwah , tidak hanya boleh berdekah-dekah dalam berkata-kata. Sebolehnya kita berada di medan lapangan . Tahu perit jerih ,dan sama-sama hadapi. Yang kuat bantu yang lemah , yang lemah kita sama-sama perkuatkan .

Kerjasama dalam berpasukan amat penting. Kaji saja bagaimana temawork pasukan burung yang terbang di langit (teori flying Geesse) . Bergerak secara bersama, Yang kuat akan mengganti yang lemah, apabila sorang kecundang jatuh ke daratan semua turut bersama sebagai tanda kukuhnya semangat sepasukan . Bukan saling pentingkan diri sendiri. Bila kita berada dalam satu pasukan lebih-lebih lagi Pasukan Allah untuk membela agamanya, Keterikatan yang kukuh perlu di pertahankan . Susah senang kita yang saling ambil tahu. Sakit penat kita yang rasa sekali .

Pernahkah kita dengar sabda nabi mafhum : "Persaudaraan itu ibarat satu badan, satu rasa sakit yang lain turut rasa sakit. "- sekadar pandangan.




Monday, June 29, 2009

Minggu Haluan Siswa UM ,Pentadbiran HEP main-main.


Universiti Malaya (UM) menerima lebih 3000 mahasiswa baru termasuk dari sabah sarawak dan international student. Kedatangan mereka ada yang bermula sebelum 28 hb lagi.

Keunikan sambutan minggu Haluan siswa(MHS) di semua kanpus pada kali ini di serikan dengan Selesema Babi (H1N1) . Setiap Mahasiswa baru akan di lakukan saringan terlebih dahulu sebelum melaui MHS agar tidak berlaku jangkitan terhadap mangsa lain

Tempat saya belajar UM , bukan sahaja di saring, malahan semua program outdoor yang mengumpulkan mahasiswa secara keseluruhan, telah di hazafkan , atas alasan Virus Babi ini.

Semua aktiviti bertukar ke kolej kediaman , dan sebarang program-program besar dan utama yang biasanya di lakukan di Dewan TunkU Canselor dan Kompleks Perdana Siswa (KPS) sebelum ini di batalkan serta merta.

Perkara yang sama juga berlaku di setiap Fakulti . Pada kebiasaannya ,semasa MHS semua pelkajr akan mellalui sesi pengenalan subjek dan aktiviti Di fakulti , supaya mereka boleh survive selepas ini .

Melihat situasi ini saya rasa Pihak Pentadbiran sengaja melakukan amalan Devide & rule kepada pelajar-pelajar baru. Mereka tidak mahu pelajar-pelajar ini bersatu (unite)..sedangkan slogan "UM is One ,Towards One Malaysia" . ..macam retorik saja.

Sepatutnya , pihak pentadbiran perlu bijak di dalam mengurus isu se'simple' ini bukan mengambil peluang dengan kuasa yang ada pada mereka.

Apa salahnya pihak pentadbiran , buat saringan di kolej kediaman dulu , kalu terdapat suspek yang terlibat kuarantinkan di satu tempat. Tapi apa yang jadi tak seperti yang di katakan . Pihak pentadbiran (HEP) , sengaja manipulasi peluang ini untuk memudahkan agenda politik mereka.

Saya dapat tau , tak ada sangat saringan yang di buat di kolej sewaktu mendaftar. Alasan yang HEP bagi macam budak bodoh. " buat apa nak saring lagi, Di KLIA dan buat saringan ". .hmm memang bodoh .

Apa ke hal , Dewan sebesar itu (DTC), tak di gunakan buat pertama kalinya Mahasiswa baru datang ke UM. Tapi kalau di gunakan untuk konsert, tarian , dan sebagainya,mesti H1N1 dah tak lagi jadi penghalangnya.

Tindakan ini seolah -olah pihak HEP "takut dengan bayang-bayang sendiri"..Kemenangan MPMUM yang di kuasai oleh PRO -M mungkin mendesak mereka melakukan tindakan ni.

kalau tidak percaya kenapa mereka terlalu awal mendoktrin Perkataan Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa. Siapa yang lebih berpolitik sebenarnya .-sekadar pandangan.


Wednesday, June 24, 2009

Hud-Hud & Kehidupan berorganisasi.





Setiap makhluk yang Allah Ciptakan ada kelebihan dan pengajaran yang perlu kita fikirkan bersama untuk mendekat diri kepadaNYA. Tidak kira kejadian Allah itu merangkumi , manusia, alam, haiwan , dan sebagainya.

Suka di sini saya ingin bawa salah satu makhluk Allah SWT yang boleh kita sama-sama jadikan pedoman di dalam gerak kerja buat kita dan amal islami.

Berkisar tentang seekor burung Hud-Hud. Kisah ini di rakamkan Oleh Allah kepada kita dalam surah Al-Namlu ( suroh semut) ayat 20-26.

Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang”. Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang belum kamu ketahui; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini,

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai `Arsy yang besar”. (An-Naml: 20-26)


Kisah ini menggambarkan bagaimana ciri-ciri seorang ketua, anak buah, dan suasana dalam berjamaah (berorganisasi). Di permulaan penceritaan menunjukan bagaimana seorang Pemimpin atau ketua haruslah mempunyai daya sensitiviti terhadap orang bawahan . Biarpun perkara itu adalah sekecil-kecil perkara .

Sikap Nabi Sulaiman yang selalu Follow-up tampa jemu orang bawahannya setiap hari menggambarkan betapa risau dan prihatinnya baginda terhadap mereka. Sehinggalah pada satu hari baginda dapat mengesan kehilangan seekor burung Hud-hud. Baginda mencari dan menetapkan ketegasaanya terhadap akhlak Hud-hud tadi yang bertindak melanggar disiplin yang menjadi rutin seharian . Namun ketegasan Nabi ada budi bicaranya , bilamana baginda mensyaratkan hud -hud tampil memberi alasan yang kukuh tentang perbuatannya.

Pelanggaran yang di lakukan oleh Hud-hud adalah kelewatan menghadiri sesi perhimpunan bersama dengan baginda. Adakah Hud-hud ini culas dengan kerja dan arahan Nabi sulaiman. ??

jawapannya tidak..

Burung Hud-hud , ada kerja yang tersendiri. Dia sedar bahawa tanggungjawabnya adalah melakukan yang terbaik . Dia tidak hanya melakukan sesuatu setelah menerima arahan dari Nabi sahaja, tetapi menjadi peggerak yang setia terhadap tanggunjawab dan amanah yang di miliki.

Burung Hud-hud tampil lewat di hadapan Nabi berserta Alasan yang kukuh. Membawa maklumat yang berharga , hatta nabi Sulaiman sendiri lansung tidak mengetahuinya. Di sebabkan tindakan burung hud-hud ini , kesesatan akidah kaum saba' yang di ketuai oleh ratu Balqis bertuhankan Matahari , akhirnya dapat di selamatkan .

Jika kita perhalusi sikap Burung hud-hud tadi , seharusnya kita aplikasikan dalam kehidupan berorganisasi kita. Setiap orang perlu menjadi , revolusioner, responsif, berani berhujjah dengan kebenaran, berdisiplin dan bijaksana.

Bukan hanya kita menjadi Follower kepada arahan . Tetapi kita juga perlu menjadi lebih dari itu. Sekiranya kita merasakan bahawa diri kita adalah seorang yang penting dalam organisasi pasti organisasi kita akan menjadi lebih maju, ibarat " kalau tiada aku , organisasi akan mati ". Ini kerana, bila kita ada semangat seperti itu, kita akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk organisasi kita. Kita membantu ketua kita , dalam masa yang sama kita adalah seorang yang berdisiplin dan beramal jamaie.

Seharusnya , bila kita berada dalam organisasi kita perlu menjadi golongan yang bukan hanya hebat bercakap tapi kerja lansung tak nampak, ataupun jangan juga hanya buat kerja tapi tiada idea dan pandangan . Tetapi jadilah golongan yang kritikal dengan pandangan, dan di buktikan dengan tindakan yang penuh disiplin dan istiqamah...Cuba bandingkan diri kita dengan burung Hud-Hud.??- sekadar pandangan.

Tuesday, June 23, 2009

Selesai Sudah...Ayuh Fokus masalah Umat pula



Langkah positif dan bijaksana yang di ambil Pakatan Rakyat meleraikan segala keserabutan yang timbul sebelum ini. sekarang tugas kita perlu fokus masalah umat yang semakin kronik..

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan: UMNO jadi pemancing, PAS jadi Ikan..


Politik malaysia semakin haru-biru. Sebelum ini haru-biru ini melanda UMNO/BN tetapi sekarang sudah bertukar menimpa Pakatan rakyat..khususnya perbincangan hangat tentang unity Goverment (UG).

Ramai mengatakan bahawa isu ini adalah permainan media semata-mata menyebabkan isu ini menjadi lebih panas sehingga berlarutan ke minggu yang ketiga selepas muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.

Sebelum muktamar PAS ke 55 sudah riuh tentang isu kerajaan perpaduan ,bilamana sebelum ini isu muzakarah -muqobalah hebat di perbincangkan. Bila hampir dengan muktamar muncul pula sentimen menyerang individu yang bertanding merebut jawatan orang no.2 dalam PAS antara YB husam dengan YB Nasa. YB husam kononya golongan Profesional yang menolak gagasan UG dan bertitlekan puak erdorgan , manakala YB nasa pula adalah golongan Ulama yang beria-ia untuk meralisasikan UG ini.

Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang ( TGHA) pada asalanya menggagaskan idea ini, kemudian menarik semula idea tersebut tatapi menyatakan kesedian semula untuk UG ini dengan menampilkan beberapa syarat utnuk berpadu dalam kabinet kerajaan baru yang di impikan beliau . Tim. Presiden Pas beberapa orang lagi menyokong penuh idea ini . Namun ramai juga yang menentang , antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) selaku mursyidul am PAS yang telah menzahirkan ketegasan beliau terhadap kesungguhan beberapa individu untuk menyahut seruan UG ini .Terpancul dari mulut beliau golongan sampah, dan boneka UMNO..marah benar TGNA.

PRK Manik Urai juga terkesan dengan ISu ini. Sehinggakan Gambar TGHA dan YB Nasa lansung tidakn boleh menempusi dalam kempen di Manik Urai . Baner-baner mengutuk UG ini bersepahan tergantung di sekitar Manik Urai. Ada yang menyerang individu dan adanya juga bersifat umum.

UMNO pula nampak tergelak besar melihat perpecahan yang berlaku dalam PAS dan PR, sudah semestinya mereka menyangkakan parti komponan Pakatan Rakyat juga ada yang sedikit sebanyak terguris hati tentang idea ini. UMNO seolah-olah menerima seadanya tentang idea ini . Baik pula UMNO. Banyak kenyataan dari pemimpin teritnggi UMNO yang menunjukkan keterbukaan dan keihklasan mereka untuk berpadu .Pelik Bukan ??

UMNO seolah -olah sedang memancing ikan . Cuma ikan sahaja masih lagi " barainstorm " nak sambar atau pun tidak UMPAN yang di letakkan. Sebab golongan ikan ini ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik. sehinggakan sukar untuk membuat keputusan. Media UMNO memang dahsyat.

Langkah perbincangan secara serius mengikut salurannya tentang isu ini adalah tindakan wajar. Saya menyokong penuh kenyataan TGNA dengan penuh bijaksana menunjukan ketegasan beliau terhadap prinsip kebenaran untuk menyelesaikan isu ini .

Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya. "Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negerinegeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.


Kekecohan isu ini perlu di perhalusi dengan sebaiknya . Saya sendiri berpandangan UG wajar di laksanakan . Cuma yang perlu di persoalkan adalah UG yang macam mana?. Adakah UG yang menggagalkan Prinsip kebenaran yang PAS telah perjungakan , ataupun UG yang memberikan keuntungan kepada Islam.

Dalam keadaan masa sekarang juga perlu di ambil pertimbangan , kesibukan PR menghadapi isu di PERAK, pilihanraya di Manik Urai , tiba-tiba PAS sendiri ingin berdamai dengan puak yang mereka sendiri tengah berperang. Sepatutnya PAS mengambil kira perjuagaan bersama PKR dan DAP.. Kalau begitu tutup saja kes di PERAK dan Hentikan PRK manik urai ..Tumpu sepenuhnya UG ini dan berbincang sesama PR untuk melahirkan resolusi yang betul-betul jelas dan tepat untuk kemenangan bersama. Apa guna In waiting Goverment yang di canangkan sebelum ini .

Pendeka kata , kalau rasa kita orang bijak dalam memimpin , adakah kita mahu memperjuangkan sesuatu tanpa mengambil kira pandangan dari orang lain yang turut sama berjuang.? Setiap organisasi ada peraturannya dan adabnya , setiap pakatan ada perjanjiannya, jadi tidak wajar bertindak terburu -buru utnuk mengejar cita -cita dengan mengenepikan asas tersebut.

Jangan marah bila rakyat atau sesiapa sahaja mempersoalkan isu yang berlaku. .Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Sepatutnya yang mencetuskan isu ini perlu bijak memahamkan yang lain serta bertindak bijak dengan situasi semasa sekiranya ingin melontarkannya..Jangan kerana isu ini, seluruh gerakan Islam berpecah.-sekadar pandangan.

Wednesday, June 10, 2009

Pembunuhan di selatan THAI , agenda Musuh atau Kelemahan Umat Islam sendiri.


Umat Islam wajar melihat dan belajar atau mengambil sedikit iktibar dari peristiwa yang terjadi di bumi Afghanistan satu ketika dahulu dan apa yang berlaku di selatan Thai semalam.Cuba kaitkannya dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga merajalela 'alhajru'. Para sahabat lalu bertanya: Apa itu 'alhajru', ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: Pembunuhan, pembunuhan". (HR Imam Ahmad).

Jelas serangan penuh dendam Amerika terhadap bumi Afghanistan itu, walaupun Amerika mendakwa hendak mencari sasaran Osama bin Laden. Tetapi itu hanya topeng bagi tujuan untuk pembunuhan ke atas umat Islam yang tidak berdosa khususnya orang-orang awam.

Sekian lama Amerika menyerang, mengganas dan membunuh jiwa umat Islam tanpa erti peri kemanusiaan dan jauh dari sifat ihsan semata-mata dengan matlamat serta niat jahat lagi kejam ke atas batang tubuh umat dan negara Islam Afghanistan yang kerdil. Kenapa Amerika benar-benar bernafsu besar menyerang dan memusnahkan negara kerdil seperti Afghanistan itu.

Niat Amerika bukan semata-mata disebabkan untuk memburu jutawan Arab Saudi, Osama bin Laden, sebaliknya ada niat jahat Amerika bersama sekutunya ke atas negara Islam yang mahu menyuburkan kehidupan Islam, syariat Islam dan perlaksanaan perundangan Islam yang sebenar di bumi Afghanistan. Kerana musuh Islam menyakini apabila umat Islam bergantung dan bersandar sepenuhnya kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW serta patuh kepada Ijmak para ulama Islam yang muktabar bahawa kekuatan dan juga kekuasaan umat Islam akan kembali mendominasi dunia. Inilah yang ditakuti oleh Yahudi, dunia barat dan golongan anti Islam itu.

Sepertimana yang berlaku di Selatan Thai semalam, bukan saya ingin prejudis terhadap Amarika secara drastik bahawa ini perancangan mereka.Tetapi saya lebi suka kita kena lihat faktor semua ini berlaku. Adakah di sebabkan Umat islam di situ lemah dari sudut mental , fizikal dan iman mereka ,ataupun musuh di situ kuat? Sehingga sekarang kerajaan Thailand, mahupun sesiapa sahaja masih belum mengenalpasti siapakah dalang di sebalik kejadian ini. Yang ada hanyalah pertuduhan –pertuduhan dan penafian. Semuanya dalam siasatan..Mungkin selepas itu, balik-balik ,puak pejuang Islam juga yang akan di persalahkan.

Namun secara rasionalnya, tidak mungkin angkara umat Islam di situ yang sanggup membunuh saudara seagamanya sendiri ,lebih-lebih lagi di Masjid dan sedang berhubung dengan Allah , memang biadap dan kejam penembak tersebut. Mungkin juga semua ini perancangn licik pihak tertentu untuk memadamkan kekejaman semasa peistiwa Tak Bhai pada tahun 2004 dahulu. Atau mungkin sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam..

Walaubagaimanapun , Berbalik kepada umat islam itu sendiri,,sejauh mana mereka memperkuatkan keadaan mereka dari segi agama, politik, ekonomi dan sebagainya..dalam masa yang sama kesatuan umat islam seluruhnya , tidak boleh berpeluk tubuh, dan pentingkan diri sendiri.Bukankah umat islam itu satu dan bersaudara..Jika yang lain sengsara , jangan pula kita Negara yang kononnya kuat, hidup bergembira.

Sebelum umat Islam menjadi kuat, bersatu dan berkuasa di dunia ini. Adalah lebih baik mana-mana negara umat Islam di dunia ini ,menghidupkan kembali syariat dan kehidupan Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW dengan bersungguh. Islam rahmatan lilalamin.

Saturday, June 6, 2009

Everybody was Kunfu Fighting !!!

Kalau boring, rasa lemah, rasa tak bersemngat ,apa yang kita buat ?? Hmm kalalu saya,macam biasa yang pertama of course la Solat n doa jangan tinggal..Baca al-quran , Tapi sebagai tambahan kita kena selalau train hati dna otak kita ni dengan benda-benda yang positif.

Salah satu nya dengan mendengar lagu, dan menonton filem..Hmm la ni saya nak kongsi dengan semua, tentang filem kat bawah ni


..filem ni sarat dengan pelbagai motivasi dan kata-kata peransang untuk kita lebih bersemngat. Banyak kali juga saya putar filem ni..Sebab dalam ni , ada maksud yang tersendiri. Khususnya dalam kehidupan berorganisasi, bersahabat , berkeluarga, berguru , belajar dan sebagainya.

Filem ni lawak dan boleh buat kita tergelak dalam tak sedar. Tengok gelagat Panda pun dah cukup. So far tak der yang mengarut la dalam cerita ni ..yang penting kita bijak menilai.

Antara kata-kata yang boleh di fikirkan bersama :

“ yesterday is a history tomorrow is a mystery but today is a gift that is why it is called the present (Oogway – Master's master)

“ A real warrior never quits “

(Po – Tokoh utama, Panda))

there are no accidents

(Oogway)

The mark of the true hero is humility

(Shifu – Po's Master )

To make something special, you just believe it’s special

(Po’s dad)

Thre are no secret ingrediants

(Po’s dad)


Monday, June 1, 2009

Tahu Tak ni Kerja Sapa yang Dok Halang Islam??



Pakat fikir la..dah jelas lagi bersuluh..
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger