Love Rasulullah.

Saturday, March 21, 2009

Jika Najib jadi PM, nantikan saat kehancuran .

Pemimpin Negara no 1 (perdana Menteri) merupakan orang yang amat penting di dalam memacu siasah negara ke arah menegakkan islam itu sendiri. Pemilihannya juga perlulah tepat dengatn ciri-ciri dan kehebatan yang tertentu.


PM ibarat teraju layang-layang (wau dalam bahasa utara) bagi memastikan keadaan layang-layang tersebut terbang megah di angkasa, namun sekiranya longgar dan ceroi , maka akan terhoyong- hayanglah . Begitu juga kalau di ibaratkan seperti Nakhoda kapal yang menjadi pengemudi menuju ke destinasi yang di tujui dengan baik. Seandainya Nakhoda itu leka, lalai , sombong dan bodoh makan halatuju akan tersasar dan mungkin berhadapan dengan bencana seperti mana di dalam kisah Titanic.


Di dalam perspektif islam itu sendiri, aspek pemilihan pemimpin amat di tekankan agar tidak tersalah pilih. Kaji saja bagaimana pemilihan kepimpinan khalifah ar-rasyidin yang empat , begitu sengit dan melalui perbahasan yang serius. Hatta , sewaktu nabi wafat , bukan pengkebumiannnya menjadi awlawiyat tetapi usaha mencari pengganti selepasnya menjadi fokus utama. Di sini jelas, memilih pemimpin adalah tanggungjwab yang penting.


Memilih pemimpin perlu . Kehidupan yang tidak terpimpin akan sesat . Rasullullah pun bersabda, jika kamu bermusafir 3 orang maka lantiklah salah seorang ketua di kalangan kamu. Persoalnnya di sini , pemimpin yang macam mana yang kita nak pilih . ???


Adakah Pemimpin yang terlibat dengan pelbagai kes-kes yang jelas lagi terang keburukannya akan di pilih??


Begitu rendah nilai pemimpin yang jelas nyata salah namun pemilihanya tidak seketat pemilihan Majlis perwakilan mahasiswa, ketua kelas , ketua pelajar dan lain. Bayangkanlah , rasuah, konspirasi bunuh , dan sebaginya, tiada lansung pihak yang bertanggungjawab menyiasat secara serius .Di mana peranan Ulama?, SPRM?? Polis?? Hakim ?? Media ??


Apa yang berlaku sekarang ini, semuanya tunduk diam di bawah percaturan politik kotor NAjib . Massa bukanya memberikan perhatian serius kepada Bakal perdana MEnteri Baru tersebut, tetapi sibuk dengan isu-isu rekaan bagi merelevenkan pertukaran kepimpinan baru tidak lama lagi,


Jika benar pemimpin itu betul-betul silap., apa kita tunggu lagi, waujudkan penetangan , halanglah dia, minta dia berundur dengan baik. Ramai lagi pemimpin yang lain layak untuk menerajui kepimpinan Negara.


Jihad yang paling tinggi adalah berani menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim .

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger