Love Rasulullah.

Saturday, September 26, 2009

Mereka sudah bersuara!!!

OBAMA BUKA PELUANG.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam ucapan sulung beliau di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menyatakan komuniti global gagal memenuhi hasrat penduduknya dan membetulkan bahawa dunia bukan 'tanggungjawab AS sahaja'.

"Mereka yang pernah memarahi AS kerana bertindak bersendirian di dunia kini tidak boleh duduk diam dan menanti AS menyelesaikan masalah dunia ini secara sendirian," kata beliau.

LIBYA & IRAN TONJOLKAN KEBERANIAN

Muammar Gaddafi yang muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB.

Muammar Gaddafi menyelar PBB kerana gagal menghalang puluhan perang di dunia dan menuduh anggota paling berkuasa dalam badan dunia itu melayan negara lain sebagai ‘kelas kedua yang dibenci’. Dalam ucapan pertama beliau di depan Perhimpunan Agung PBB sejak 40 tahun memerintah Libya, Gaddafi banyak memperkatakan ketidaksamaan dalam Majlis Keselamatan PBB yang mana lima anggota tetapnya – AS, Rusia, China, Britain dan Perancis – memiliki kuasa veto.“Ia patut digelar ‘majlis keganasan’,” ujar beliau yang kemudian menyeru agar veto dihapuskan dan keanggotaan diperluas untuk Afrika, Amerika Latin, Arab dan negara-negara Islam.

Ahmadinejad mengkritik kapitalisme rakus Amerika Syarikat (AS), sekutu Baratnya dan Israel yang merampas tanah penduduk Palestin. Namun beliau juga menawarkan persahabatan kepada mana-mana negara yang ‘ikhlas’ berbuat demikian.

MALAYSIA DAN NEGARA YANG INGINKAN KEAMAANAN DUNIA,!! BILA LAGI MAHU BERSUARA??.-sekadar pandangan.

Friday, September 25, 2009

Rasul Melayu yang sudah layu.

Ingat lagi anda, Musailamah al Kadzdzab, Aswad al Ansi, Tulaihah al Asadi,.Sajjah binti al Harits,Ahmad bin Husain,Laqit,Mirza Ghulam Ahmad, Mirza Ali Muhammad,Bahaullah, al Mukhtar bin Ubaidillah,Ibnu Sam’an,Amir bin Harb,Abu Mansur al Ijli,Ibnu Said as Sajli,Abu Khattab al Asadi,Ibnu Bahram al Juba’I,Hasan bin Hamdan,Abu Qasim an Najar,al Muni’ul Qashar,Ibnu Kharba al Kindi,Abu Muslim as Siraj,Harits bin Saad, ,

Ini la dia senarai mereka berani mengaku jadi Nabi selepas kewafatan Rasulullah Saw.. Mereka ni semuanya di bunuh akhirnya.

Tapi Special kes dia Malaysia ….

"Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad (from Malaysia) mengaku bersalah akan di hukum melalui pertuduhan mengikut Seksyen 8(a), 7 (1), 12(c), 10(b) dan 13 (1) enakmen itu membolehkan Abdul Kahar didenda RM21,000 dan dipenjara selama 13 tahun dan disebat.

NI fakta pasal dia:

  • Abdul Kahar menyebut, dia didapati telah menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar sahaja dan ibadah Haji sekarang ini sia-sia dan merugikan
  • Memengisytiharkan diri sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Abdul Kahar didapati menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu mengaku dirinya Rasul yang diutuskan oleh Allah untuk orang Melayu, menyatakan bahawa sembahyang lima waktu tidak wajib memadai hanya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan menyatakan bahawa ibadah Haji itu tidak perlu ditunaikan di Mekah serta boleh dikerjakan di mana-mana sahaja di bumi Allah.
  • Menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan Mufti yang mana dia masih menjelaskan amalan serta mengajar ajaran Kahar Bin Ahmad di hadapan tiga orang bernama Hanif Taslin, Nurhelmi Ikhsan dan Mohammad Nabil Abu Naim yang difatwakan pada 23 Mei 1991 sebagai menyeleweng daripda ajaran agama Islam.

Cukupkah sekadar sebat ,penjara dan denda duit???

Wednesday, September 23, 2009

Hati-hati " Polis " sudah berkeliaran.


Banyak isu, banyak kes jenayah, banyak kebobrokan mainan politik menyebabkan polis sudah hilang kawalan. Mereka tertekan. Lalu langkah dan strategi penyamaran pun di gunakan secara berlaluasa.

Berita harian :

Musa berkata, anggota polis berpakaian preman dan rondaan menggunakan kenderaan tanpa logo polis akan diperluaskan untuk mencegah jenayah dengan dengan lebih berkesan. Beliau berkata, strategi berkenaan akan terus diperluaskan dan dipraktikkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bagi mengekang pelbagai kejadian jenayah.

"Saya sudah bincang untuk wujudkan pegawai dan anggota polis tanpa uniform dan ia sudah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Separuh tempat sudah ada anggota yang ditugaskan untuk berkawal," kata Musa.

Anggota polis terbabit akan ditempatkan di semua kawasan dan tidak bertumpu kepada kawasan panas semata-mata.

"Kawasan 'hot spot' (panas), kita sudah ada anggota kita sendiri dan anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat), bila ada pihak berkuasa... jenayah kurang berlaku di kawasan terbabit sebab mereka (penjenayah) lari ke kawasan lain dan kerana itu rondaan perlu dijalankan di semua tempat.

Jadi kepada semua aktivis , penjenayah, dan mereka yang suka peningkan kepala Polis...Hati-hait la lepas ni. Silap hari bulan, tukang kutip sampah pun boleh cekup korang..:) - sekadar pandangan .

Tuesday, September 22, 2009

Salam Di HuluQ , Maaf Di LebuQ..

"Sesungguhnya jangan biarkan kehidupan kita sepanjang Syawal Ini di kaburi dengan Nikmat ketupat & Lemang"
..Salam Eid Al Mubarak buat semua. :)

Friday, September 11, 2009

Pelaksanaan E-Pengundian: Benteng Terakhir “ Pro HEP” rebut kuasa MPP.

Bahang pilihanraya kampus sudah semakin di rasai. Kebanyakkan universiti tengah sibuk untuk berhadapan dengan fasa ini. Manakala Mahasiswa di kampus sudah semestinya bijak dan berstrategi dalam menyusun pendekatan yang baik bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus masing-masing.

Piliharayakampus kali ini yang di katakan tidak berlaku serentak di semua kampus dan terpulang kepada kampus untuk memutuskan pilihanraya di kampus masing-masing. Ini kerana mengambil kira MPP di kampus yang masih lagi belum cukup setahun pemerintahannya seperti mana yang termaktub di dalam AUKU. Dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan : “ ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah di pilih untuk satu tahun..”

Menariknya , kebanyakan kampus akan melaksanakan sistem pemilihan secara online atau E-Pengundian. Perlaksanaan sistem ini sekali lagi menunjukan langkah utukk membunuh demokrasi dan hak mahasiswa dalam pilihanrayakampus. Sudah semestinya sistem ini wujud kesangsian dan penipuan yang ketara.

Berdasarkan perkembangan E-undi yang telah di laksanakan di kampus-kampus tertentu sebelum ini seperti UIA, UPM, UPSI dan sebagainya, ternyata menguntungkan sesetengah pihak dalam mengetahui keputusan kiraan undi. Terdapat ramai di kalangan mahasiswa yang bangkit mempertahankan penerusan sistem ini , namun , kekebalan pihak pentadbiran sukar di atasi mungkin. Saya mempunyai beberapa pandangan setelah beberapa kajian di lakukan pelaksanaan E-voting di kampus-kampus lain.

Apa itu E-Pengundian ?
E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) didalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya .Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual dan mengambil masa yang terlalu panjang.

Sistem Mudah Dimanipulasi.
Integriti ketua pusat mengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan kerana kejujuran seseorang sukar dibuktikan. Manakala Bahasa pengekodan (prgramming language) yang ditulis tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana calon atau agen calon tidak diberikan salinan bahasa tersebut walaupun telah diminta.

Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.

E-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang di undi.

Masalah Kebolehupayaan
Pengundian terpaksa ditangguhkan untuk beberapa ketika kerana masalah sistem undian yang sering tergendala.Gangguan pada sistem ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dan pencerobohan daripada luar

Kawalan penuh oleh TNC dan HEP
Jawatankuasa - jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC(HEP dan Alumni) serta staf – staf HEP yang membantu calon aspirasi.Di UPM contohnya, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa yang lain. Mungkin Di UM kali inia agak berbeza , di mana Kawalan penuh adalah pada Naib. Canselor, namun perkara ini masih dalam perbincangan.

Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E – Undi
PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar (MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap sistem e –undi.

Calon atau wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam pusat pembuangan undi.
Calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau egen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.

Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi.
Calon atau ajen calon tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.

Tiada senarai daftar pengundi
Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.

Kos untuk membangunkan sistem E – Undi adalah sangat tinggi.
Penggunaan wang yang sangat besar adalah satu pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan pelajar.Pengurusan wang yang banyak secara tidak sistematik memungkinkan berlakunya penyelewengan di kalangan pegawai universiti.

Sekiranya sistem ini ingin di laksanakan , sewajibnya pegawai HEP perlu memikirkan beberapa perkara. Calon perlulah dibenarkan untuk mendapatkan salinan bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membuat sistem e-undi. Mereka dan wakilnya perlu diberi penerangan khusus berkaitan perjalanan sistem e-undi termasuklah bagaimana mengenalpasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian.

Sewaktu Pengiraan undi perlu dilakukan kali pertama di pusat pembuangan undi dan penjumlahan keseluruhan di lakukan di pusat pengiraan undi utama. Selain itu perlunya ‘standard procedure’ ditetapkan oleh organisasi tertentu supaya tafsiran berkaitan e-undi dan perjalanan sistem adalah sama antara kampus bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak lain.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa bebas daripada pihak luar perlu dilantik untuk memantau perjalanan pilihanraya kampus dari segi perjalanan sistem dan ‘networking system’.Pihak Jawatankuasa perlu melakukan penerangan yang jelas kepada mahasiswa agar perlaksanaan lebih telus.

Namun saya berpandangan tidak semudah itu mereka akan mengikuti apa yang di sarankan ,kerana sistem e-voting adalah agenda tersembunyi untuk mereka perolehi kemenangan dengan mudah. Walaubagaimanapun, Mahasiswa akan terus menutut dan membantah sistem ini. Jika negara maju di luar sana sendiri menolak pelaksanaan sistem ini , hatta parti politik di Malaysia pun begitu juga, Apa relevannya sistem ini ingin di laksanakan, jika atas alasan hanya untuk memudahkan jawatankuasa membuat kiraan undi dengan cepat.

Islam mengutamakan konsep keadilan dengan semua perkara . Islam mengutamakan yang mendatangkan manfaat daripada perkara yang mendatang mafsadah atau kemdhoratan kepada massa.

Sifirnya mudah, jika sistem ini tidak mampu menjamin ketelusan dan keadilan dalam pemilihan MPP , tidak ada individu yang akan berpeluk tubuh dengan membiarkan demokrasi mahasiswa di kampus ini di “najis” kan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger