Love Rasulullah.

Sunday, February 22, 2009

APA DAH JADI PADA SPRM dan GERAK

Hebat akhbar utusan akhir-akhir ni. MB selangor asyik kena "belasah" je. Hanya 2 kes saja yang di lakukan oleh MB yang di kaitkan dengan rasuah. satunya kes pemberian lembu, dan yang kedua penyelengaraan kereta mewahnya yang menggunakan duit kerajaan .

SPRM, GERAK asyik desak Peguam suruh dakwa di mahkamah ssecepat mungkin. Sedangkan MB tersebut beberapa kali menafikan kes tersebut. Semalam di katakan SPRM ada bukti jelas tentang kes rasuah tersebut. Kalau begitu tunjukan sahaja di muka depan akhbar kalau berani. Baru pembaca boleh fikir.

Kemudian , kenapa MB yang jadi Fokus utama, padahal banyak lagi kes rasuah yang di lakukan menteri-menteri lain, dalam masa yang sama TPM yang bakal Jadi PM tidak lama lagi lansung tiada berita susulan tentang kes rasuah di Perak, Isu pembelian kapal selam , helikopter dan lain. Sepatutnya, orang yang begini perlu di jadikan Fokus utama sebab dia akan memimpin malaysia. Kita tidak mahu ketua negara adalah orang yang tidak baik moralnya dan hilang nilai integriti dalam dirinya. Sebabnya , jika ingin melihat rakyat itu baik lihatlah pada pemimpinnya.

Aku pun pelik, Adakah SPRM ini hanya boneka pihak-pihak tertentu dalam menjaga survival politik . GERAK pula, suka jadi kaki mengadu ..hmm serupa dua-dua belah pihak .Kalau begini keadaannya BUBAR sahaja SPRM ataupun lantik Orang baru dan letak orang yang berautoriti serta libatkan daripada dua belah pihak iatu BN dan PR . Ini baru tindakan yang adil ...Jika keadaan ini di teruskan lambat laun , negara ni "famous" dengan negara pengamalan "matlamat menghalakan Cara." ..Mintak di jauhkan. Apapun Hak dan batil sentiasa akan bertembung. Yang akan menang adalah penolong dan pembela kebenaran.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger