Love Rasulullah.

Tuesday, March 3, 2009

Utusan malysia : PM ada Penasihat Agama.

Menarik tajuk ni. Tapi aku nak ulas sikit. Nampak pelik sistem pemerintahan Negara ni. Pemimpin utama perlukan penasihat agama. Sebuah Negara yang kononnya “Negara islam “ pada namanya , sepatutnya di pimpin oleh orang yang selayaknya lebih –lebih lagi ilmu agama . Tetapi PM kita tiba-tiba umum ada penasihat agama baru . PM ada masalah ke ? Banyak buat benda tak baik ke ? sampai kena ada penasihat..

Memang di dalam islam mengatakan bahawa agama itu nasihat . kepada siapa? , pemimpin dan sebagainya.Tetapi kalau di ikutkan , dah banyak nasihat yang kita bagi pada PM , macam-macam pendekatan , Bersua muka, Demonstrasi, Menghantar memorendum, Berdebat dan sebagainya. Namun keadaanya masih sepeti biasa. Pada aku, tak guna ada penasihat agama, kalau matlamat memimpin ummat tidak selari dengan kehendak islam itu sendiri. Letaklah beribu-ribu penasihat agama sekalipun, jika pegangan dan pendirian pejuangan itu tepesong ,.semuanya adalah sia-sia.

Kalau memimpin Negara islam ini (kononnya) buatlah pendekatan memimpin yang sebenarnya. Utamakan keadilan , kebajikan, perpaduan keamanan dan kearah pembentukan ummah yang hebat seperti mana lahirnya golongan generasi al-quran yang mereka mencintai Allah dan Allah jua mencintai mereka.-sekadar pandangan.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger