Love Rasulullah.

Tuesday, July 14, 2009

Simpati .Siswa UTM , jatuh Bangunan.


Sekali lagi kes kematian siswa jatuh dari bangunan bergema di Uiversiti Teknologi Malaysia (UTM). Dalam kegembiraan yang baru merasaai nikmat alam kampus, lain pula yang berlaku . Sebelum ini seorang pelajar siswi UKM juga mengalami nasib yang sama. Tetai kes kematiannya tidak sama seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Khalis Zulkifli ,18, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa ,tahun 1.

Kematiannya boleh di katakan sebagai aksi yang berani mengambil risiko untuk masuk ke bilik sahabat-habatnya melalui tingkap . Namun keberanian ini di uji dengan tidak disangka dan akhirnya membawa kepada kehilangan nyawa kepada siswa yang mungkin bakal mengharumkan nama UTM pada masa akan datang.

Walaupun tragedi ini di laporkan polis sebagai kematian mengejut , seharusnya di peringkat mahasiswa tidak memandang keadaan ini hanya sekadar satu “drama’s show” untuk di jadikan buah bicara di sekitar kampus.

Di peringkat mahasiswa perlu melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Allahyarham. Mungkin ajalnya datang lebih awal . Tidak ada sesiapa pun yang mampu menduga saat kematiannya sendiri. Yang mengatur hidup mati kita adalah yang mahakuasa .

Kejadian ini perlu di jadikan iktibar agar tidak berlaku kali kedua pada masa yang akan datang khusunya di UTM sendiri dan umumnya di semua kampus di sekitar Malaysia. Pihak universiti perlu memandang kes ini secara serius. Mahasiswa menyarankan agar sistem keselamatan, penguatkuasaan dan pantuan yang berterusan perlu di lakukan agar tidak ada siswa yang berani melakukan tidakan yang mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. Dalam aspek pembinaan banguan perlu di teliti semula .Tidakkan Allahyarham yang memanjat melalui tingkap menunjuk struktur binaan masih lagi berada di peringkat yang longgar khususnya dalam aspek keselamatan menyebabakan ada lagi runag untuk sesiapa melakukan aksi yang bahaya.

Sehubungan dengan itu, sama-samalah kita mengucakan takziah kepada keluarga Allahyarham yang pastinya sukar untuk menerima dengan apa yang berlaku, moga merek terus tabah berhadapan dengan ketentuan ini. Terulah kita dalam menghulurkan doa agar roh Allahyarham Mohamad Khalis Zulkifli di tempatkan dalam golongan orang yang soleh.

1 comments:

Azie Ieza said...

Asalamualikum...apa yang terjadi pada Allahyram Mohd KHalis sama juga yang terjadi pada anak aunty iaitu Allahyram Zulkhairil Azmi.Secara kebetulan ayah kepada mohd Khalis sama kerja dengan ayah Zulkhairil AZmi..Kesedihan pada diri aunty sehingga kina tiada pengubatnya .Hanya Allah saja yang tahu bertapa menderita nya diri aunty kehilangan anak yang disayangi..Al fatiha untk Allahyram Zulkhairil Azmi dn Allahyram Mohd Khalis..

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger