Love Rasulullah.

Tuesday, May 26, 2009

Tarian POCO-POCO satu ruang Dakwah atau Maksiat?

Minggu Haluan siswa seluruh IPT akan datang tidak lama lagi. UM yang pastinya 28hb jun nanti. Mungkin Kampus lain juga sama. Waktu saya terlibat Orientasi sesi 07/08 dulu, banyak benda yang tak puas hati. Antaranya Cheers, campur laki perempuan dan Tarian Poco-poco ni. Saya lari kalau ada slot-slot macam ni. Entah rasa tak sesuai dengan jiwa. Mungkin waktu tu masih terkesan dengan tarbiyyah Nilam Puri tak habis lagi kot. Biah solehah yang menebal masa kat nilam puri tak boleh nak sesuaikan dengan suasana kat KL masa tu..

Cuma lepas lama ada di Bumi yang penuh Lumpur ni , rasa janggal pula kata apa yang orang lain buat tu salah la, maksiat la dan macam-macam. .Bila fikir-fikir balik Chers n poco-poco ni bagus sebenarnya. Tapi ada juga la kat sesetengah part tu tak setuju. Walau apa pun banyak manfaat dia.


saya melihat dari sudut strategi dakwah..aktiviti macam ini memang dari satu sudut nampak melalaikan . tetapi cuba kita lihat dari sudut lain. Saya lebih suka nak bawa semua kepada tarian poco-poco. Kalau tengok pada tarian ni, dia mempunyai makna dan maksud yang tersendiri. Ia merupakan satu tindakan yang selari dan memerlukan kerjasama yang cukup kuat di antara satu sama lain. Dalam tarian ini di terapkan konsep kesatuan tindakan dan pemikiran. Sekiranya ada di antara salah sorang dalam tarian ini terlupa step . Pastinya akan berlaku perlanggaran dan akan menganggu gerakan seterusnya. Fokus amat penting dalam tarian ini .

Tarian ini juga dapat memupuk teamwork yang hebat antara satu sama lain. Sebab itu tarian ini tak seronok kalau menari sorang-sorang . Tarian ni juga dapat melatih akal untuk cepat berfikir dengan gerak langkah yang teratur. Ia juga melatih minda separa sedar.

Dalam masa yang sama , tarian ini dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Bila tindakan di lakukan bersama, jika ada salah , saling tegur-menegur . Yang paling penting juga perlu kita tengok, dari aspek kesihatan, tarian ini juga mengeluarkan peluh . Kita pun tahu Islam menutamakan kesihatan.

TAPI, saya tak kata kita kena tiru 100 tarian POCO-POCO ini. Kena tengok dekat mana yang perlu di ubah dan jadikan konsep tarian kita. Kalau kita tegok pada lirik lagu , kadang-kadang kita pun tak paham . Jadi apa kata kitap pilih lagu yang senang pahama, dan membangkitkan semangat dan roh jihad dalam jiwa kita ..contoh lagu Ar-ruhul jadid ke, HAri berjuang ke,,Amlulillah ke, Lagu rock yang kita pun paham lirik ke, pun ok jgk. Sekarang ni banyak lagu melayu yang boleh bangkitkan semangat.

Cuba tengok stail senaman ar-ruhul jadid ni :


Selain , saya tak bersetuju , tarian ini campur laki perempuan. Walaupun asal usul tarian ini tidak memilih bulu. Baik lelaki mahupun perempuan. Campur macam tu ja. Bayangkanlah, laki perempuan menari. Dalam islam ajar macam tu ka. Kalau ikut logik la, kalau la tengah menari tu, terlanggar satu sama lain , sentuh kulit, menjerit sana sini...laki perempuan pulak tu..comform syaitan tegah seronok gila..Pastu mula nak berkenal -kenal lebih lanjut. Modus operasi syaitan ni dah boleh baca.. JAdi Pisahkan lelaki dengan prempuan , mudah cerita. Serupa juga dengan cheers , aktiviti sangat baik. Tapi jangan sampai ketepikan islam lansung.

Jadi , saya fikir, tak boleh kita fikir satu side saja. Yang paling penting di situ ada sasaran (madu) kita . secara analoginya ,Kita tidak Boleh melempar bom dalam disko kalau nak tarik orang dalam tu bersama kita (islam). tetapi kita kena masuk dalam tu dan guna pendekatan yang sesuai. Zaman sekarang kita berhadapan dengan Fitnah, globalisai, dan meterialistik., bertindaklah sesuai dengan zaman demi Islam.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger