Love Rasulullah.

Wednesday, January 27, 2010

Pro M UM desak NC adakan pilihan raya semula


Mahasiswa Universiti Malaya (Pro M UM) mendesak supaya diadakan semula pilihan raya kampus (PRK) melalui kaedah biasa, ekoran kegagalan sistem e-undi itu beroperasi dengan baik hari ini.

Pengerusi Pro M UM Mohd Shafie Hashim berkata, keputusan pilihan raya yang diumumkan sejak 7 petang tadi di kampus tersebut yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pro Aspirasi bukanlah sesuatu yang mutlak.

"Kami bantahan ke atas keputusan itu. Selepas diumumkan keputusan itu pada jam 7 petang tadi, ada ruang untuk buat bantahan. Keputusan rasmi akan berhubung bantahan itu akan diketahui pada jam 11 pagi esok," kata beliau ketika dihubungi erapakatan.com di sini, sekitar jam 1:30 pagi ini.

Ketika tempoh bantahan itu dibuka, tambah beliau, kumpulan mahasiswa itu tidak menumpukan hal keputusan PRK itu, sebaliknya ia masih tertakluk ke atas isu pelaksanaan sistem e-undi yang gagal beroperasi dengan baik sejak petang tadi.

"Dalam bantahan tadi kami tak tumpukan sangat kepada keputusan yang memihak kepada Pro Aspirasi. Kami masih membantah e-undi yang banyak meragukan sepanjang tempoh pembuangan undi sepanjang hari ini.

Berkumpul di depan pejabat Naib Canselor

"Selepas keputusan diumumkan jam 7 petang tadi, kami buat bantahan, berkumpul ramai-ramai di depan pejabat NC. Sebab, beliau mendakwa bahawa sistem e-undi ini akan berjalan dengan baik.

"Tapi, apa yang berlaku tadi ialah 'server down' di beberapa tempat. Dan ada beberapa orang mahasiswa yang terkeliru ketika buang undi tadi," kata Mohd Shafie lagi.

Selain itu, tambah beliau, peratusan mahasiswa yang turun membuang undi hari ini amat mendukacitakan.

"Jadi kami ubah pendekatan bantahan kepada meminta penjelasan Naib Canselor tentang kejadian 'server down' sejak tadi. Kalau boleh, kita desak NC supaya diadakan pilihan raya semula seperti kaedah biasa.

"Kaedah e-undi memang membawa masalah dan keraguan seperti yang berlaku sejak petang tadi," kata Mohd Shafie.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger