Love Rasulullah.

Sunday, January 17, 2010

Provokasi melampau, Kristian VS Islam???!

Sebuah masjid di Sarawak dibaling botol - yang pertama menjadi sasaran ekoran serangan ke atas 11 gereja sejak minggu lalu - berhubung isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

Insiden pagi ini berlaku di Kota Samarahan, kira-kira 20km di selatan bandar Kuching.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar memberitahu Reutersbahawa polis menemui pecahan kaca dekat dinding luar masjid tersebut, sambil mengingatkan mereka yang melakukannya sebagai jangan sengaja menaikkan emosi.

"Jangan buat sebarang spekulasi. kami sedang menyiasat insiden tersebut. Situasi adalah aman dan jangan ada yang ambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang buruk," kata Ismail.

Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada yang dibaling ke masjid tersebut adalah botol minuman keras, yang haram dalam Islam, tetapi berkata beliau percaya ianya adalah perbuatan vandalisme.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik,Herald, menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya, menyebabkan umat Islam mengadakan protes di luar masjid membantahnya sejak minggu lalu.

Kebanyakan sasarannya ialah gereja tetapi sebuah kuil Sikh di Sentul turut dibaling batu Rabu lalu.

Manakala pejabat peguam yang mewakili Herald dalam kes mahkamah tersebut, turut diceroboh Khamis lalu.-malaysiakini.

1 comments:

ijad said...

selamat tahun baru...

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger