Love Rasulullah.

Monday, April 12, 2010

Dah tak de Keja lain nak telan Air Liur.


Gempar, panas dan kontroversi bilamana Dr Asri , mantan Mufti penuh kontroversi mendedahkan satu upacara songsang apabila terdapat sekelompok manusia menelan air liur seorang ustaz.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!- ujar Dr. Asri,

Pelik sungguh zaman sekarang. Aku teringin nak jumpa dengan Ustaz tu? Ntah ape rasa air liur dia! kena gigi tak gosok ( masyaAllah) !

Aku tak mau ulas apa itu air liur, nak tau lebih lanjut korang boleh buka n search la apa kandungan air liur, kesan sampingan , dan sebagainya.

Cuma terkesimanya aku, apa sebenarnya aura yang ada pada Seorang Ustaz tu sampai jamaher masjid boleh berbaris nak tadah mulut ludahan air liur dia..Jijik der...

sekurang-kurangnya terasa juga nak jemput dia pergi program motivasi or apa2 untuk bagi talk pasal pengaruh :).

Kemudian pula, kenapa si Jamher Masjid ni tak fikir panjang sampai sanggup nak telan air liur ustaz tu ? Secara lojok akalnya , kita pun boleh fikir.

Adakah semua ini di sebabkan iman manusia yang semakin goyah , tidak kuat berpegang pada ajaran Islam ? atau ini yang di namakan Bidaah dholalah. , Atau boleh jatuh tahap sesat?

Cuma tengok perbahasan Usul 20 Asyyahid Hassan Al Banna
" Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri."
Dulu Ayah Pin, habis minum air basuh kaki, pastu Rasul Dahri pula , dan sekarang ni, ada pula satu lagi..lepas ni apa pula.? jangan ada pula timbul isu makan naj** pula. (mf kalau ayat tak beberapa sedap dengar ).

Walaupun air liur ada Khasiatnya , namun cukuplah telan air liur kita sendiri. Kenapa air liur seorang ustaz?

Siapa ustaz tu , aku nak tengok muka.? :)

Mungkin kamu semua ada pandangan untuk di kongsi , silakan .

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi tidak memaksa untuk mempersetujui :)



4 comments:

Anonymous said...

ya Allah,tak sedapnya nak bc article ni sbb gmbr tu duk sblh ayat2 point of information.....tapi nk bc gak...tapi tak jadi nak bc..

Mohd Shafie Bin Hashim said...

buat macam p ramli, minum kopi sambil tutup mata dan hidung

Anonymous said...

mcm mn p ramli tutup mata dan hidung?....demo skit boleh?

Bungakopi said...

haha..awat, kalau ang jumpa ustaz tu, ang nak try test rasa ka?

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger