Love Rasulullah.

Wednesday, May 19, 2010

Ayuh mari BERJUDI beramai-ramai - Fatwa Pemerintah Malaysia !


Ya Allah sungguh memalukan apabila kerajaan Malaysia mengalalkan lesen Judi bagi perlawanan bola sepak .

Jika kerajaan Malaysia dipimpin oleh UMNO makna kata Aku benci UMNO. Kalau kerajaan Malaysia itu Pakatan Rakyat (PR) , aku akan benci pada PR.

Firman Allah dalam suroh Al-Maidah 90 :
Hai orang-orang beriman , sesungguhnya (meminum arak), BERJUDI, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji , termasuk perbuatan setan (taghut) . Maka JAUHILAH perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan .

Jelas dan nyata ianya haram disisi Islam. Melakukan pertaruhan wang. Adakah kerajaan Malaysia dah hampir Muflis sampai sanggup halalkan yang haram ke tahap macam ni .

Sudahlah, Isu Malaysia APCO belum dijawab dengan baik oleh kerajaan Malaysia, kali ini pula di tambah dengan satu isu yang sangat kontroversi seolah-olah mahu mencabar "amaran " dari Allah Swt.

Tindakan ini sudah dikira sebagai melampau!

Mana sensitiviti "Iman " di dalam dada mereka yang menghalalkan perkara ini ?!, atau munafikkah mereka?, siangnya Islam, malamnya kufur. Nauzubillah ..maaf kalau laras bahasa agak keras !

Tiada apa-apa makna ,jika beginilah "Negara Islam" yang dilaung2kan oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu, kemudian disambung baik dengan Islam Hadhari versi Tun Abdullah Badawi , dan direbranding semula dengan 1 Malaysia yang aku lihat tidak lebih hanya untuk di jadikan sebagai " Alat Politik Murahan " untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia dalam usaha mengekalkan status Quo mereka . ISLAM letak kat tapak kasut pun tidak mengapa bagi mereka .

Sewaktu di Hulu selangor dalam PRK baru-baru ini , mereka hebat mempertahankan hukum Islam yang menyatakan arak itu haram dan sebagainya . Dan sekarang , Judi yang memang ternyata haram , boleh pula pula dihalalkan . Aku pun pelik , atas neraca petimbangan apa yang mereka ambil , barat ? sekular ? ......Siapa mereka nak Ubah Hukum Allah yang termaktub dalam Al-quran .

Sepatutnya, kerajaan Malaysia dan Mufti-mufti yang sedia ada kena bincang untuk kurangkan pengamalan judi di Malaysia. Bukan menggalakkan pertumbuhan benda yang haram ini . Kaeda h Fiqh pun ada sebut , Tak dapat kurang semua , tapi berusahalah banteras secara sedikit semi sedikit.

Seperti yang sedia maklum, Kerajaan Malaysia adalah pemerintah di negara ini . Mereka diberi mandat kemenangan oleh rakyat melalui demokrasi berpilihanraya. Seharusnya pemimpin sesebuah negara kuhusnya Malaysia ini yang majoritinya melayu dan berugama ISlam, perlu mengunakan kuasa yang ada untuk mentadbir Negara ini agar bertepatan dengan undang-undang Islam , membawa seluruh umat manusia ini berkiblatkan dan berimankan serta tunduk pada Allah. Bukan tunduk kepada kebendaan dan manusia!.

Firman Allah dalam Suroh Al-Hajj ayat 41:

Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi ini , nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan.

Adakah suruhan di atas menjadi Core Bisnes kerja buat kerajaan Malaysia sekarang ini ? Tidak takut unruk aku katakan, bila-bila masa sahaja Allah berhak untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Kerana kemenangan yang diberi tidak dilaksanakan sebaik-baiknya .

Firman Allah swt dalam suroh Ali Imran 26:
Katakanlah , " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan , Engkau berikan kerajaan kepada mereka yang Kau kehendaki, dan engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki .

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua .
Sekadar pandangan
Tidak paksa untuk mempersetujui . :)


0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger