Love Rasulullah.

Friday, July 16, 2010

‘Pas sesat’ bukan rujuk akidah: Mohd Shafie

JERLUN - Kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’ yang diungkapkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini bukan merujuk kepada akidah pengikut Pas di seluruh negara sebaliknya hala tuju perjuangan parti yang terpesong dari landasan sebenar.

Mohd Shafie berkata, perkataan sesat yang digunakannya sebelum ini merujuk kepada objektif perjuangan Pas yang kononnya berpaksikan agama Islam tetapi kini parti itu sanggup mengenepikan perjuangan agama semata-mata memenuhi kepentingan politik peribadi.


”Kini semua orang dapat lihat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup berpelukan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang semata-mata demi kepentingan politik mereka,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, di Wisma Jerlun di sini semalam.

Menurutnya, beliau tidak akan tunduk dengan tekanan segelintir pemimpin Pas yang memintanya menarik balik kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Saya sudah jelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan saya dan berharap perkara ini difahami jelas oleh pemimpin Pas,” katanya.

1 comments:

myView said...

terkadang, kita tidak boleh terus berbantah dengan kenyataan orang yang berbeza pendapat dengan kita.

mungkin ada betulnya dengan pendapat dan kritikan yang dinyatakan.

sebagai individu beragama Islam, yang beriman, yang mempunyai Rasulullah sebagai role model, bersabar dan berfikir secara kritis, apa kelemahan dan kelompangan yang ada pada 1 organisasi amnya. Kelak, the simple problem may solve the big problem.

Wallahu'alam..

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger