Love Rasulullah.

Thursday, August 12, 2010

Jangan Berpolitik!

Akhirnya Kerajaan Malaysia bertegas menafikan hak mahasiswa untuk berpolitik. Pada awalnya setuju untuk beri ruang mahasiswa berpolitik, hatta pimpinan mahasiswa (MPP) seluruh kampus bersetuju dengan undian menyokong agar mahasiswa melibatkan diri dalam politik .

Aku masih di menara gading. Tahun akhir jurusan lekeh " GURU" ja. Umur aku pun sudah layak mengundi untuk memilih mana-mana parti politik dalam bertanding untuk pilihanraya umum. Kerana Itu HAK Aku.


Namun akhirnya HAK aku yang semangnya layak untuk menunjukan tanda sokongan aku pada mana-mana parti politik di Malaysia, tiba-tiba direntap dengan rakus bila aku menonjolkan Kad Matrix UM aku bernombor IEBo7......, dan menjejakkan kaki ke dalam UM. Aku terus diikat dan dipenjara dengan AUKU.

Tapi menurut penggubal AKTA tu, aku bebas sebebasnya bila aku menghabiskan sisa baki 6 tahun di alam kampus.

Senario ni, buat aku rasa kekok dan lemas semacam.. Mungkin sesetengah pihak tidak bersetuju dengan aku dan mungkin ada yang tak nak amik kisah . Sebab aku bincang BAB POLIITK..

Asyik2 politik , tak de keja lain . Mungkin ramai yang bermonolog sedirian macam tu ..( rasa je la).

Aku PAS ? UMNO ? PKR ? DAP? or any else?

Undi adalah rahsia ye..

Sekarang boleh la nak kata seseorang tu dia PAS ke, UMNO ke, PKR ke, tapi time mengundi belum tau dia pangkah sape..ntah2 daftar mengundi pun belum..yang ni memang kena luku kepala. :)

Apa yang salahnya seseorang tu nak berpolitik ?

Di Kampus setakat yg aku tahu memang ada akta yang melarang mahasiswa berpolitik , AUKU, mcm aku sebut awal tadi...Kerana AUKU maahsiswa tak BEBAS. Pemikiran mereka di jajah.

Jika seseorang yang berumur 21TAHUN & LAYAK MENGUNDI , adakah salah kalau mereka nak membincangkan, menyebut, menyimpan gambar tokoh pimpinan sesuatu parti politik dan turun ke kawasan pilihanraya untuk melihat sendiri suasana pilihanraya . ?

Ataupun , Ahmad berumur 21TAHUN & LAYAK MENGUNDI ambil jurusan Sains . Salahkah kalau dia nak menyuarakan pandangan krtitikalnya terhadap sesiapa sahaja tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan prinsip keilmuannya . Mungkin pandangannya terpaksa menegur dan memberi cadangan kepada pemimpin universiti , Negara, mahupun pemimpin politik.

Selalu orang kata mahasiswa tak pandai berpolitik, asyik nak tiru politik luar..Sebab ,mereka ni berpolitik di Kampus asyik berdemo sahaja sehingga tidak ada lagi langkah yang lebih matang . Lepas tu berpuak-puak, lepas tu bergaduh ,apa salahnya kalau bersatu saja. So Tindakan Politik mahasiswa di Kampus lebih kurang macam pembangkang , anti -kerajaan itu saja tahu.

Orang selalu kata macam di atas, termasuk menteri, ahli akdemik, dan mereka yang malas berfikir ( mf, aku klasifikasikan golongan seperti ini ).

Bagi aku tak salah apa yang mereka kata. Betul...

Mahasiswa jadi rebell, pendesak, bahkan menggugat pimpinan dalam negara. Tapi kenapa mereka tidak pernah fikir kenapa mahasiswa buat macam tu .

Cukup la tuduh mahasiswa jadi alat pembangkang..ni hujah dangkal...kalau ada mahasiswa jadi alat UMNO yang pegang kerajaan malaysia lani , macam mana pula. Semua apa yang kerajaan UMNO buat , semua betul..adilkah macam tu.?

Pensyarah dah boleh join politik , ( Ulama Join UMNO baru2 ni) ..dah open, Lepas tu Guru pun dibenarkan berpolitik , nah , tapi mai tang mahasiswa tak boleh ..alasannya mahasiswa belum matang untuk berpolitik. Tapi Umur dan 21 tahun, boleh mengundi..tapi kata mereka tak matang. Berbelit lah. Jadi Bilakah UMUR mahasiswa yang di katakan matang??

24tahun, 25? 26? 30?...argh ..mati hidup semula kot..

Mahathir kata, tak payah berpolitik, Belajar bagi habis dulu ...

Aku tak nafikan , tujuan utama di Kampus pulun bagi dapat cemerlang dalam akdemik, semua orang nak, aku pun nak juga... Tiap2 tahun pastikan dapat 4 flat, anugerah dekan, pastu anugerah di Raja. Tapi bg aku itu tanggungjawab masing-masing. Halatuju masing-masing. Tapi soal HAK mahasiswa jangan disekat guna hujah akademi.

Nama pun HAK kena la bagi..tu je..

Waktu kita kecik, mak tak buat susu , kita meraung dan marah kat mak sebab lapar sangat..sebab apa? sebab tu HAK yang perlu kita dapat..

21 tahun, kita layak mengundi, ini HAK kita. Bagilah kebebasan.

Ramai saja mahasiswa dulu aktif politik cemerlang saja dalam akademik sebelum AUKU wujud, bahkan selepas ada AUKU ada saja yang cemerlang. Cuma akhir-akhir ni saja, Tekanan & serangan pemikiran yang dibuat sehingga terbentuk dalam minda mahasiswa "takutkan AUKU, Jangan Join Politik, Fokus akademik".

Bahkan, kes mahasiswa yang terjebak dalam gejala sosial lebih banyak menjadi penyebab akademi mahasiswa jatuh ..hampir kena gantung dan sebagainya. Ini lebih memalukan. Tak dak pula nak bincang secara serius..

Sifirnya mudah..

Kembalikan HAK iaitu MANSUH AUKU, BUKA RUANG SELUAS-LUASNYA UNTUK MEREKA BERPOLITIK, TINGKAT SEMANGAT DEMOKRASI dikalangan Mahasiswa dan BARU biar mahasiswa buat pilihan..Tak nak join, nak fokus akademi, kerjaya terpulang, dan kalau join silakan.

Sifir ini kena diungkap dengan ikhlas oleh PM, menteri, Polis, pentadbiran & pensyarah2 universiti dan semua pihak..Kalau kebebasan ini diberikan, nak salahkan mahasiswa baru lah adil.

Kalau susah sangat kata mahasiswa ni tak matang berpolitik ..aku cadangkan ..SEBAB ini soal HAK. Bila kata HAK kena bagi juga macam mana sekalipun.

cadangan aku, "tubuh Sekolah Politik KHAS "...kalau kat Universiti Ada jurusan Sains Politik Pun kena AUKU juga..SO lebih baik buat sekolah ,mula dari awal. Baru lebih matang..

Boleh buat macam tu ?

Mungkin susah la kot, sebab "mereka" nak kekalkan status QUO memerintah negara. -ENd-


Sekadar pandangan.
Tak paksa untuk mempersetujui.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger