Love Rasulullah.

Wednesday, November 10, 2010

Hakem Bonot kena Appendik .

Pagi tadi sempat saya melawat kawan saya di PPUM ,baru lepas kena bedah perut sebab kena serangan appendik. Hakem Bonot nama dia.Dia tenang dan relaks sahaja tadi. Lagipun dia seorang pelajar perubatan. Sudah tahu baik buruk tentang appendik ini.

Kalau teman semua ingin tahu , saya mahu kongsi sedikit dengan merujuk beberapa info. Kalau teman-teman dah tahu pun, bolehlah membuat penambahan sekiranya ada kekurangan dalam perkongsian saya.

Sakit appendik ni lebih tepat dikenali sebagai Penyakit Appensitis. Ia merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat di dalam badan dan terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit ini boleh terjadi apabila appendik ini terkena jangkitan.


Perkara yang boleh menyebabkan jangkitan ini adalah seperti makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas, jangkitan kuman dan juga jangkitan cacing.

Orang yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein contohnya daging, serta mereka yang tidak mengambil makanan harian yang seimbang, dengan mudah boleh mendapat penyakit ini.

99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit disebelah kanan bahagian bawah perut. Si pesakit juga mungkin mendapat demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta berpeluh.( saya pernah mengalaminya ).

Pada mulanya si pesakit akan merasa sakit di seluruh perut atau di bahagian ulu hati ataupun di sekeliling pusat. Tetapi selepas 6 hingga 12 jam, si pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan bahagian bawah perut.

Sakit appensitis merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa.Sakitnya juga sering berubah-ubah dan berulang-ulang dan kerap menyerang pada waktu malam.

Apabila appendik telah terkena jangkitan, ianya akan membengkak. Tahap yang paling merbahaya adalah bila appendik tersebut pecah. Bila ianya telah pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam appendik yang telah terkena jangkitan ini boleh pula merebak ke kawasan usus.

Apabila si pesakit telah berada di peringkat yang parah, penyakit ini boleh membawa maut tetapi bilangan mereka yang meninggal akibat penyakit ini tidak ramai pun.

Apabila si pesakit tersebut telah disahkan mendapat sakit appensitis, segala antibiotik untuk menahan sakit tidak berguna lagi. Rawatan yang paling berkesan untuk si pesakit hanyalah melalui pembedahan untuk membuang appendik yang telah terkena jangkitan itu.Sebab tu kawan saya kena bedah .

Masa yang selalunya diambil untuk melakukan pembedahan sakit appensitis tidak lama iaitu antara setengah hingga satu jam sahaja. Si pesakit pula boleh sembuh dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 7 hari.

Lucu juga tadi bila kawan saya cerita, mak dia call dan tanya pada dia samada perlu datang atau tidak ke KL untuk lawat kawan saya tu. So kawan saya kata tak perlu datang sebab jauh , kelantan sana tu, dan mak dia pun ok saja. Tapi awal2 pagi tadi mak dia call semula, kata akan datang ke KL nak tengok anak dia. Dengan alasan ikut suami (ayah hakim bonot) selesai urusan di KL.

Hmm, sempat berseloroh dengan dia,
mak mana yang tak risaukan anak, hujan ribut macam mana pun kalau tahu anak dia sakit or apa-apa , dia mesti dapatkan anak dia depan-depan mata..


cuma saya tambah tadi ,
kalau mak dan ayah aku ja yang lain kot...haha, semua ketawa.

Moga Hakem cepat sembuh :).

sekadar berkongsi.

2 comments:

Jumarni said...

ape yg ustz post 98% betul, another 2 % tue bukan salah tapi ana tak sure. It's about perkaitan antara makan makanan yg mengandungi protein yg tinggi dengan appendicitis...from ape yg ana tahu, yg jelas dalam fakta adalah adalah perkaitan antara appendicitis dgn mengambil kandungan fibre (serat) yg rendah..anyway, tima kasih sebab ana dapat input yg baru.

Nak tambah cket, ble kan~
Ni berdasarkan ape yg ana belajar. Appendicitis can occur at any age but it is common below 40 years, especially btwn the ages of 10-30 years old. It is rare among the older age group (>40 years old). Macam yg ustz post, gejala appendicitis nie quiet classical (sakit kat bahagian sebelah kanan bwh perut, demam& muntah)tapi nak katanya, ada penyakit lain juga yg gejalanya hampir sama contohnya jangkitan pada saluran kencing..that's why ujian air kencing wajib dilakukan untuk memastikannya.. & selalunya, pesakit juga akan mengalami gejala sakit ketika membuang air kecil

Bagi perempuan, gejala ini juga boleh menyerupai 'ectopic pregnancy' (kandunagn luar rahim)dan UPT (urine pregnancy test) wajib dilakukan utk memastikannya tak kisahla samada pesakit tu dah kahwin/belum sebab in medical practice, we cannot missed such an emergency case.

Sekian~

(lama tak post comment kat blog ustz, anuway, teruskan menulis~)

Shafie Hashim said...

terima kasih jumarni..

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger