Love Rasulullah.

Friday, November 19, 2010

Semua Pakat Buat Konvensyen....

BN pun akan buat Konvensyen setelah hampir 15 tahun rasanya sejak 1995. Mungkin sebelum ini mereka rasa sudah kukuh..tapi mungkin la ni BN nampak macam dah goyah sikit sebab tu buat Konvensyen. Dalam masa yang sama nak tunjuk pada PR bahawa mereka dah ready dengan persiapan.Perhimpunan Agung UMNO dah lepas. MIC /MCA pun dah lepas..Tak lama lagi NAJIB akan umum Kabinet Baru..Tun Mahathir pula buat "ramalan Politik " yang mendebarkan...Mungkin Konvensyen ini petanda PRU 13 semakin dekat.

Konvensyen BN akan datang ini , depa kata akan ada kejutan ..baca kat bawah ini..

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata ini termasuk beberapa kemungkinan pindaan terhadap perlembagaan BN.


"Kita akan kejutkan anda pada hari itu. Beberapa perubahan akan dilakukan oleh BN. Sudah tiba masanya bagi kami bergerak ke depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat mengenai konvensyen itu di Wisma MCA di sini.


Ketika ditanya apa yang akan menjadi kejutan itu, beliau berkata: "Macam-macam akan berlaku. Anda akan terkejut, jangan bimbang."


Tengku Adnan berkata konvensyen sehari di Dewan San Choon, Wisma MCA akan dirasmikan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.


Bagaimanapun, beliau berkata sesi perdebatan merupakan majlis tertutup tetapi memberi jaminan bahawa media akan diberi maklumat berhubung keputusan yang diambil dalam sesi itu dari semasa ke semasa.


"Kami nak buat strategi, lihat diri kita sendiri, nak perbaiki. Kita nak memerintah negara ini demi kepentingan rakyat, jadi kita terpaksa buat tertutup, kerana kalau kita buat secara terbuka, strategi yang dibuat oleh BN akan diketahui oleh parti lawan," katanya.


Isu-isu lain yang dijangka dibincangkan termasuk mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.


"Tiap-tiap 13 komponen parti akan diberi peluang untuk membahaskan tajuk-tajuk yang akan dipersetujui," katanya.


Ini merupakan konvensyen BN kali kedua selepas pertama kali diadakan pada 1995.


Tengku Adnan berkata majlis makan malam pra konvensyen akan diadakan pada 27 November di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.-
Pada akhir konvensyen, satu piagam yang dipersetujui semua parti-parti komponen akan diserahkan kepada Perdana Menteri, katanya. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger